KHIVA – BANDAR OASIS INDAH DENGAN TEMBOK PURBA

Share this article

30 September 2024 – 3 Oktober 2024

Kenderaan: Van

Dari Bukhara, kami buat keputusan untuk melawat Khiva pula. Tak ramai sebenarnya pelancong dari Malaysia ke Khiva sebab kedudukannya agak jauh ke utara dari Tashkent, Samarkand dan Bukhara. Lagipun cuma ada satu kereta api malam ke sana, dan perjalanan pun agak panjang.

Jadi kami buat keputusan untuk naik van saja ke sana. Lagi sekali, sebab berempat, bolehlah charter van,. Harga pun dalam USD110, dan perjalanan dalam enam ke tujuh jam. Dalam jam 8 pagi, driver dah datang untuk pick up kami di Hotel Qamar sebelum ambil cousin yang duduk di hotel lain pula.

Kami tinggalkan sebahagian beg di hotel cousin duduk sebab balik dari Khiva kami akan tinggal di situ pula sebelum teruskan perjalanan ke Samarkand pula nanti. Baik owner hotel bagi kami tinggalkan beg di situ. Lagipun hotel dia hotel baru.

Macam aku cakap sebelum ni, Bukhara semakin menonjol sebagai destinasi pelancongan terkenal di Uzbekistan, maka banyak hotel-hotel baru yang naik. Jadi dorang pun masing-masing nak bersaing beri perkhidmatan yang baik.

Buat 70 peratus perjalanan menaiki van ke Khiva tu memang selesa sebab highway memang luas dan lebar. Sepanjang jalan tu kami dapat pemandangan steppe atau macam tanah tandus aje. Tapi dalam keadaan yang luas tu dan jalan highway yang panjang, sesekali kita akan nampak stesen minyak dan kedai-kedai makan.

Kami berhenti sebentar untuk makan tengah hari. Memang tempat perhentian ni jadi tumpuan bas-bas pelancong ke utara untuk berhenti pit stop atau pee stop. Restorannya walaupun nampak modern tapi sediakan tempat makan tradisional juga, selain menu tradisional. Korang boleh duduk bersila atas bangku besar beramai-ramai.

Macam biasa, aku kalau dalam perjalanan otak memang automatik akan hantar signal pada perut supaya tak rasa lapar, tekak jangan nak makan. Jadi, aku minta fries saja untuk alas perut. Dalam van pula ada macam-macam kudap, buah dengan air mineral.

Perjalanan diteruskan, sampai driver siap buat pusingan U balik sebab dia nak berhentikan kami di satu tempat yang dekat dengan sempadan Turkmenistan. Antara Uzbekistan dengan Turkmenistan ni cuma dipisahkan dengan Sungai Daria. Di sini juga kami berhenti rehat lagi dan minum kopi, tapi astaghfirullah! Harga kopi kat kedai tepi jalan ni mengalahkan harga kopi Zuss hahaha.

Dah selesai ambil gambar, minum kopi, kami teruskan lagi perjalanan. Kali ni kami melintas jambatan yang dikongsi dengan kereta api. Di sini driver ingatkan jangan ambil gambar sebab jambatan ni dijaga askar Uzbekistan. Mungkin atas sebab keselamatan. kami ikut saja, tak ambil gambar apapun.

Dalam lagi sejam nak sampai ke Khiva, jalan dah semakin teruk. Beralun dan berlubang. Ini jalan peninggalan pemerintahan Soviet dulu. Tapi walaupun jalan tak sempurna, ia jadi jalan utama untuk ke Khiva dan ramai kamikaze atas jalan raya ni. Bawa macam pelesit!

Akhirnya kami tiba di Khiva pada lewat petang, driver drop kami di hotel dia akan patah balik ke Bukhara. Sekali lagi 6 jam perjalanan untuk dia.

Kami duduk tiga malam di Khiva dan pilih Hotel Al-Qal’a. Ini pun kira hotel baru kat sini. Tapi kelakar sungguh hotel ni, macam tak siap. Mula dapat bilik, bilik airnya bermasalah sebab air dalam shower room bertakung. Bila dapat tukar bilik, bilik seterusnya pulak plug tak menyala, lampu satu mati hahaha

Malam tu kami berjalan ke kota lama Khiva. Jalan dari hotel ke kota lama ni dah lah tak ada tempat pejalan kaki yang sempurna, tak ada lampu pula tu. Memang gelap gelita. Bawa telefon bimbit, guna torch dan hayun. Bukan untuk suluh jalan, tapi nak bagi pemandu-pemandu kereta nampak kami yang berjalan kaki ni.

Khiva ni bandar lama juga lebih 2000 tahun usianya. Macam di Bukhara, tempat menarik semua dalam kota lama. Tapi tak macam Bukhara, di sini nak masuk kena bayar 200,000sums (RM66) seorang tapi tiket ni valid untuk 2 hari. Kalau korang betul-betul menghayati sejarah di Khiva, memang sangat berbaloi harga tiket macam ni.

Tapi, kalau nak ngelat, korang boleh datang malam lepas jam 7pm. Masa ni boleh masuk free aje. Cuma ada tempat-tempat sejarah yang ditutup. Macam Masjid Juma dengan Makam Pahlavon Mahmoud.

Masjid Juma memang sedang dalam renovatiion sebab tiang-tiang tradisional dengan ukiran cantik tu dah ada yang merekah dan uzur sangat – tapi kan memang macam seluruh negara uzbekistan ni masih tak siap. Mana-mana ada renovation, macam hotel kitaorang lah, host memang best tapi tu lah, facilities memang tak betul-betul siap dan berfungsi hahaha

Kitaorang masuk kota siang dan malam. Vibe malam memang best bila tempat-tempat sejarah tu disuluh dengan lampu kuning, Vibe siang memang cantik juga, dan boleh masuk banyak tempat. Kira aku memang suggest kalau sesiapa yang sanggup travel jauh-jauh ke Khiva untuk luangkan masa sekurang-kurangnya dua hari penuh kat sini.

You might also enjoy