Saya memang sangat percaya dengan kekuasaan bersedekah. Tapi, memang perlu lihat pada keadaan. Bukan keadaan ketebalan poket ataupun beg duit, tapi keadaan kita memberi sedekah kepada yang sepatutnya.
Memandangkan kami jarang makan di luar, kami ambil kesempatan hari Sabtu ini untuk keluar deting. Memandangkan kita masih lagi dalam PKPB, saya memang mengharapkan pusat beli belah tidaklah terlalu sesak di Melaka ini. Selalunya kalau hujung minggu kami memang tak ke mana kerana nak ke bandar biasanya trafik dan pusat beli belah terlalu sesak.
Hari ini kami membuat keputusan untuk ke Melaka Parade. Sebab dah hampir waktu makan tengah hari, kami terus ke Restoran Mi Tarik Warisan Asli. Ini pertama kali suami mencuba makan di sini. Dan selalunya kalau kita dining in, akan adalah mereka yang datang berjualan. Kali ni adik Cina jual biskut sebungkus RM10. Husband tanya nak bersedekah tak? Aku jawab tak ada duit kecil, so husband tolong belikan. Dapatlah biskut coklat cip sepeket.
Dah bayar makanan, masa nak keluar aku bagi biskut tu kat keluarga yang ada anak kecil sebab nak sambung merayap melenggang kangkung. Jalan² cuci mata tengok orang beratur panjang kat kedai emas Husin yang popular kat Melaka ni. Tengok harga emas kedai dia RM224/g tanpa upah. Wow! Kaya lagi orang Melayu sekarang. i-Sinar dah keluar gamaknya.
Jalan² lagi sambil berangan sana sini, asben.my pun ajak balik.
Tiba masa nak bayar parking kereta yg RM5 tu kat mesin baru sedar duit tak cukup RM2 lagi. Adik Cina kat sebelah tanya tak cukup berapa ringgit kak? Aku cakap dua. Terus dia bagi kat aku RM2. Aku tanya boleh tukar RM10 ke, dia kata tak pe, ikhlas.
Tu dia.. ALLAH bayar Cash kat kami. Semoga Allah beri rezeki lebih kat adik Cina tadi atas kebaikan beliau. Macam ni, cuaca panas berdenting kat Planet Melaka pun aku tak rasa.
Aku bukanlah Malay-apologetic dan hendak menangkan bangsa lain, tetapi aku selalu ingatkan diri jangan rasis. Ramai yang jahat tak kira bangsa dan ramai juga yang baik tidak kira bangsa.
Dalam keadaan kita menghadapi pandemik Covid 19 ini, semua orang terkesan. Jangan terlalu ikutkan ahli politik, mereka golongan kayangan dan memang ‘tugas’ mereka memecah belahkan rakyat Malaysia untuk kelangsungan kehidupan politik mereka.
Semoga kita semua dilindungi.