Thailand 01 – 5 Februari 2015 .
Walaupun Bangkok tak jejak lagi, kali ni gatal kaki nak naik terus ke utara negara tu. Chiang Mai. Konon-kononnya nak bersantai dalam bulan kelahiran. Jadi, memandangkan AirAsia ada flight murah, terus aje booking.
Pagi-pagi buta dah tercongok di KLIA2 untuk penerbangan jam 6.55 pagi. Tu diaa… dah tak ada flight lagi murah dan lagi awal gamaknya, aku ni. Gigih ambil shuttle bus dari KL Sentral sebab itu yang paling murah. Berlemoih badan mengangkut beg, tapi nak bercuti punya fasal.. sanggup!

Aku gi dengan ‘kawan’ hahahaha. Dan memang trip ini dirancang sebab ‘kawan’ ada ‘kawan’ di Chiang Mai, jadi tak adalah sampai-sampai bandar utara ni, terus macam rusa masuk kampung. Kurang-kurangnya kat airport dah ada orang akan jemput bawa ke hotel.
Sebab kami sampai jam 8.40 pagi, destinasi pertama mestilah cari sarapan kan? Makanya, kami dibawa ke Halal Street yang berdekatan sebuah Masjid Ban Ho, masjid Cina yang paling popular di Chiang Mai. Alamatnya 31 Charoenprathet Rd, Tambon Chang Moi, Amphoe Mueang Chiang Mai, Chang Wat Chiang Mai 50100, Thailand

Kawasan ni memang terkenal dengan makanan Cina kerana penduduk Islam Cina yang tinggal di sini adalah pendatang dari Yunnan, China. Banyak kedai dan restoran Halal kat sini, tinggal nak pilih nak makan apa.
Walaupun, banyak tanda yang bertulis bahasa Siam, ada nama kedai ditulis dalam Bahasa Inggeris. Tapi, yang penting tu kedai dan gerai kat sini ada logo HALAL dan premis dorang pun dijaga bersih.

Makanan yang terkenal kat sini atau, bahagian utara ini adalah mi sup yang dikenali sebagai ‘Khao Soi’. Biasanya mereka menggunaka dua jenis mi: mi beras biasa atau mi telur. Supnya seperti kari bersantan.
Tapi, memandangkan aku kurang suka dengan mi kari (tak kira apa pun versinya), aku pilih sup jernih. Ha.. yang ni kalau pergi kedai makanan Cina (HALAL) aku selalunya pilih mihun dalam sup jernih. Kalau boleh, satu mangkuk sup tu aku hirup sampai kering ha ha ha
Tak ada apa sangat aktiviti aku buat di Chiang Mai ni, sebab memang asalnya cuma nak bersantai aje kan. Cuma aktiviti wajib adalah siang tido dalam bilik, malam gi cari makan kat pasar malam. Ronda-ronda seround dua, balik tido ha ha ha..

Kalau korang kerja macam aku, keluar gi ofis jam 8 pagi balik jam 1 pagi, memang kalau gi holiday, alamatnya qada’ tido ajelah. Apatah lagi kalau bilik tu tilamnya empuk, aircondition pulak nyaman.. memang melangkah ke alam mimpilah jawabnya.
Nak cerita fasal pasar malam?
Memang pasar malam kat Chiang Mai ni sangat happening. Macam-macam ada. Dari baju, aksesori, makanan dan tempat mengurut, semua settled. Dia punya pasar tu memang panjang. Sesuai sangat lepas letih jalan kaki tu, dapatkan khidmat mengurut. Bukan takat mengurut Siam tu aje, siapa-siapa nak try spa ikan pun ada.
Sepanjang-panjang jalan kat simpang Tha Pae dengan Chang Klang tu macam-macam gerai ada. Pukul 6pm dorang dah mula berniaga sampai jam 11.30 malam.

Kita orang memang jalan-jalan area situ aje. Tapi kul 10 malam aku dah lembik dah. Balik naik tuk tuk. Punyalah dia ambil jalan jauh sebab nak kitaorang bayar mahal sikit. Tak pe lantaklah, yang penting aku tak perlu jalan kaki balik. (Padahal hari terakhir kat Chiang Mai tu baru jumpa jalan short-cut balik ha ha ha)
Masa tengah meronda kat pasar malam tu, kami terjumpa dengan sorang abang ni. Alamak nama dah tak ingat, tapi dia asal Kelantan dan bekerja secara haram sebagai pemandu pelancong kat Chiang Mai tu. Dia ada bagi kad nama dia tapi mana ntah aku letak. So, dia offer kalau nak jalan-jalan di Chiang Mai dia boleh bawak. Fikir juga sebab tak ada aktiviti langsung nak dibuat kat Chiang Mai ni lebih baik kita ikut tour dia.
So, malam tu lepas bincang sikit, kitaorang setujulah nak ambil tour dengan abang ni. Lagipun kitaorang memang tak ada arah tujuan, tak tau nak gi mana, buat apa kat Chiang Mai ni. Silap aku juga, tak ada buat plan apa pun. Ingat cuma nak explore Chiang Mai suka hati aku aje.
#cuti #holiday #chiangmai #pasarmalam #nightmarket #chiangmainightmarket #nightmarketchiangmai #pasarmalamchiangmai #aiskrim #theimperialmaepinghotel #masjidbanho #banhomosque #halalchiangmai #halalfoodthailand #halalfoodchiangmai #khaosoi #khaosoy








