TERBANG KE TANAH RATU

Share this article

Rabu: 9 Mac 2022

n

SEMALAM DAH MINTA front office hotel untuk book teksi ksito ufficiale geox geox sito ufficiale saldi geox scarpe gep?cknetz auto himmel vestiti benetton saldi überbauregale gep?cknetz auto himmel benetton uomo saldi black friday wig sale www marella orders com black friday wig sale tata italia negozi geox uomo saldi tataitalia custom kings jersey e Terminal 1 Václav Havel Airport Prague. Hari ni kami akan terbang ke London Stansted Airport United Kingdom. Jauh juga lokasi lapangan terbang di Praha 6. Tambang teksi kami CZK750 (RM139). Ada aje bas ke lapangan terbang, tapi leceh nak mengangkut nanti. Lagipun jauh dan kalau nak naik bas ekspres ke sana, kena pergi kat stesen kereta api Prague pula. Jadi, kami buat keputusan, kali ni kami naik teksi aje ke lapangan terbang.

Semalam, aku dah isi Passenger Locater Form untuk masuk ke UK. Alhamdulillah tarikh kami ke UK, negara itu dah tak perlukan pelancong untuk buat Covid test. Kami cuma perlu isi Passenger Locater Form. Yang aku ni jujur sangat, semua destinasi di UK aku isi dalam PLF tu. Yelah, sebab di UK ni sistem dia agak by the book jadi lebih baik bersedia daripada kelam kabut kena soal. Lagipun ini pertama kali Atok ke UK. (Ini pertama kali Atok ke mana-mana di luar negara pun).

nn

Untuk ke London, kami pilih penerbangan Ryanair (RM881.10) dan penerbangan kami pada jam 11.50am waktu tempatan. Dijangka tiba di London Stansted Airport pada 12.50am waktu tempatan. Durasi penerbangan 2 jam. (Masa UK lambat sejam dari Eropah). Pagi jam 7am kami dah turun untuk check-out dan letak beg di bawah. Kami turun untuk sarapan dulu alas perut. Jam 7.45am kami naik semula ke lobi untuk tunggu teksi. Rupanya driver pun dah sampai.

Perjalanan ke airport ambil masa kira-kira sejam. Sementara nak tunggu kaunter check in buka, kami lepak dulu duduk admire kereta Skoda kat airport. Ada contest kut, jadi hadiah utama tu kereta Skoda. Entah kami pun tak tahu. Jam 9 kaunter kami check board dan tengok kaunter dah buka. Kamilah orang pertama yang berdiri depan kaunter RyanAir untuk check in.

Proses check in pun tak lama sebab semua dokumen aku dah sediakan. Lepas selesai urusan check in, kami keluar dari terminal sekejap nak bergambar. Ini hari terakhir kami di Prague dan pertama kali kami di airport Prague, bolehlah rakamkan sikit kenangan kat sini. Dah selesai bergambar, beli pula hot chocolate nak alas perut dan habiskan lagi Euro yang ada. Itulah misi Atok selama di Prague ni.. Haish!!

nn

Besar juga Terminal 1 Airport ni. Gate kami, Gate 10 pula di bahagian bawah. Jadi kami duduk dulu sementara tunggu Gate 10 mula dibuka. Kita ni pelancong Islam Asia apatah lagi bertudung, jadi memang dah bersedia untuk jadi target body search, jadi tak payah kompelin. Lagipun, sekarang ni Ukraine tengah berperang, jadi memang security akan ketat sikit. Walaupun macam tu bengang juga aku bila aku jadi target banding dengan ‘pelarian’ Ukraine yang nak ke London ni. Tak apalah.

nn

Alhamdulillah, kami dapat seat di emergency exit, jadi dapat extra leg-room di sini. Atok pun ada pengalaman dalam flight/aircraft safety jadi lega hati aku. Bila bagitau Atok bekas airport firefighter officer, sengih besar cabin kru RyanAir, terus kata, “We are in good hands, then.” Sepanjang penerbangan tiada masalah. Kami tak beli makanan apa-apa pun sebab penerbangan cuma 2 jam sahaja.

nn

London Stansted Airport, dulu nilah tempat kami naik penerbangan kalau nak jalan-jalan ke Eropah. Kalau tak di Stansted, kami di Luton Airport kalau naik Easyjet. Sekarang ni dari gate dah ada shuttle train pula ke main terminal. Tapi, alahai, lift cuma satu nak ke shuttle train area, orang pula ramai. Orang UK memang suka beratur jadi memang tak ada masalah. Yang jadi masalah, orang Eropah Timur ni dah macam apa aku tengok. Kita pun nak cepat juga… Haish!

Turun dari shuttle train, kami terus bergerak ke kaunter imigresen. Ada polis yang bantu untuk masuk ke laluan mana. Tapi, macam biasa, ambil masa lama juga di imigresen. Bukan kami, tapi ada keluarga yang besar dan ada pula pendatang yang mencari suaka, jadi kena ikut giliran. Dekat sejam juga kami beratur tunggu giliran.

nn

Tiba giliran kami, pegawai yang jaga tu baik pula. Dia tengok PLF kami terus dia kata wah ini memang betul-betul melancong, sebab aku memang masukkan setiap tempat tinggal kami di UK Bila aku saja kata aku pernah belajar di Scotland lebih 10 tahun lepas, dia kata ini mesti nak pergi balik ke tempat dulu, aku ya kan aje haha

nn

Selesai urusan dalam imigresen dan ambil beg, kami terus keluar nak cari bas ke bandar London. Aku dah siap-siap beli tiket bas National Express Coach ke bandar London masa beli tiket Ryanair sebab akan dapat diskaun. Sekarang cuma kena cari bas mana yang nak ke London ni.

nn

Kami ambil bas yang akan berhenti di Liverpool Street. Dari situ kami ambil Underground ke King Cross. Dari stesen King Cross, kami berjalan heret beg ke penginapan di sini. Untuk dua malam kat sini harganya £133.28 (RM714)

London City Gate

n

Swinton Street, London, WC1X 9NL, United Kingdom

Asalnya aku tempah Berjaya Eden Park sebab untuk dua malam tu aku dapat dalam RM500 je, sekali lagi beberapa hari nak ke London, diaorang boleh kansel dan refund. Katanya salah letak harga kat website. Bengang betul aku.

Owner London City Gate katanya orang Muslim. Walaupun sedikit menapak dari stesen kereta api, sebenarnya ada juga laluan bas kat sini, tapi kami lebih senang ambil Underground. Kalau jalan kaki tu agak-agak 15 minit sampai. Sebab dah kepenatan perjalanan yang panjang, dengan google yang tak mesra alam sangat, kami ambil masa sikit nak sampai ke bilik.

nn

Malam tu kami memang tak keluar ke mana-mana sebab keletihan. Cuma pergi ke Restoran King Rooster kat tepi simpang untuk beli makan malam. Kami guna coin £ aku yang lama-lama. Pilih duit siling mana yang masih boleh guna lagi sebab sekarang ni syiling £ ada yang baharu. Aku juga bawa duit £20 aku yang dulu. Ingat nanti nak tukar di bank di sini kalau sempat.

nn

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…