GADIS & BUNGA ROYAL PARK RAJAPRUEK

Share this article

TANYALAH MANA-MANA wanita, siapa yang tak suka bunga? Semua suka bunga kan? Cuma jenis bunga yang menjadi kesukaan itu yang berbeza. Macam aku. Suka bunga-bunga jenis ‘underdog’ hahaha. Ada ke macam tu?

Anyway, abang tourist guide cadangkan kitaorang melawat taman botani di Chiang Mai ni. Tak pastilah sama ada sebab aku atau… sebab hatinya berbunga girang mengenangkan lamaran si awek doktor. Ah! Aku merapu aje ni.

Okey, taman botani ni atau nama rasminya Royal Park Rajapruek ini terletak kira-kira 12KM dari pusat bandar Chiang Mai. Tak ada kenderaan awam yang ke sini, jadi korang kena sewa tuk tuk atau Grab.

Sebab kitaorang datang naik van yang sangat posh, makanya tak ada masalah untuk ke sini. Yang jadi masalah bila nak balik, sebab driver tiba-tiba kata dia ada urusan keluarga. Nak tak nak nanti, abang tourist guide kena carikan kami tuk-tuk waktu nak balik. Tak pe bang, kitaorang redho.

Dan sebenarnya masa kita orang datang ni memang pesta bunga kat Chiang Mai baru je ke penghujungnya. Jadi kalau korang nak menikmati pemandangan bunga, datang ke Chiang Mai antara bulan November hingga Februari. Boleh tengok bunga-bunga berkembang cantik dalam cuaca yang dingin tau. Macam kalau nak datang ke taman ni, jadi tak adalah terlalu berpoluh-poluh.

Taman botani ni memang sangat luas. Bayaran masuk dalam 200 baht untuk dewasa dan 150 baht untuk kanak-kanak (ini harga pelancong asing tau, macam kita!). Puaslah kalau nak menikmati pemandangan pelbagai jenis bunga kat sini. Macam-macam warna. Teringat masa pergi Taman Tulip Kaukenhof kat Belanda berpuluh-puluh tahun dulu. Kat sini pun sama, tamannya luas. Kalau jalan kaki memang kena banya berhenti. Tapi tak apa sebenarnya, banyak juga kafe kecil-kecil yang jual minuman untuk pelancong yang kepenatan berjalan.

Kalau tak nak berjalan, ada disediakan tram dalam taman ini. Tram dia memang sangat menarik, old fashion betul. Nak naik tram ni kena bayar dalam 20 baht aje. Hop on-Hop off. Boleh turun mana-mana tempat yang korang rasa nak turun dan bergambar, lepas tu boleh naik balik tram lain. Tunggu aje kat tram stop tu. Kalau nak berjalan-jalan terus pun boleh aje.

Ada macam-macam jenis bunga tropika ditanam kat sini. Sebab di Chiang Mai cuacanya lebih dingin sedikit, jadi bunga-bunga tropika kat sini sangat cantik dan warnanya terang-terang. Peminat bunga orkid pun boleh ke sini sebab ada taman orkid yang cantik.

Selain bunga-bungaan, tarikan kat sini adalah Ho Kham Luang Royal Pavilion. Bangunan ala istana Thailand yang cantik. Kalau nak masuk bangunan ni pun bolah.

Taman ni dibuka setiap hari dari jam 9 pagi – 6 petang. Kalau pergi masa hari bekerja, tengah hari buta macam kitaorang ni memanglah tak ramai orang. Memang korang akan selesa berjalan ke mana-mana aje dalam taman ni.

Taman ni pun famous untuk ambik gambar pengantin. Biasanya kalau hari-hari biasa memang okay sangat nak ambil gambar pengantin, orang tak ramai. Kalau hari minggu atau cuti sekolah, taman ni jadi tumpuan pelancong.

Aku pun apa lagi, dari jauh snap gambar dorang ni yang mengangkut prop. Comel aje lelaki tu, siap senyum kat aku. Hati dup dap dup dap jadinya hahahaha. Masa kitaorang keluar tu ramai pula pelajar-pelajar sami yang datang ke park ni.

Dah.. boleh balik naik tuk tuk merah ni… Tapi, sebelum sampai hotel kami, abang tour guide belanja makan tengah hari kat kedai makan favourite dia. Masih lagi menyentuh mengenai lamaran awek doktor yang masih dipertimbangkan.

Iyalah, dia doktor, abang ni cuma pemandu pelancong aje. Lagipun abang dah tua, tapi, seronok juga dapat berbual dengan dia malam tadi etc etc etc.. tak berapa dengar sebab aku sedang menikmati nasi yang sedap sebab perut dah lapar.

CHIANG MAI bahagian 1

CHIANG MAI bahagian 2

CHIANG MAI bahagian 4

#chiangmai #cuti #holiday #tamanbunga #royalparkrajapruek #dalamhatiadataman #tuktuk #samibuddha #pengantin #photography #flowers

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…