KALAU DI ZAMAN RASULULLAH SAW, peranan masjid bukanlah semata-mata tempat untuk beribadat, ia mempunyai fungsi penting lain seperti sebagai pusat pembelajaran, bermusyawarah atau mesyuarat, tempat merawat orang sakit dan malah pernah dijadikan seperti asrama.
Sesuai dengan konsep ini, Masjid Cyberjaya 10 atau Masjid Raja Fissabilillah ini dibina bukan sahaja sebagai premis beribadah untuk umat Islam, malah ia dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti yang termasuk yang berlainan bangsa dan agama.
Ini kerana masjid ini satu-satunya masjid di Cyberjaya yang dilengkapi dengan pusat dialisis dengan 12 ruang dialisis, bilik perundingan, bilik rawatan dan bilik utiliti. Pusat Dialisis ini juga dikelilingi oleh lanskap hijau yang tenang dan terbuka kepada orang awam.

Penduduk di sekitarnya boleh mendapatkan perundingan atau rawatan dialisis di sini dengan yuran rawatan yang minima.
Konsep begini dapat menghidupkan fungsi dan mengimarahkan lagi masjid-masjid di Malaysia, Masjid Cyberjaya 10 mengadaptasi konsep yang sama dengan menambahkan satu lagi elemen iaitu mementingkan keselesaan jemaah dalam cuaca panas lembap negara ini dan struktur yang sesuai untuk suasana dan elemen hijau.

Selain pusat dialisis, masjid ini menerapkan elemen tradisional dari segi penggunaan kayu, batu-bata dan konkrit pada strukturnya, masjid ini dibina untuk turut mengoptimumkan pencahayaan dan mengaplikasi sistem pengudaraan semula jadi di dewan utama solat dan verandah yang boleh memuatkan seramai 2,050 jemaah.

Bumbung berlapis dan anjung yang sesuai sesuai dengan cuaca di Malaysia. Manakala kolam air di perkarangan masjid ini bukan sahaja memberi nilai estetika tetapi juga berfungsi menjadi kawasan tadahan hujan dan pada masa yang sama membantu mengawal suhu dalam bangunan masjid.
Dengan adanya konsep seni bina begini, ia dapat mengurangkan jejak karbon dan seterusnya mengelakkan pembaziran.


Selain itu, kawasan tambahan dan lapangan terbuka boleh memuatkan 1,080 orang, manakala kawasan sokongan dan koridor sesuai digunakan untuk 450 orang. Dengan kombinasi dewan solat utama dan verandah, Masjid Cyberjayua 10 mampu menampung seramai 3,680 orang pada satu masa.

Kompleks masjid ini dibina oleh Sterling Group dan Y. Bhg. Tan Sri Datuk. Mustapha Kamal Bin Hj. Abu Bakar sebagai penderma masjid ini. Pembinaan masjid ini terbahagi kepada 2 fasa:
Fasa 1: 1,000 plot tanah perkuburan, lot letak kenderaan dan dua kabin sementara.
Fasa 2 & 3: 16,000 unit plot tanah perkuburan dan lot tempat meletak kenderaan.
Fasa 1 pembinaan tanah perkuburan ini dijangka siap pada Jun 2018.