22 September 2024
Satu lagi tempat yang boleh dilawati selain di Shymkent, adalah Turkistan/Turkestan. Tempatnya kira-kira dua jam perjalanan dari bandar Shymkent. Masa nak naik train dari Almaty hari tu pun, kami dah tengok iklan Turkistan ni. Memang teringin nak ke sana.
Kalau sesiapa yang nak ke sana dari Shymkent, ada pilihan untuk naik bas mini (mashrutkas) dan boleh ambil di Samal Bus Station. Dari Samal bas akan berhenti di Merey Bus Station di Turkistan. Atau boleh bagitahu driver bus untuk berhentikan di mausoleum saja.
Sebenarnya ada juga kereta api antara Shymkent dan Turkistan dan perjalanan dalam 2 ke 3 jam. Ini memang cara relax untuk travel tapi masa kami pergi tu, tak ada tiket yang sesuai dan kerana kami berempat, kami buat keputusan untuk ambil Yandex Go saja.
Kalau yang berminat nak tengok train tickets dengan schedule boleh beli online di the KTZ website. Dari train station di Turkistan, boleh ambil minibus no 2, 10 atau 13 untuk ke pusat bandar atau mausoleum. Harga tiket kena tanya pemandu bas.
Harga Yandex jenis comfort dalam 8,800t atau duit kita dlm RM75. Kami minta drebar Yandex berhenti di kompleks Karavansaray di sana, dan untuk memudahkan lagi, kami deal dengan Yandex untuk ambil kami dalam jam 4 petang untuk pulang ke Shymkent.
Turkistan ni pun sebahagian daripada silk road, arah barat laut dari Shymkent. Salah satu bandar tertua di Kazakhstan.











Lagi satu yang terkenal kat sini Mausoleum of Khoja Ahmed Yasawi. Orang kat sini memang akan ke sini untuk beri penghormatan. Ada yang beritahu kami, ia seperti Little Mecca bagi dorang. Khoja Ahmed ni seorang pemuisi, ahli falsafah yg sangat terkenal hidup di zaman empayar Timur pada abad ke 12.
Khoja Ahmad Yasawi berperanan besar sebagai guru agama dan mengislamkan sebahagian besar orang Turkic di sini. Dia yang memperkenalkan ajaran Islam, puisi Islam sehingga ramai yang menganggap beliau sebagai wali Allah. Jadi memang tak hairan ramai orang Islam di Asia Tengah ni datang ke sini untuk melawat makam beliau.
Makam beliau dibina pada abad ke 14 tapi tak siap. Kubah atas makam ni antara yang terbesar di Asia Tengah ni. Ada satu lagi makam berdekatan dengan Khoja Ahmed, makam Rabia Sultan Begum. Makam ni kecil sikit, tapi tetap cantik macam Khoja Ahmed. Jubin biru berukir tulisan Arab dengan kaligrafi yang aku susah nak baca. Bagi aku melawat ke sini seolah-olah sebagai pengenalan kepada seni bina Uzbekistan.
Kalau sesiapa yang nak tahu lebih lanjut fasal sejarah Khoja Ahmad Yasawi, ada ramai pelajar-pelajar di sini yang menawarkan khidmat sebagai’tour guide’ untuk pelancong. Katanya beri saja seikhlas hati tapi kami tak ambil khidmat mereka. Di sini memang ada kolej untuk pelancongan jadi mereka ini menawarkan khidmat sebagai tour guide.





Ada lagi tarikan lain di sini, selain daripada makam. Boleh juga ke underground mosque, semua dekat-dekat situ aje. Untuk ke makam kena bayar dlm 500t untuk ke underground mosque bayar lagi 500t.
Tak jauh dari kompleks mausoleum, ada juga muzium kecil untuk sesiapa yang nak tahu serba sedikit fasal sejarah Turkistan. Sebab cuaca agak hangat, bolehlah masuk ke muzium ini nak sejukkan badan sambil baca dan tengok buku sejarah dalam ni. Nak beli souvenir pun boleh di sini.

Kami ke masjid yang berdekatan untuk solat jama’ zohor dan Asar. Di situ juga ada cafe kecil jadi sesiapa yang nak isi perut, bolehlah makan di sini. Masjidnya pun besar, bahagian solat muslimah terletak di tingkat atas.
Kalau korang ada masa boleh berlama-lama di Turkistan dan tunggu sampai malam. Di Karavansaray tu kalau malam memang meriah. Kalau siang memang panas lit lit. Kompleks moden ini dibuka tahun 2021 dan dibina sama macam karavanserai asli iaitu tempat penginapan untuk mengembara berehat sebelum menyambung perjalanan di laluan sutera.
Selain daripada kedai baju, kasut dan aksesori, ada hotel mewah di sini, restoran dan tempat hiburan. Ada juga kedai menjual barang traditisional untuk souvenirs dan juga supermarket. Di antara deretan kedai ada laluan air untuk bot-bot kecil lalu. Kalau malam kat sini memang meriah. Lampu warna-warni dan pertunjukan tradisional diadakan. Bagi sesiapa yang nak ambil gambar dengan pakaian tradisional orang Turkic sambil pegang helang pun disediakan di sini.
Tepat jam 4, pemandu Yandex dah tunggu dekat dengan tempat dia drop kitaorang di Karavansaray tadi untuk bawa kitaorang balik ke Shymkent. Jam 6 kami dah ready untuk dinner, dan naik ke bilik untuk rehat.
Turkistan adalah penutup pengembaraan kami di Kazakhstan. Esoknya kami dah nak bergerak ke Uzbekistan pula.








