PERJALANAN PANJANG KE SHYMKENT

Share this article

18-21 September 2024

Pengangkutan: kereta api 🚂

Kami ambil kereta api malam dari Almaty ke Shymkent.

Siangnya selepas check out dar arbat, kami terus ke stesen kereta api Almaty untuk letak barang dan berjalan-jalan lagi di bandar Almaty. Kami cuma jalan-jalan sekitar park dan Green Bazaar yang tak sempat kami singgah sebelum ini.

Siangnya itu hujan pula dan suhu tiba-tiba menjunam dan hujan mula turun. Jadi, tak banyak tempat yang kami boleh explore dan duduk di kedai kopi untuk buang masa sebelum singgah di masjid untuk solat jama’ asar dan zohor.

Lepas makan petang, kami berjalan kaki terus ke stesen kereta api. Di Almaty ni sama seperti di bandar-bandar lain China sebelum ini, kami hanya berjalan kaki saja untuk ke mana-mana sebab kedudukannya tempat-tempat menarik tak berapa jauh dan cuaca pun tak panas sangat jadi memang tak penat untuk berjalan.

Ramai juga yang ambil kereta api malam ke Shymkent. Kami berkenalan dengan satu keluarga yang nak ke Astana. Mismash (atau matahari) 50, anak perempuan Diana (25 tahun) dan anak lelakinya Aryan (26 tahun). Tanya kami dari mana dan nak ke mana.

Mereka kata kalau dah ke Shymkent ambil masa pergilah Turkistan sebab tempatnya cantik. Mereka sekeluarga memang suka melancong dan dah pergi banyak tempat di Kazakhstan.

Dorang pun sangat tertarik dengan Malaysia dan aku kata sesuai kalau nak lari dari kesejukan musim salji. Aryan sempat belikan coklat Kazakhstan pada aku. Dia kata tak dapat nak bagi apa-apa… Terharu sungguh dengan kebaikan orang yang kami jumpa sepanjang pemgembaraan ini.

Kami pun sempat juga berkenalan dengan nenek Halimah yang nak ke Aktau, tak silap. Lagi panjalanan dia. Dia dihantar ke stesen oleh anak dia Mohamadiah. Mesti risau nak lepaskan mak dia dalam perjalanan kereta api yang mungkin makan masa 2 hari sebab Aktau lagi jauh dari Shymkent.

Ini kali pertama kami akan naik kereta api di Kazakhstan. Kami tempah 1st class sleeper secara online dari Kazakhs railway, jadi aku memang agak nervous jugak.

Tepat jam 12 tengah malam kami dah keluar ke platform. Bertanya sana sini, risaula kan kalau tertinggal atau salah train, dapat tahu yang train kitaorang kat Platform 4.. Nuu… kena Seberang track. Mengangkut, menarik beg ke Seberang sana.

Dah menarik ke sana diberitahu pulak yang itu bukan train kami. Patah balik ke platform satu. Adoi. Aku memang dah dup dap dup dap, janganlah train tinggal kami sebab kalau tinggal, memang kena tido kat dalam train station la jawabnya dan belum tentu ada seat kosong dalam cabin kelas 1 untuk kami lagi lepas ni.

Tanya sana sini pada train masters, dia pulak pening tengok tiket aku sebab 2 nama tapi satu katil saja.Haaa sudah. Aku sampai berzikir nak tenangkan hati, dia pun ikut berzikir sama. Ha ha ha lawak sungguh malam tu.

Tengah kalut tu, ketua dia datang dan kata dah betul la tu tiketnya. Pergi masuk bilik no 4 & 5 ha ha ha

Masuk bilik saja, kitaorang buat apa yang perlu dalam bilik air, dan terus baring atas katil. Dah tak ada fikir nak makan ke minum ke, padahal ada je air panas dengan air sejuk di hujung coach kitaorang kalau sesiapa nak buat instant noodles atau nak buat minuman panas. Dan ada aje diner coach kalau sesiapa nak makan. Tak dan… penat sungguh, tidur saja.

Perjalanan dari Almaty ke Shymkent ambil masa dalam hampir 11 jam. Bila dah puas tido dan solat Subuh, kami duduk makan biskut dengan buah. Selera makan masih belum elok sepenuhnya. Suami pun macam tu jugak. Akhirnya duduklah kami tengok pemandangan matahari terbit. Subhanallah memang cantik pemandangan bukit bukau dan sesekali kampung-kampung di sepanjang laluan kereta api.

Tiba di Shymkent, matahari memang memancar-mancar. Stesen kereta api Shymkent ini pun cantik juga. Tidak besar sangat, walaupun bandar Shymkent dikira antara bandar besar juga di Kazakhstan ini. Kebanyakan pelancong ke Shymkent ini sebab nak ke Tashkent, sebab dah dekat dah pun.

Di luar stesen kereta api Shymkent pun banyak teksi menunggu tanya pelancong yang nak ke Tashkent. Kami pula dah tempat Yandex Go dan tempah bilik di hotel di Shymkent. Kami pilih Hotel Cannes. Harga satu malam dalam RM130 tempah online (selepas China, hotel biasanya tempah di Booking.com ataupun Agoda).

  • Cannes Hotel, Konayev Ave 31/3, Shymkent 160000, Kazakhstan

Nak cerita fasal hotel ni juga. Lobi hotel ada di tingkat 3. Ground floor pula kedai kasut. Sebelahnya kedai makan. Restoran tu makanannya ok sangat. Kalau malas nak jalan, boleh aje makan di situ. Restoran 24 jam.

Kedai kasut rasanya satu tauke dengan hotel, tapi sendu aje. Tak ada customer tapi tetap bertahan. Hotel pula biliknya mungkin 10 tapi Masha Allah! Besar-besar biliknya sedangkan harga marhain haha. Dahlah receptionist orang Russia, malam2 yang ambil alih pun orang Russia juga. Ai rasa macam kena jaga dek mafia tapi tetap rasa selamat tau.

So, aku memang highly recommended hotel ni, walaupun sebenarnya kedudukannya agak jauh dari tempat tarikan. Takpe, korang boleh je ambil Yandex untuk ke mana-mana atau buat macam kami, jalan kaki saja.

Macam di Almaty, Shymkent pun banyak taman-taman bunga. Memang tak terasa dah berjalan jauh sebab dok keluar masuk park aje kerjanya. Cuaca di Shymkent pun agak baik. Hari ni saja 25C jadi dah boleh tinggal baju panas kat hotel. Jalan berlenggang kangkung ketibas, ketibus.

Dengan cuaca yang berangin dingin dengan pokok-pokok merimbun, memang seronok duduk di bangku-bangku di taman. Satu taman yang kitaorang selalu lalu dikenali sebagai Central Park. Nampak kecil aje tapi panjang. Dekat dengan Central Park ni pun ada banyak deretan kedai tukaran wang asing.

Ada pulak taman-taman kecil yang ditanam dengan bunga ros pelbagai warna. Ini kalau arwah mak ada ni, mesti dia akan minta ambilkan gambar dia dengan background roses atau tiba-tiba suruh aku petik bunga ros yang dah kembang mekar tu… isy! mak!

Satu lagi taman yang terkenal kat sini Abay Park. Monumen mengenangkan peperangan kat sini memang impressive. Macam-macam tugu ada termasuk kenderaan-kenderaan perang. Sambil makan sambil jalan santai kat sini. Sunyi aje kat park ni tapi tetap rasa selamat.

Ethno Park atau Ken Baba park pula sesuai untuk budak-budak sebab banyak attractions dan permainan cuma kalau nak masuk dan main kena bayar. Ada satu lagi park, aku tak ingat tapi ada kolam dengan bunga tulip merah besar di hadapannya.

Kalau nasib baik atau tak, terserempaklah dengan orang tua-tua ‘beriadah’ kat banyak park kat sini. Bukan beriadah apa pun, setakat main ‘judi’ terup hahaha. Tapi, jangan pandai-pandai nak rakam sebab ini permainan yang sangat serius bagi dorang.

Kat sini perut dan tekak tak berapa lalu makanan Kazakhs. Kami suspek ada satu makanan yang kami makan hari tu, Sepanjang kat Almaty memang selera kurang, kena paksa makan baru boleh telan. Kalau tak bergantung kepada sneakers bars dan meggi pedas. Sama ada nak bagi ada selera atau nak bagi lawas.

Sampai kat Shymkent pun tekak masih tak nak kawan. Tadi try makan noodles kat restoran sebelah hotel, pun susah nak telan sebab terover masin. Yep, bagi aku makanan kat Kazakhs terlebih masin sikit (sebab tu aku loya).

Yang sedap celus tekak cuma fries, Yang lain memang payah nak ditelan. (tapi sneakers over sweet pulak) jadi makan sikit-sikit aje dan bergantung kepada buah-buahan. Yang ni memang tak ada kekurangan. Buah-buahan di kazakhs memang sedap!

Kami memang berlama-lama di Shymkent sebab menunggu sepupu yang melawat Astana. Kami tak ikut sebab masa dan keadaan yang tidak mengizinkan, sebab itu dari Almaty, kami terus ke Shymkent.

Kami duduk seminggu di Shymkent dan bersantai-santai di sini. Bandar Shymkent lebih santai sedikit berbanding Almaty dan tempat kami tinggal ni banyak juga kolej-kolej pengajian tinggi. Aku rasa Shymkent ni macam bandar orang muda sebab ramainya pelajar di sini.

Seronok di sini. Dekat dengan hotel ni pula ada agensi pelancongan dan selalu terserempak dengan mereka yang nak promote pakej dorang, dan ada yang nak praktis bahasa Inggeris, layan saja la.

Kazakhstan ini negara muda, baru 33 tahun merdeka, tapi pembangunan dorang kira pesat juga. Seronok juga tengok orang muda kat sini jalani hidup. Contoh, selain daripada kedai-kedai makan, kedai kopi juga banyak. Kalau kat sini, selain Starbucks yang ada di mall, yang popular juga Global Coffee. Harga? Samalah lebih kurang Zus ke Kenangan Coffee ke Gigi Coffee ke kat Malaysia.

Aku bukan peminat kopi so nak buat perbandingan tu tak tahulah sangat. Cuma, bukan kopi Aik Cheong atau Kopi 434lah. Kira macam kopi hipstur gitu.

Dan, kalau korang nak minum kopi kat sini dan mintak sedikit aje gula, jangan terperanjat pula bila kau hirup kopi kau tu manis leting. Ye, tiada istilah sedikit di sini, teruskan aje mintak no sugar. Settled!

Jadi, sementara yang tua main judi, yang muda mungkin minat lepak di coffee cafe, termasuk budak-budak sekolah juga. Ye, sambil aku ketuk draft ni kat coffee cafe tu, ramai juga budak-budak sekolah mungkin sekolah rendah, masuk dan berchit-chat dengan rakan-rakan di situ. Tak termasuk yang sekolah menengah dan tidak bersekolah lagi. Ya samalah senarionya macam kat Malaysia.

Di sini kami sama ada makan di restoran sebelah hotel, cari sama ada laghman (mi) ataupun katama (macam roti canai) makan dengan gula atau begitu saja. Air biasa saja, chai jadi pilihan.

You might also enjoy