TRENDY RAYA & JALAN TAR

Share this article

SIAPA TAK KENAL dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman? Sejak berpuluh-puluh tahun, jalan inilah yang dituju ketika hampir musim perayaan tak kiralah Hari Raya Puasa Tahun Baru Cina

ataupun Deepavali.

Deretan kedai-kedai di jalan ikonik ini akan penuh sesak dengan pelanggan yang mencari

pakaian baharu yang mahu dipakai pada hari perayaan.

Kalau dulu, kedai pakaian besar seperti Globe atau Tang Ling menjadi tumpuan penduduk kota raya, kini bazar Ramadan yang dibuka dari petang sehingga lepas tengah malam begitu

meriah dengan orang ramai, bukan sahaja penduduk Lembah Klang.

Kalau mak-mak kita dulu memang suka cari kain ela untuk dibuat baju, generasi sekarang lebih gemar mencari pakaian yang sudah siap dijahit. Tak perlu susah-susah hantar ke tukang jahit untuk buat fesyen terbaharu kalau baju-baju yang dijual sudah cukup trendy dan up-to-date.

Tapi, satu aku perasan, tahun ni fesyen baju raya tak berapa nak banyak dan trendy sangat. Mungkin awal-awal lagi ramai yang sudah buat bajet tak mahu berhabis dengan pakaian dan tak sangka pula dapat kerajaan baru, lepas tu pulak kerajaan umumkan 0% GST sampai September. Mana nak ‘dan’ peniaga untuk cipta atau jahitkan banyak-banyak baju raya.

Memang sudah didugalah keadaan kat sana penuh sesak dengan manusia. Berpusing-pusing cari parking akhirnya letak kereta atas laluan pejalan kaki. Jalan-jalan berhampiran memang sesak. Ada juga yang ambil peluang cari makan di tengah malam. Rasanya restoran

roti canai banjir kat Selangor Mansion tu pun penuh sesak dengan manusia.

Semakin lewat malam, semakin ramai pula orang yang datang ke Jalan Tuanku Abdul Rahman ini. Berhati-hati dengan barangan peribadi kalau ke sini di waktu malam. Dengan orang yang berasak-asak, kita tak perasan dengan penyeluk saku. Alhamdulillah tak ada

kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tapi, walaupun banyak gerai-gerai menjual baju, hampir kesemua kedai mempromosikan stail baju yang sama. Tak kira untuk pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak. Harga pun antara

dari satu gerai ke satu gerai, tak banyak beza.

Bukan itu saja, memang banyak gerai yang menjual aksesori wanita dan lelaki seperti beg dan barangan perhiasan. Begitu juga dengan soft furnishing seperti cadar katil, langsir dan sebagainya.

Jadi, aku memang tersilap percaturan pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman semata-mata

nak habiskan masa dan cuci mata. Nak balik pun jem.

#raya2018 #Aidilfitri2018 #teamrayamelaka #JalanTuankuAbdulRahman #JalanTAR #pasarmalam #bazarRamadan #bajuraya #nightmarket #rotibanjir #roticanaibanjir

You might also enjoy