Berbuka puasa di Starbucks? Tak pernah dibuat oleh orang macam aku ni.
Makcik ni mana buka puasa kat kedai kopi hipsturrrr…. Banyak sungguh duit makcik nak tabur macam orang have-have ye tak? Nasib ini jemputan khas dari Starbucks tu.

Tapi kali ni kita bagi peluang sikit untuk berbuka puasa kat Starbucks. Bukan tu aje, ni Starbucks yang kat tengah-tengah bandar, di Wisma OUA dekat dengan KLCC. Untuk elak daripada kena harung jem, aku naik LRT aje. Tapi salah percaturan, aku pakai court shoes. Patutnya aku pakai aje kasut sarung aku tu. Tapi tak pe, sebab kali ini aku ada peneman untuk buka puasa di Starbucks. Atas jemputan.
Starbucks Malaysia ajak datang buka puasa sebagai melancarkan minuman musim panas dan makanan edisi khas untuk meraikan Hari Bapa dan melancarkan kad mini edisi khas Hari Bapa 2018.

Kad mini dengan gambar burung Toucan ini juga sebagai menyambut kedatangan musim panas. Burung Toucan ini tak sama dengan burung Enggang atau Hornbill. Walaupun kedua-dua spesis ini ada paruh yang besar tetapi burung Enggang atau Hornbill paruhnya berbentuk seperti tanduk lembu. Warna paruhnya pun tak segarang atau seterang warna paruh Toucan.
Lagipun habitat burung Toucan ini berada di hutan hujan Amerika Tengah dan Amerika Selatan, di antara Mexico dan Argentina.
Okey, habis cerita burung Toucan ini dan nak beritahu, kad edisi khas Hari Bapa ini agak kecil jadi sila simpan elok-elok dalam wallet, takut tercicir pula.
Cerita makanan pula ye.
Selain berjenis kopi dan teh serta minuman Frappuccino, Starbucks lebih terkenal dengan makanan pencuci mulut, tapi kali ini syarikat gergasi ini akan memperkenalkan makanan panas yang hanya dijual di outlet terpilih sahaja.

Antara hidangan makanan panas yang disyorkan adalah spaghetti dan sup. Ia mudah disediakan dan mengenyangkan. Tapi, bagi kebanyakan orang Melayu, mungkin menu ini sekadar untuk alas perut. Apapun, makanan yang dihidangkan malam ni tetap mengenyangkan bagi aku.

Sebagai memenuhi permintaan untuk pencuci mulut atau dessert ini, menu lain yang bakal diperkenalkan adalah peanut butter almond doughnuts, green tea almond doughnuts, dan onde-onde muffins. Bagi aku donut ni agak kering sedikit tapi tetap berperisa. Sesuai untuk korang yang menjaga kesihatan sebab ia tak berminyak sangat.


Yang onde-onde muffins tetap ada rasa pandan dan gula melaka. Sesuailah untuk memperkenalkan pencuci mulut Malaysia kepada pelancong asing.

Sementara itu, peminat minuman Frappuccino Starbucks, mungkin boleh cuba dua perisa istimewa sempena musim panas iaitu milk tea panna cotta cream dan pistachio bon bon cream.
Milk tea panna cotta cream ini, tehnya pekat daripada daun teh premium dan berkualiti tinggi. Ditambah lagi dengan puding panna cotta menjadikan minuman ini sesuai untuk peminat teh. Kalau suka, boleh tambah whipped cream tapi tanpa krim pun minuman ni dah berlemak dan manis.

Manakala minuman pistachio bon bon cream pula sesuai untuk korang yang suka minuman berperisa coklat. Mereka menggunakan kacang pistachio yang ditumbuk halus kemudian ditambah dengan coklat cair. Tambah lagi kacang pistachio hancur diatasnya. Memang sedap sebagai minuman pencuci mulut.
So, tunggu apa lagi? Kalau korang peminat Starbucks, kenalah cari outlet yang terdekat kalau nak rasa 2 jenis minuman ni.
Aku memang definitely akan ke Starbucks lagi sebab dapat free kupon untuk minuman percuma.. Tarikh luput pun nanti dalam bulan September he he he.. Tengkiyu Starbucks!
#starbucks #starbucksmalaysia #frappuccino #milkteapinnacottacream #pistachiobonbon #hipster #spaghetti #chickensoup