TEMA LUAR BIASA BLACK PANTHER BERBANDING HERO MARVEL LAIN

Share this article

SEMPENA HARI JADI di bulan Februari, tak sahlah kalau tak guna tiket wayang free yang TGV Cinema bagi sebab jadi ahli kan. Dah 4 kali kut dapat tiket wayang free dari TGV ni.

Maknanya dah 4 tahun jadi ahli. Cuma tiket wayang free MBO aje tak sempat nak redeemed.
Untuk wayang free bulan ni, aku pilih untuk tonton BLACK PANTHER (sebab itu aje filem yang boleh ditonton). Alhamdulillah masa pergi ke TGV AEON AU2, filem ini dah boleh ditonton guna birthday ticket.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Antara Marvel dengan DC, aku memang lebih minat filem-filem keluaran Marvel walaupun Stan Lee mesti nak buat cameo appearance dalam hampir semua filem Marvel, termasuk Black Panther. Dialog atau babak dalam filem Marvel biasanya lebih lucu dan sarkastik berbanding DC yang lebih serius dan sedikit dark (dari persepsi sendiri).

Berbalik kepada Black Panther, mungkin ramai yang menganggap watak komik (sekarang diangkat menjadi filem) ini sengaja dicipta untuk memberi peluang kepada etnik Afrika menjadi hero dalam komik fantasi. Ia mungkin untuk mengelak Amerika atau Hollywood dianggap sebagai ethnic-biased yang hanya mengangkat hero berkulit putih lantas mendabik dada sebagai white supremacy.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Filem Black Panther mengangkat persoalan What If yang berkisar mengenai kemiskinan dan kemunduran ekonomi di benua Afrika. Sekiranya ada satu negara yang kaya raya di benua Afrika ini, apakah negara itu akan membantu negara-negara jiran atau orang mereka (their people) untuk keluar dari stigma yang membelenggu bangsa Afrika? Atau duduk diam-diam, sembunyikan kemodenan teknologi dan kekayaan hasil bumi untuk kegunaan mereka sahaja?Tema ini yang diangkat dalam filem pertama Black Panther francais Marvel.

Selepas kematian ayahandanya, Putera T’Challa (Chadwick Boseman) pulang ke negaranya, Wakanda untuk mengambil alih sebagai pemerintah negara itu. Wakanda merupakan sebuah negara misteri dan kelihatan sangat miskin di Afrika dari mata luar. Namun, sebenarnya negara itu sangat kaya dan maju dari segi teknologi, kerana hasil buminya vibranium yang hanya terdapat di situ.

Tapi rahsia Wakanda diketahui oleh seorang pedagang senjata api, Ulysses Klaue (Andy Serkis) dan berjaya menyeludup keluar sedikit vibranium untuk didagangkan. Klaue bekerjasama dengan Erik Killmonger (Michael B Jordan) yang mempunyai agenda tersendiri.

T’Challa membuat keputusan untuk menyiasat perkara ini dan membawa pulang Klaue ke Wakanda untuk diadili dan dijatuhkan hukuman. Ketika dalam misi berkenaan dia bertentang mata dengan Killmonger, dan akhirnya rahsia mengapa Killmonger mahu memusnahkan Black Panther, terbongkar.

Satu perkara mengenai watak antagonis dalam filem Marvel kali ini, ia tidak terlalu ‘gila’. Erik Killmonger bukanlah seorang lelaki yang gilakan kuasa semata-mata. Ia mahukan Wakanda kerana bersebab dan sebabnya itu terlalu pribadi. Jordan berjaya menjadikan watak Killmonger sebagai seorang yang dalam kesedihan yang teramat sangat dan berbuat demikian kerana mahu menuntut bela.

Watak T’Challa juga dilihat sebagai seorang pemerintah yang lebih banyak berfikir sebelum mengambil apa-apa tindakan. Boseman juga banyak bermain dengan perasaan penonton yang bersimpati dengan watak T’Challa sebagai pemerintah dan juga Black Panther. Apatah lagi, beliau terpaksa membuat pilihan sama ada terus menyembunyikan Wakanda atau berkongsi kekayaan dan kemajuan teknologi negara itu dengan dunia luar yang amat memerlukan bantuan mereka.

Lebih mengujakan lagi filem Black Panther ini mengangkat imej wanita sebagai seorang yang kuat dan bijak. Danai Gurira memainkan watak sebagai Okoye, ketua keselamatan Wakanda yang bukan sahaja bijak dan setia tetapi juga tangkas dalam seni mempertahankan diri dan bermain senjata.

Sementara itu Lupita Nyong’o turut mendemonstrasi keupayaan melakukan aksi-aksi tangkas sebagai Nakia, seorang perisik dan juga cinta hati T’Challa.

Tema-tema ini yang berjaya mengangkat Black Panther sebagai filem wajib tonton untuk francais Marvel. Sekurang-kurangnya isinya lebih berat dan releven berbanding cerita adiwira-adiwira lain.

#reviewfilem #filmreview #blackpanther #marvel #tgvcinema #aeonau2 #tchalla #adiwira #avengers

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…