RESORT RAHSIA PULAU MELAKA

Share this article

MENYUSURI JALAN UTAMA di Kampung Pulau Melaka di Masjid Tanah, Melaka memang menarik hati dengan pemandangan rumah-rumah kayu tradisional Melayu yang terjaga rapi dan juga halaman rumah yang bersih.

Lebih unik sekali, kampung yang mempunyai nama Pulau ini sebenarnya tidaklah dekat dengan pantai. Pantai yang terdekat pun kira-kira 6 km jauhnya, di Pantai Telok Gong.Namun, bukan itu saja daya tarikan kampung tradisional ini.

Sebuah resort yang sudah 99 peratus siap bakal menjadi sebutan bukan saja penduduk kampung, tetapi juga pelancong-pelancong antarabangsa.

Bangunan resort yang bercirikan senibina campuran Melayu dan Sepanyol itu mempunyai 32 bilik besar sesuai untuk keluarga bersantai kerana setiap bilik yang besar itu boleh memuatkan antara lima hingga 10 orang.

Resort berkenaan diilhamkan dan dimiliki oleh Datuk Ab Rauf Yusoh yang juga Setiausah Kerja UMNO dan mempunyai visi yang tinggi untuk menarik dan memajukan industri pelancongan di Masjid Tanah.

Setiap bilik dilengkapi dengan dua buah katil bersaiz Queen yang dirapatkan di atas pangkin tinggi seolah-olah tidur di atas sebuah singgahsana. Rupa-rupanya begitulah katil orang dulu-dulu, memang sengaja dibuat tinggi.

Katil dengan dua tilam bersaiz Queen itu saja boleh memuatkan empat orang dewasa atau lima hingga enam kanak-kanak untuk tidur. Selain itu ada dua daybed yang juga boleh dibuat sebagai tempat tidur.

Walaupun mengekalkan ciri-ciri tradisional, setiap bilik tetap dilengkapi dengan peralatan elektronik canggih.

Tiada televisyen disediakan, sebaliknya projektor dengan layar putih di dinding untuk tetamu menonton sambil berbaring.Sistem bunyi yang canggih juga disediakan, yang lengkap dengan port untuk mendengar muzik kegemaran melalui telefon bimbit masing-masing.

Bilik airnya walaupun hanya satu setiap bilik, ia cukup luas dan tetamu menyegarkan diri, sama ada berendam di dalam tab mandi yang luas atau menikmati air pancur seperti air hujan menimpa tubuh.

Tidak lengkap untuk sesebuah resort itu sekiranya tiada kolam renang bukan? Bukan saja resort ini ada kolam renang yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak, malah yang lebih bagus sekali, kolam renang ini menggunakan air mineral yang dipam di kawasan resort.

Tidak perlu bimbang dengan kebersihan air kolam renang, malah tetamu mendapat kebaikan mineral terus dari sumber.

Sementara itu, bagi tetamu yang gemarkan satu kelainan, mereka juga boleh mencuba untuk pengalaman makan malam di hutan berdekatan selain melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti menaiki ‘rangcar’ menyusuri sungai.

Antara fasiliti lain yang bakal disediakan untuk tetamu resort ini termasuk; sebuah spa unik yang menawarkan pakej urutan tradisional Melayu Malaysia.

Ini bagi mengekalkan rawatan tradisional Melayu Malaysia yang amat-amat jarang ditemui di resort atau spa bertaraf antarabangsa.

Selain itu, satu lagi ciri unik resort yang bakal disediakan adalah, sebuah bilik rakaman audio yang boleh digunakan untuk membuat rakaman lagu penyanyi tempatan.

Datuk Ab Rauf berkata, beliau mahu menjadikan resort dan Kampung Pulau sebagai hub hiburan bukan sahaja terkenal di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Memang banyak kelainan yang menarik yang akan disediakan di satu-satunya resort yang terdapat di Kampung Pulau, Masjid Tanah ini dan semuanya akan didedahkan kepada umum pada hari pelancarannya sekitar bulan September nanti, termasuk nama resort yang masih dirahsiakan hingga kini.

#resort #staycation #malayresort #rangcar #activities #outdooractivities #cuticutimalaysia #holidays #masjidtanah #kampungpulau #melaka

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…