PROJEK RM5 BUANG ANGIN UNTUK 20 HARI

Share this article

KADANG-KADANG BILA BADAN rasa berangin, memang nak buat apa pun rasa lemau aje. Gerak sikit aje dah macam nak sendawa, tapi nak keluar tu payah. Nak kentut, tapi nak keluarkan angin tu rasa risau. Kang berbau satu ofis.. isy, serba tak kena jadinya.

Ada macam-macam resipi buang angin yang korang boleh dapatkan dari internet. Kalau lalu kat timeline facebook tu, siap save lagi, kononnya nanti nak buatlah. Ada jumpa satu resipi ni untuk buang angin, tapi pelik juga guna susu:

Kedua-dua bahan ini diketuk dan direbus dengan 3 gelas air hingga jadi 1 gelas air. Kemudian masukkan susu kegemaran.

Tak pernah cuba resipi yang ini. Tapi kalau nak cuba apa salahnya. Kalau sakit perut, berhenti ajelah jangan diteruskan.

Ada yang kata sangai bawang putih, kemudian makan. Boleh juga. Tapi pahit bawang putih dengan baunya yang kuat tu jadikan malas betul nak buat.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Satu lagi petua yang terbaca kat internet adalah minum air rebusan daun betik. Erk! Seingatnyalah, kalau minum air rebusan daun betik ni sebab orang tu kena denggi. Ini nak minum air rebusan daun betik yang pahit tu? Huhuhu.. macam tak lah kan?

Lagi satu caranya, yang ini pembantu rumah wanita Indonesia yang beritahu dan buat. Dia guna duit syiling lepas tu garukan kat badan. Sampai berbirat-biratlah badan. Ada orang kata menjadi, tapi tak pernahlah try. Tengok badan birat macam tu, rasa nyeri pula. Terbayang pedih pula kalau nak mandi akan rasa pedih.

Sebenarnya satu lagi cara untuk buang angin dalam badan adalah melalui senaman. Part ni memang semua orang berangan aje sebab buatnya idok! Biasanya malam dah berkobar semangat nak bersenam pagi esok, tapi panggilan bantal dan tilam tu lebih kuat daripada panggilan jogging. Ahaks!

Itulah dia, macam-macam petua boleh kurangkan angin dalam badan, tapi kalau dah malas tu memang malaslah kan jawabnya.

Kalau dah memang tak boleh dibantu lagi tahap kemalasan tu, apa kata beli aje teh yang dah siap ada halia dengan lemon ni kat supermarket. Buat masa sekarang, yang aku suka ni dari jenama Tesco. Rasanya mild tak terlalu kuat sangat. Jadi, nak letak dua sache dalam mug tu memang boleh.

Kalau tak nak rasa pahit sangat, atau pun kalau rasa tawar, boleh aje letak madu dalam sesudu kecil, cukuplah buat rasa-rasa. Harga sekotak Ginger Lemon Tea ni tak sampai RM5 dan dalamnya ada 20 uncang. Tahanlah untuk 10 atau 20 hari minum teh ni.

Biasa memang aku minum satu mug sehari dan dua uncang ni aku buat dua kali. Memang kali yang pertama tu agak pekat dan bancuhan kedua memanglah nipis. Tapi, ok aje bagi aku yang seharian duduk dalam ofis. Lagi satu, bila kita minum teh ni, selera makan pun terkawal. Taklah asyik berulang alik ke pantri untuk cari makan.

#badanberangin #lemongingertea #buangangin #wind #bersenam #exercise #garlic #lemonrass, #ginger #exerciseforbeginners

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…