SERAMNYA KAKI HANTU KAK LIMAH

Share this article

“Kak Maznah ke tu?”

Kalau kat rumah ni, dialog dah bertukar kepada: “Afifah ke tu?”

Saja aje si kakak nak mengusik adiknya yang penakut tengok filem Hantu Kak Limah. Sudahlah ambil slot yang paling akhir sebab nakkan seats yang best. Sudahnya, menontonlah kami jam 12.45 malam. Berbondong-bondong pulang jam 2.30 pagi. Masa tu tak adalah nak menunggu Director’s cut ke apa ke. Habis aje filem, semua kena keluar panggung.

Filem Hantu Kak Limah ni memang berhantu betul. Tak sampai 20 hari masuk panggung, sudah boleh kutip lebih RM30 juta. Memang susah untuk filem Melayu pecah panggung tapi

pengarah Mamat Khalid berjaya melakukannya.

Mungkin filem terbaharu Munafik 2 arahan Syamsul Yusof juga akan dapat mengumpul kutipan yang tinggi juga sebab rata-rata yang sudah menonton berkata, filem ini lebih seram berbanding filem Munafik sebelum ini yang juga telah berjaya mengutip kira-kira RM17 juta.

Semoga berjaya.

Filem Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah (2010) sudah menjadi trending di Malaysia. Kalau rambut mengurai tak bersikat aje, mesti dikatakan macam Hantu Kak Limah. Kalau baju tak terurus pun, dikatakan macam Hantu Kak Limah. Kuat betul pengaruh Hantu Kak Limah ni.

Tak hairan juga filem kedua semacam sekuel Hantu Kak Limah ini, Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013) memang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat filem komedi seram yang juga arahan Mamat Khalid ini terus mendapat sambutan. Apatah lagi, kebanyakan pelakon asal daripada filem Hantu Kak Limah, Zombi Kampung Pisang, dikekalkan. Peminat memang

sudah biasa dengan lakonan dan lawak bersahaja mereka.

Watak

Tetapi untuk filem ketiga dalam siri Hantu Kak Limah ini, selain watak Usin (Awie) dan Kak Limah (Delimawati), beberapa watak baharu diperkenalkan seperti Khuda (TJ Isa). Seperti yang kita sedia maklum, tiada lagi watak Pak Jabit (Allahyarham Man Kadir Shamsi) dan Pak Abu (Allahyarham Zami Ismail) dan Wan Kaswi (Allahyarham Azwan Annuar), memang sedikit sebanyak memberi rasa ‘kehilangan sesuatu’ dalam Hantu Kak Limah kerana watak-watak ini yang banyak memberi warna-warni dalam filem berkenaan dan peminat memang sudah

biasa dengan lawak jenaka mereka.

Bukan sahaja ketiadaan pelakon-pelakon berwibawa veteran ini sedikit sebanyak mencacatkan feel aku, tetapi jalan ceritanya juga lebih mengarut (dari yang sebelum ini) dan jenakanya lebih slapstick serta mempunyai terlalu banyak double meaning; antaranya Khuda yang sering dikatakan punya nafsu haiwan dan Yeh Sekupang yang juga asyik bernafsu saja.

Kemunculan Zul Ariffin sebagai bomoh bernama Solihin juga menghiburkan. Bayangkan dari seorang pelakon macho yang biasanya memainkan watak hero romantik, kali ini Zul Ariffin membawa watak bomoh ‘selenge’ atau poyo kata orang sekarang. Tak sangka menjadi

sungguh Zul Ariffin melakonkan watak bomoh ni. Kelakar!

Elemen Surprise

Pengarah Mamat Khalid tetap meletakkan beberapa elemen yang mengejutkan dan ini memang dapat menarik penonton daripada terdetik rasa bosan dan terus terhibur. Antaranya sedikit babak dalam filem Pendekar Bujang Lapok di mana P. Ramlee bertapa di

kubur Jepun dan kemudian dikejar oleh hantu Jepun.

Kemunculan Era Fazira sebagai Wati iaitu bekas heroin filem Sembilu, lakonan mereka berdua pada 1994, turut mencuit hati. Kelakar juga bila bekas ‘kekasih’ini bertemu selepas

lebih 20 tahun, pasti anak sudah besar dan berderet kan?

Yang turut membuatkan penonton terbahak-bahak ketawa adalah penampilan Dato Seri Vida sebagai ‘makhluk’ yang mengganggu Yeh Sekupang. Bagi mereka yang tak menyangka penampilan Dato Seri Vida ini, pasti terkejut. Apatah lagi permulaan sebelim kkemunculan

beliau ni agak menyeramkan hahaha.

Lagu Berhantu

Bagi aku yang tak berapa minat dengan lawak Ropie Cecupak sebelum ini, lakonannya dalam Hantu Kak Limah memang menghiburkan. Apatah lagi ketika dia menyanyikan iklan air kotak Joy tahun 1980-an, memang tak disangka-sangka dan menggamit kenangan lama.

Itu belum lagi bila tiba-tiba di rumah Bomoh Solihin, Yeh Sekupang, Usin dan Wani (Sharwani) bergabung suara menyanyikan lagu ‘Hatiku Luka Lagi’ oleh Black Dog Boone yang popular sekitar tahun 1970-an. Mereka buat parodi macam kumpulan Manhattan yang

nyanyi lagu asal ‘Kiss and Say Goodbye’.

Ditambah lagi dengan lagu ‘Srikandi Cintaku’ versi keluarga Bunian. Kalau asalnya versi rock oleh Bloodshed kemudian M.Nasir menyanyikan dengan versi keroncong, Awie dengan Mus

May pula menyanyi ikut versi mereka pula. Rockers otai!

Sudah menjadi trademark filem-filem arahan Mamat Khalid ini pasti bersulam dengan banyak sindiran masyarakat. Menonton filem-filem karya beliau, kita bukan saja disaji dengan lawak yang mencuit hati sehingga ketawa terbahak-bahak tetapi juga perlu peka dengan

mesej yang hendak disampaikan.

Walaupun ada rasa sikit kekurangan, secara keseluruhannya filem Hantu Kak Limah tetap menghiburkan walaupun ada beberapa babak seperti mengulang kembali babak cerita Pendekar Bujang Lapok itu agak hambar tetapi ada juga babak-babak yang memang tidak disangkakan.

Namun yang pasti, kaki Hantu Kak Limah itu memang menyeramkan!

#hantukaklimah #mamatkhalid #komediseram #zulariffin #awie #errafazira #datoserivida #filemseram #filemmalaysia #boxoffice #pecahpanggung #delimawati #khuda #wani #sharwani #hantu #kakikaklimah #ceritaseram #seram #reviewfilem #ulasanfilem

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…