WINTER SONATA DI NAMINARA

Share this article

KAMI BUKAN PEMINAT drama Korea langsung. Malah, tak kenal pun pelakon-pelakon Korea yang muka pun sekarang susah nak bezakan yang mana satu lelaki mana satu perempuan.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Tapi kawan kata, kalau dah ke Korea Selatan tu, pergi ajelah ke Naminara. Minat tak minat tu belakang cerita. Dan oleh kerana keempat-empat wanita ini bukan peminat cerita Korea, tapi Allah sangat generous tetiba dapat pula merasa ala-ala Winter Sonata.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Dalam beberapa minit, keadaan bertukar dari tak lebat mana, sampai lebat sejuk gedi kat Naminara.Ya salji sangat lebat masa kami di pulau itu. Bolehlah pendengki dengan peminat cerita Winter Sonata.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

​Disebabkan salji yang lebat hari tu, jalan pun tersangat sesak. Sejam lebih tersangkut dalam kesesakan lalulintas ketika dalam perjalanan balik, sampai pemandu beritahu seeloknya kami turun dan pergi ke stesen kereta api.

Dan satu hal yang aku belajar di Korea ini, walaupun penduduknya kebanyakan buat hal sendiri dan tidak sopan (suka tolak-tolak dalam kereta api), mereka sebenarnya beradab juga.

Ada beberapa budak muda yang kasihan tengok kami sebab tak boleh berbahasa Korea dan bantu kami dalam bahasa Inggeris tersekat-sekat. Beritahu suruh ikut aje dia sebab mereka akan turun untuk berjalan kaki ke stesen.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Maka berbondong-bondonglah kami berjalan kaki dalam keadaan salji turun mencurah dan malap ke stesen kereta api. Alhamdulillah ramai yang membantu untuk mencari jalan pulang ke Gangnam. Walaupun terkial-kial dan mengira stesen, akhirnya tiba juga ke destinasi.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Menonton bola keranjang
Aku juga bukan peminat sukan, tapi aku ada kawan yang sangat gila sukan. Tiga puluh kali dia terangkan fasal bola, aku tak faham-faham langsung. Cerita fasal golf, aku akan bosan. Tapi aku tetap akan temankan dia kalau dia nak tengok bola atau pergi stadium.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Bagi aku dia suka sukan dan aku akan sentiasa dapat cari aktiviti aku sendiri. Kalau dulu aku temankan dia kat Stadium Santiago Bernabeu tengok kelab Real Madrid beraksi, aku duduk luar tengok orang parking kereta. Sebabnya, rupa-rupanya kalau ada bola, satu bandar Madrid tutup kecuali kelab dan kedai minum. Tapi kali ini aku masuk stadium. Sebabnya ini pertama kali aku akan tengok match bola keranjang. Antara Samsung Thunders dengan Elephants.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Dengan bekal susu coklat dan kudap-kudapan dapatlah aku tengok game ini buat pertama kali secara live. Hehehe.. dan aku sangat suka!

Mungkin kalau ada lagi game macam ni, aku akan tengok cuma… err… yang kat TV Air Asia punya tu err… jarang tengok.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Kiranya, begitulah aku menghabiskan masa dua minggu di Seoul dan Busan. Satu pengalaman yang lain. Yalah, sebab sebelum ni aku lebih banyak habiskan masa di Barat dan bukan ke Timur. Mungkin lepas ni akan cuba lebihkan masa ke Timur.. terus timur.. terus lagi.. sampai tiba Barat balik hahahaha… Itulah Allah jadikan bumi ini bulat.
Tapi, pada masa yang sama, aku kena habiskan masa berjalan-jalan di negara sendiri hehehe.. adoi!
#travel #koreaselatan #southkorea #seoul #namiisland #naminara #wintersonata #winterholiday #winter #basketball #thunders #elephants #busan #traintobusan #horrormovie

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…