TIDUR PENTING UNTUK kesihatan yang baik kerana ia membantu merawat tubuh dan menjaga kesihatan mental. Purata tidur seseorang adalah di antara 7 hingga 9 jam semalam bergantung kepada aktiviti dan umur. Secara umum, manusia tidur kira-kira 25 tahun dalam hidup.
Namun, bukan jumlah tidur itu yang penting tetapi, menurut kajian yang pernah dilakukan, posisi tidur seseorang itu memainkan peranan penting dalam mendapatkan kualiti tidur dan seterusnya meningkatkan kesihatan.
Posisi tidur mempunyai impak tertentu terhadap tekanan darah dan ia mempunyai peranan dalam menyembuhkan penyakit. Terdapat jenis-jenis posisi tidur yang disarankan sekiranya anda menghidapi kondisi kesihatan tertentu.
Sakit Belakang

Sekiranya anda mengalami sakit belakang, posisi tidur begini baik untuk anda. Hanya perlu baring menelentang dan letakkan bantal di kaki dan bantal kecil di bahagian pinggang. Anda boleh juga meletakkan tuala kecil yang digulung menggantikan bantal kecil di bahagian pinggang.
Sakit Bahu

Sekiranya anda mengalami sengal-sengal di bahagian bahu, sebaiknya anda tidur mengiring di bahagian bahu yang tidak sakit dan membengkokkan kedua-dua kaki sedikit. Peluk bantal di bahagian dada atau letak bantal di bahagian kaki untuk sokongan.
Masalah Sinus

Sekiranya anda mempunyai masalahjangkitan sinus, anda perlu tidur menelentang dengan meletakkan beberapa biji bantal di bahagian kepala. Keadaan tidur dengan kepala sedikit tinggi dapat melegakan mukus yang terkumpul ketika anda tidur di waktu malam.
Sakit Kepala

Inilah posisi tidur yang sesuai untuk penghidap sakit kepala. Biasanya kita tidak sedar mungkin kita menggerakkan kepala ketika tidur dan boleh menyebabkan seseorang itu sakit kepala. Seelok-eloknya letakkan bantal kecil di sekeliling kepala untuk mengelakkan daripada bergerak dan tidur dalam posisi yang tidak sihat.
PMS (Premenstrual Syndrome)

Posisi tidur begini sesuai untuk wanita yang mengalami simptom berkaitan PMS. Letakkan sebiji bantal di bawah bahagian belakang lutut untuk mengelakkan rasa sengal di bahagian tulang belakang.
Penyakit Darah Tinggi

Bagi penghidap penyakit darah tinggi, anda disarankan tidur dengan posisi ini. tidur meniarap dapat menurunkan tekanan darah. Ada kajian mendapati bahawa responden lelaki menunjukkan pengurangan tekanan darah selepas mereka tidur dalam posisi ini.
Namun, anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menjadikan tidur posisi begini sebagai habit.
Dalam Islam, kita tidak digalakkan tidur meniarap kerana ia akan menekan organ dalaman kita.
Masalah Penghadaman

Seperti masalah sakit bahu, anda boleh juga tidur dalam posisi ini sekiranya mempunyai masalah penghadaman.
Tapi, anda perlu mengiring di bahagian kiri kerana perut kita terletak sedikit di bahagian kiri badan. Maka, dengan mengiring di bahagian kiri, graviti dapat membantu proses penghadaman.
Sakit Leher

Cara posisi tidur untuk sakit belakang juga mampu membantu anda melegakan sakit leher. Tapi, anda perlu meletakkan gulungan tuala di bahagian leher untuk sokongan tambahan.
Boleh juga letakkan gulungan tuala tadi di dalam sarung bantal untuk mengekalkan posisinya.
Pedih Ulu Hati

Mempunyai masalah pedih ulu hati memang menyakitkan dan menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran tidur yang lena. Apa yang perlu anda lakukan adalah luruskan tangan dan mengiring di bahagian kiri.
Sekiranya anda terlupa, selalu ingatkan diri “right is wrong”. Terus mengiringlah di bahagian kiri. Seperti masalah penghadaman, diharap graviti dapat melegakan masalah yang dihadapi.
Tidur cara Rasulullah SAW

Rasulullah SAW telah mengajar kita tata cara tidur yang betul supaya selepas bangun dari tidur, kita mempunyai tenaga yag baik untuk melakukan kerja seharian.
a. Tidur dalam keadaan gelap
Padamkanlah lampu saat akan tidur, tutuplah pintu pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana (bekas) dan tutuplah makanan dan minuman (Mutafaqun’alaih).
Seeloknya tidur dalam keadaan bergelap kerana tidur dalam keadaan bilik yang mempunyai chaya terang akan menyebabkan anda tidak mendapat tidur yang lena.
Kajian juga mendapati tidur dalam keadaan yang gelap dapat membantu pembentukan melatonin yang berperanan sebagai antioksidan sehingga sel tubuh akan terhindar dari radikal bebas yang berbahaya.
b. Tidur di bahagian kanan
Rasulullah SAW bersabda: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (Hadith: Bukhari Muslim).
Posisi tidur di bahagian kanan dapat mengurangkan penyakit jantung. Itu adalah kajian yang diterbitkan dalam American College of Cardiology.
Tidur dalam posisi ini dapat mengurangkan tekanan ke atas organ dalaman. Kita juga disarankan supaya tidak tidur dalam posisi meniarap kerana memberi risko kepada jantung dan otak.
Kebiasaan tidur dengan posisi meniarap menekan dada dan paru-paru. Ia juga boleh menyebabkan seseorang sakit pinggang. Namun, tidur meniarap dapat mengurangkan masalah dengkuran.
Sumber
darah tinggi, kualiti tidur, mental, pedih ulu hati, penghadaman, pening, penyakit, pms, posisi tidur, sakit bahu, sakit belakang, Sakit Kepala, sengal, sinus, Sistem Penghadaman, sleeping, sleeping position, tekanan darah, tidur, tidur cara rasulullah, tidur sunnah








