Haa.. kalau masa merambu kat Eropah dulu, asyik masuk melawat gereja. Masa ke Jogjakarta, aku melawat Borobudur dengan Prambanan.

Bila sampai ke Chiang Mai, aku diajak ke Doi Suthep atau kuil atas puncak gunung. Nampak tak betapa aku ini orangnya kuat agama? Ha ha ha.
Kuil atas gunung ni tak berapa jauh sangat dari bandar Chiang Mai. Yang bestnya pemandangan bila kat atas gunung ni, memang sangat cantik. Bukan tu aje, kenderaan yang kitaorang naik ni pun perkh! Syiok. Van posh untuk empat orang aje dalam tu. Driver, abang tourist guide tu dengan kitaorang dua orang aje.

Kawan aku naik van tu tak sampai berapa minit terus terlelap. Bila dia dah terlelap, takkan aku nak tido sama, kenalah layan abang tu yang asyik bercerita fasal ada satu doktor wanita yang ‘melamar’ dia. Weh, dah dia tourist guide, kalau aku diam dan tan menyahut, maknanya dia cakap sorang-sorang… kesian pulak. Sama macam aku kesian kawan aku yang tertidur. Tak macam aku, landing kepala atas bantal dah boleh sampai alam mimpi, dia ni kadang-kadang tido waktu Eropah huhuhu.

Okey, tiba di Doi Suthep kitaorang terus beli tiket melawat. Ada dua jalan nak naik ke kuil ni. Sama ada naik tangga (untuk orang yang warak) atau naik lif macam aku (jenis yang kuat iman). Tapi bila naik lif, tak nampaklah pemandangan luar sebab lift shaft dia memang tertutup habis.
Bayaran dia tak mahal mana pun cuma aku dah tak ingat. Tu la aku ni, benda kalau orang dah sediakan, aku jadi tak peka. Tak tahu menahu, tiba-tiba aje tiket dah ada kat tangan, dah masuk lif, dah keluar kat atas bukit. Dah wow! Mulut terbuka tengok pemandangan cantik, tengok bangunan cantik..



Sampai di atas, suasana nyaman. Walaupun matahari terik tapi anginnya sepoi-sepoi bahasa. Aku memang suka sangat tengok ukiran kat bangunan, batang kayu ke, lepas tu ada pulak loceng besar.
Dahlah memang hobi kumpul loceng, tapi yang ni memang loceng besar gedabaklah. Mana boleh bawak balik. Tapi, kalau letak loceng besar ni kat rumah, boleh tak? Huh, sah-sah orang ingat nanti rumah aku tu kuil. Eh, tapi kira rumah aku tu aman aje la kan huhuhu. Sambil tu ambik pula peluang pusingkan loceng kat kuil Buddha. Kawan aku dah pelik dengan perangai tak semenggah ni. Saja je.

Kitaorang habiskan masa kira-kira nak sejam jugalah kat atas gunung ni. Bukan apa memang semata-mata nak menikmati pemandangan cantik dari atas gunung. Dan pada masa yang sama, abang tour guide aku ni masih bercerita fasal ‘awek doktor’ dia. Semoga ada jodoh ye bang.

Di jalan utama ke kuil ni, ada banyak kedai-kedai menjual peralatan sembahyang. Dari patung Buddha ke gaharu, dupa, setanggi, kemenyan, semua jenis peralatan untuk sembahyang ada dijual. Malah, mainan kanak-kanak pun ada. Iyalah, tempat ni bukan saja menjadi tumpuan penganut agama Buddha, tetapi juga sudah menjadi tempat tumpuan pelancong bila ke Chiang Mai.
Namun, dalam banyak-banyak penjual dan pengunjung di Doi Suthep ini, ada satu makhluk ni yang menarik perhatian aku. Dia tidak nakal, nakal, nakal, nakal.. ayu aje duduk kat tengah panah. Memang sangat ayu aku tengok makhluk ni, sikit pun dia tak kacau orang yang lalu lalang. Tapi, bila aku perhatikan betul-betul, laaa siapalah agaknya yang bertanggungjawab atas keayuan kau ni ye sayang?

Dah selesai urusan membersihkan hati kat kuil di puncak gunung, kitaorang pun memulakan perjalanan turun. Kali ni abang tour guide nak bawa kami ke Royal Park Rajapruek, satu taman bunga indah di Chiang Mai.
Sebelum sampai ke taman bunga, kita dengar lagi celoteh abang tour guide cerita lagi fasal ‘awek doktor’ yang mahu mengahwini beliau.
#chiangmai #jalanjalan #jalan #thailand #royalparkrajapruek #doisuthep #buddha #buddhist








