SOTONG GORENG TEPUNG TAK LONDEH

Share this article

SELALUNYA KALAU NAK buat sotong goreng tepung, tepung tu susah nak lekat pada sotong. Jadinya terlondeh sana terlondeh sini.

Sejak PKP ni aku selalulah belek-belek resipi yang lalu lalang kat wall FB. Satu hari adalah resepi sotong goreng tepung yang penulisnya garenti salutan tepung tu tak terlondeh sana sini. Lepas tu pulak kalau menggoreng akan meletup-letup.. Alahai… lemah betul aku kalau nak buat sotong goreng tepung yang macam kat kedai seafood Kuala Sungai Duyong tu hahaha

Belek-belek kat almari, semua jenis tepung ada tapi tepung yang diperlukan untuk buat sotong goreng tepung ni tak ada pulak. Aku cuma suarakan pada suami teringin nak buat sotong goreng tepung, tapi bahan tak cukup. Suami pula teruja nak belikan bahan jadi apa lagi, bagi ajelah senarai bahan termasuk bahan-bahan lain yang bukan diperlukan tapi teringin nak ada.

Suami start enjin terus vrooommmm pergi kedai Nasir. Ye lah nak pergi Mydin malas pulak nak kena beratur, ambil suhu kalau sekadar nak beli tepung dengan bahan lain yang ada kat kedai biasa aje. So ini senarainya.

Sotong Goreng Tepung

Bahan utama, sotonglah apa lagi. Aku tak tahu berapa sukatan untuk sotong ni, aku main agak aje… memang terlebihlah tepung salutan untuk sotong ni sebenarnya.

sukatan adalah:

1 cawan tepung ubi campur 1 cawan tepung jagung + 2 sudu makan tepung bestari

Semua tepung ni digaul, letak sedikit garam dengan lada hitam bagi lebih berperisa. Jangan bancuh, biar kering saja

Satu biji telur.

Cara:

Siang sotong potong agak sederhana, basuh bersih dan salut dengan telur.

Golek-golek atas tepung tadi dan goreng.

Alhamdulillah tak letup bila digoreng dan aurat sotong terjaga elok, baju tepung tu tak terlondeh sana sini.

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…