TEMPAT MENARIK, AKTIVITI SERONOK DI MIRI

Share this article

SEBUT SAHAJA MIRI, pasti yang terlintas di kepada adalah ia hanya sebuah bandar minyak. Ataupun, pintu masuk ke Taman Negara Mulu. Taman negara ini memang sudah terkenal di kalangan pencinta alam semula jadi di serata dunia.

Taman Negara Gunung Mulu mempunyai rangkaian gua terpanjang di dunia. Di sini terletaknya ‘Sarawak Chamber’ iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh memuatkan empat puluh buah kapal terbang Boeing 747.

Tarikan lain adalah Gua Rusa, yang boleh memuatkan lima buah gereja besar bersaiz gereja Saint Paul di London dan Gua Air Jernih, gua paling panjang di Asia Tenggara. Yang paling menarik juga adalah  rabung batu kapur yang besar, ngarai yang curam, yang dipanggil ‘The Pinnacles’.

Tapi, bagaimana dengan tempat tarikan pelancong di Miri?

Sebenarnya Miri mendapat namanya daripada suku Miriek yang merupakan penduduk asli pada abad ke-16, tetapi orang Eropah yang datang mencari minyak di bandar ini secara tidak sengaja telah menukar nama Miriek kepada Miri yang kekal hingga ke hari ini.

Namun, Miri bukan sekadar bandar minyak. Terdapat banyak tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan ketika anda berada di bandar yang merupakan bandar bersempadan dengan Brunei Darussalam.

Selain daripada dibanjiri oleh pengunjung dari negara jiran itu yang datang ke sini untuk membeli belah dan beriadah setiap kali hujung bulan, Miri masih mempunyai tarikan tersendiri yang unik dan menarik.

Outcropped di Jalan Airport

Mungkin bagi sesetengah pelancong, tidak ada apa yang menarik fasal formasi batuan di Jalan Lapangan Terbang menuju ke bandar Miri, tetapi kepada ahli geologi dan mereka yang suka fasal batuan, formasi atau outcropped ini menceritakan sejarah geologi Miri.

Terdapat bekas jejak, kesan korekan atau sisa yang ditinggalkan oleh haiwan di sini sejak beribu tahun. Jejak fosil ini memberi maklumat mengenai jenis haiwan, batuan dan tumbuhan yang pernah ada di kawasan ini beribu-ribu tahun dahulu.

Batu kapur di Jalan Lapangan Terbang ini mempunyai jejak fosil kesan korekan menegak yang digelar ‘skolithos’ yang memberi maklumat bahawa dahulunya tempat ini merupakan persekitaran penempatan pantai yang cetek. 

Grand Old Lady

Terletak di puncak Bukit Kanada, Grand Old ady merupakan mercu tanda Miri di mana anda boleh melihat mesin menggerudi minyak yang pertama digunakan di sini. Ia terletak kira-kira 10 minit memandu dari bandar.

Bersebelahan mesin menggerudi ini, terletaknya Muzium Sains Petroleum di mana anda dapat mengorek sejarah mengenai penggerudian dan pencarian minyak di Borneo.

Dari Bukit Kanada ini juga anda dapat melihat keindahan bandar Miri dan laut saujana mata memandang. Datang ke sini waktu pagi atau petang dan anda dapat menikmati pemandangan yang indah dengan angin yang menyegarkan.

Pasar Kraftangan Miri

Sebenarnya tempatnya tidaklah terlalu besar dan terletak di persimpangan Jalan Brook, berdekaatan Hotel Meritz. Pasar kraftangan ini dibuka pada jam 10 pagi hingga 5 petang

Bagi anda yang sukakan cenderahati daripada penduduk asli Sarawak seperti dari etnik Kelabit dan Penan, inilah tempat yang paling sesuai. Harganya juga berpatutan.

Pantai yang indah

Pantai yang menghadap Laut China Selatan ini memang indah. Biasanya pantai ini menjadi tumpuan di waktu awal pagi atau lewat petang.

Satu lagi pantai yang indah di Miri adalah Luak Bay Esplanade yang terletak kira-kira 11km dari bandar. Ada gerai-gerai yang menjual makanan ringan di sini dan juga tandas awam dan tempat meletak kereta untuk pengunjung.

Satu lagi tempat yang menjadi tarikan orang ramai adalah di Pantai Tusan di Bekenu. Pada waktu malam anda mungkin dapat melihat cahaya biru di dalam air. Menurut laporan The Borneo Post, cahaya biru itu terhasil daripada plankton yang betindak balas dengan oksigen dalam air laut untuk menghasilkan cahaya lebih cerah daripada Galaksi Bima Sakti.

Fenomena alam semulajadi ini juga dikenali sebagai ‘fenomena air mata biru.’

Namun, tarikan Pantai Tusan bukan sahaja di waktu malam, tetapi keindahannya teta terserlah kerana ia mempunyai banyak tebing inggi yang menjadikan pantai ini lain daripada yang lain.

Makan

Sebenarnya banyak tempat makan yang sedap dan murah di Miri dan bagi mereka yang berkunjung ke sini, menu wajib dicuba adalah Mi Kolok dan Laksa Sarawak.

Antara restoran yang boleh dicuba adalah Restoran Harum Manis di Jalan Permaisuri Miri atau di Awang Mahyan Cafe di Bintang Jaya. Katanya mi kolok di sini memang terbaik!

Apa kata anda cuba juga Nasi Lalapan, iaitu nasi dengan ulam tauhu goreng dan tempe. Boleh pilih hendak ayam goreng, ikan keli atau empal (daging). Memang sedap.

Selain itu, satu lagi makanan terkenal di Sarawak sudah pastilah kek pemanis mulut, kek lapis Sarawak.

Kedai yang terkenal menjual kekk lapis Sarawak ini namanya Siti Payung dan ia terletak di Lot 1314, Pusat Perdagangan Waterfront. Terdapat bermacam-macam perisa kek lapis Sarawak yang enak di sini. Ada juga sampel disediakan untuk pelanggan merasa dahulu sebelum membeli.

Kalau hendak menikmati pemandangan malam kota Miri, bolehlah ke Sky Garden. Ia terletak di tingkat 17 Hotel Meritz dan dibuka dari jam 4 petang hingga 11 malam.

Selain dari makan malam, ia turut menyediakan minuman beralkohol kepada pelanggan bukan Islam.

bandar minyak, gua, Miri, mulu, Sarawak, sarawak chamber, taman negara mulu, travel sarawak, #outcropped

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…