JALAN SORANG, CHIANG MAI

Share this article

BIASALAH KALAU TRAVEL dengan kawan-kawan atau famili sekalipun, mesti ada masa kita atau kawan kita tu mood dia ke laut.

Pagi hari terakhir kat Chiang Mai, kawan aku tu entah apa angin tiba-tiba nak marah-marah. Seriously, kadang-kadang aku pun tak tau apasal. Aku buat salah ke? Aku cakap salah ke? Entah. Elok je nak pergi sarapan, dia mengomel. Aku ni pulak bila orang mengomel, aku akan shut off. Cakaplah apa aje, aku tak dengar dan buat tak tau, tapi ekspresi muka aku tu ha.. hadaplah sendiri.

Jadi, aku buat keputusan sendiri, lepas sarapan, masuk bilik, mandi dan aku akan keluar ronda bandar Chiang Mai, bawak kamera, bawak duit sikit, SORANG DIRI. Biar orang yang mengomel tadi kat bilik turunkan suhu kemarahan dia dan sambung tidur. Entah-entah malam sebelumnya dia tak cukup tidur ke, apa ke, aku tak tau. Kan aku jenis, letak kepala atas bantal aje dah boleh travel ke dunia lain.

So, aku start lah jalan ke mana aje. Memandangkan aku kidal kan? Semua bermula dari kiri. Maafkan aku Tuhan kerana memberatkan bahagian kiri (mohon ini tidak akan mematahkan semangat untuk menerima kebaikan dengan tangan kanan).

Pukul 8-9 pagi kedai tak buka lagi, jalan pun lengang. Aku dengan adalah dua tiga orang pelancong orang putih yang berjalan kaki ni. Aku memang dah rancang, kalau aku sesat lepas tu tak larat nak jalan balik, aku tahan aje tuk-tuk dan minta hantar ke hotel. Lagipun, flight balik pukul 3.15PM jadi ada masa lagi nak meronda.

Sambil-sambil tengok kedai, ambik gambar. Yang bestnya kat depan deretan kedai-kedai ni banyak patung-patung gajah. Cantik-cantik pula tu. Aku check juga harga mengurut kat sini, boleh tahan juga. Mungkin sebab kawasan ni kawasan pelancongan, jadi harga dia adalah sedikit mahal.

Sampai hujung jalan aku jumpa balik jalan utama yang ada pasar malam tu. Haaa… sebenarnya tak adalah jauh mana. Ini memang sengaja si pemandu tuk-tuk bawak jalan jauh sikit. Tapi tak pe, yang penting enjoy.

Rupa-rupanya ada pameran bunga. Cuma tak tahu dah bermula atau belum lagi. Tapi, sempatlah ambil gambar float bunga-bungaan yang cantik. Ini antaranya.

Lepas puas ambil gambar, dah boleh balik bilik. Sebab cuaca tak panas, seronok berjalan kaki. Cuma nak menyeberang jalan tu masih lagi takut-takut. Perhatikan motor ye kawan-kawan.

Sampai di bilik, ingat nak terus siap kemas tapi memandangkan ada masa lagi, landinglah sekejap hahaha. Macamlah boleh rehat lama-lama kan? Tak pun by 12 tengah hari dah kena keluar dari bilik, dan kawan kepada kawan dah nak ambil kitaorang bawak ke airport.

Bila kawan datang jemput, dia kata dia nak bawa makan kat kedai makcik dia. Makcik dia ni Muslim dan ada kedai makan. Wah, apa lagi, dah ada rezeki kita untuk tengah hari ini. Dan by the way, mood kawan aku tu dah improve sikit. Haaa.. memang aku suspect dia tak cukup tidur kut malam tadi. Entah apa dia buat, aku tak tau dan tak moh ambil tahu. Yang penting dia tak membebel.. letih weh!

Selesai makan kat Restoran Hawa, kitaorang bergerak ke Airport. Terima kasih kawan tu sebab layan kami dengan baik. Semoga dapat balas layanan bila ke Malaysia.

Tapi, kawan kepada kawan tu orang kaya, aku rasa kalau dia datang Malaysia pun mesti hotel dorang jenis hotel mahal-mahal, aku tak mampu weh. Huhu. Apa pun, cuti kat Chiang Mai ni memang menarik. InsyaAllah boleh datang lagi.

CHIANG MAI bahagian 1

CHIANG MAI bahagian 2

CHIANG MAI bahagian 3

#cuti #chiangmai #holiday #thailand

You might also enjoy