SHOPPING DI PRAGUE

Share this article

Selasa: 8 Mac 2022

n

HARI NI HARI dedikasi untuk shopping di saldi geox scarpe tata shop online geox saldi 80 calzature tata custom sublimated hockey jerseys 2 outlet geox spaccio online benetton outlet online negozi geox vicino a me scarpe geox uomo outlet scarpe tata tata italia negozi tata calzature geox outlet donna custom dallas stars jersey geox outlet online Prague. Shopping la sangat. Saja nak jalan-jalan cuci mata dan nak cari souvenir aje untuk keluarga di Malaysia. Atok dalam misi. Menghabiskan duit Euro aku.

Di Prague ni masih boleh guna dua currency ni. Nak bayar guna Czech Koruna ataupun Euro. Boleh aje tanya pekedai kalau korang nak membayar guna Euro. Kadang-kadang memang mereka akan pamerkan harga dalam dua currency. Memandangkan hari tu kira ada lebih €30, Atok kata buat apa simpan lagi, gunalah! Memang pandai Atok kalau nak menghabiskan duit aku!

nn

Jadi kali ni kami ambil tram no 9 dan berhenti di hentian Vodičkova lalu terus aje jalan kaki nak window shopping, keluar masuk kedai kat situ.

nn

Kawasan ni memang sibuk sebab pusat perniagaan. Bukan aje ada beberapa kompleks beli belah di sini, ada juga hotel dan casino.

nn

Kami jalan-jalan di sini dan kebetulan pula hari ni Hari Wanita Sedunia maka sebab itu agaknya kawasan beli belah ni agak sibuk hari ni. Aku masuk kedai Van Graaf, satu daripada pusat fesyen terkenal di Eropah. Security guard siap bagi aku bunga tulip lagi. Rupanya setiap pelanggan wanita yang masuk ke kedainya hari ni dapat sekuntum bunga tulip. Berbunga-bunga pulak hati aku.

Bukan takat designer brands aje, ada juga kedai-kedai untuk rakyat marhaen macam kita ni. Primark kat sini pun besar juga. Dua tingkat penuh baju-baju. Sekarang ni musim sejuk nak masuk ke musim bunga, jadi kedai-kedai dah peraga pakaian yang nipis-nipislah sesuai ikut musim.

nn

C&A pun satu lagi kedai yang okey untuk korang masuk dan beli. Dulu kami gelar kedai ni Cheap & Awful sebab stail pakaian dia memang untuk golongan veteran, tapi sekarang of course dah update. Design baju dah sesuai dengan citarasa orang muda. Harga tinggi sikit dari Primark tapi kualiti pun okey.

n

Satu tip aku, kalau korang nak berjalan di Eropah dan semata-mata untuk shopping dan beli pakaian yang nak dipakai di Malaysia, nasihat aku korang berjalan masa akhir musim panas, nak masuk musim luruh. Kenapa? Sebab biasanya akan ada jualan murah pakaian-pakaian akhir musim. Jadi bolehlah beli pakaian yang sesuai nak dipakai di Malaysia pada separuh harga atau lebih.

nn

Atok pulak dah jadi macam budak kecik. Masuk kedai mainan Hamleys sebab kononnya nak carikan mainan budak-budak sekali tengok harga, tu dia… tak mampu milik untuk pengembara sengkek macam kitaorang. Tak pelah nanti balik Malaysia kita beli kat MrDIY aje lah ye. Tapi, bolehlah singgah untuk ambil gambar dengan adiwira!

n

n

n

n

Sebab Atok suka nak check out harga Adidas, kami masuk satu sports centre ni. Kebetulan banyak juga barang on sale. Sambil Atok check kasut dengan baju sukan, aku check pula topi kat situ. Wah! Harga boleh tahan juga. Terus buat video call lalu whatsapp pada anak buah kut dia berkenan. Bila check harga topi NY yang dia berkenan tu dalam RM70, apa lagi terus rembat satu. Ni kalau sesiapa nak buat bisnes jual topi pun boleh check out beli di Czech kalau dapat lebih murah.

n

Selesai membeli cenderahati, perut pun minta diisi. Kali ni kami ke Sayf atas saranan kawan yang memang selalu bawak tour group ke Eropah. Berbanding di Budapest dan Turkiye, kami makan mewah di sini sebab senang sungguh nak cari makanan Halal Timur Tengah dengan Pakistan. Aku pun layan Atok aje dia nak makan apa. Kalau korang ada di kawasan ni cari aje google aje restoran ni. Aku tak sempat nak ambik gambar sebab kesejukan dan kelaparan.

Sayf

n

Na Můstku 383/1, 110 00 Staré Město, Czechia

n

Sebelah restoran ni ada kedai jual Trdelník atau chimney cake. Makanan tradisional di Czech. Memang korang kena cuba chimney cake ni. Tapi, memang disarankan korang beli yang dekat dengan kedai Sayf ni sebab menurut kawan aku tu, yang ni memang halal friendly. Kedai lain ada yang campur dengan bahan-bahan tak halal. Doh tepung dicanai dan dililit pada kayu kemudian dibakar atas api. Campuran gula dan pecahan kacang walnut ditabur di atasnya.

Yang moden ni ada macam-macam filing aiskrim. Diletak pula dengan potongan buah-buahan macam strawberi. Besar juga chimney cake ni. Aku makan sorang sebab Atok tak berapa suka manis-manis ni. Bayangkan doh tu hangat, aiskrim tu pulak sejuk gedi.. fuh! Nikmat. Tapi ambil masa betul aku nak habiskan sebab dohnya pun tebal weh. Makan sambil jalan perlahan-lahan cari market pulak kat Betlémské Náměstí

n

n

n

n

n

n

n

Macam-macam barangan lokal ada di sini. Tapi market ni memang cater untuk pelancong di Prague. Tapi kalau nak beli buah segar kat sini pun banyak. Sebab ini musim dingin, buah-buahan yang ada macam strawberi dan pelbagai jenis beri juga. Ada juga gerai jual barangan kulit, dan madu asli. Seronok juga cuci-cuci mata di sini sebelum naik tram jalan balik ke hotel.

nn

Hari ni awal juga balik ke hotel sebab nak kemas barang, Esok dah nak terbang keluar dari Eropah ke negara terakhir sebelum pulang ke tanah air.

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…