PERTEMUAN DI KOREA (SELATAN)

Share this article

TURUN FLIGHT NAIK flight lain.

Dalam keadaan hidup tunggang langgang tu sempat juga aku bercuti ke Korea Selatan. Tempat yang aku tak pernah berfikir untuk bercuti. Nak buat macam mana kan? Kurang berminat dengan Korea.

Kalau ke Jepun tu mungkin cerita lain, tapi dah orang ajak dan bakal tinggal percuma di rumah orang lain, takkan nak tolak kan? Cuma yang hebatnya kami bercuti 14 hari!

Hebat tak hebat???

Apa lagi sehari selepas turun flight Emirates di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, lusanya aku ke LCCT untuk kejar flight Air Asia ke Incheon pula. Baju pun tak sempat nak keluarkan semua dari beg.

Acara pertama: cuma berjalan-jalan di bandar Seoul.

Apa ye yang menariknya bandar Seoul ni? Rasanya sebab ia bandar besar jadi bagi aku, dia macam bandar-bandar besar yang lain jugalah. Tapi berjalan-jalan di bandar Seoul waktu musim sejuk adalah….. sangat sejuk. Lain macam sikit sejuknya dari Glasgow, lebih rasa ke tulang kering.

Acara seterusnya, aku mencari sungai yang diberi kehidupan baru, Sungai Cheonggyecheon. Kalau ikut sejarahnya, sungai ini sebenarnya dah jadi longkang, (senario biasa untuk sungai-sungai di Malaysia), tapi kerajaan Korea Selatan berpendapat sungai ini perlu diselamatkan. Dan tak silap aku dengan kos lebih AS$900 juta, mereka mulakan projek sungai ini.

Sungai ini sangat popular di musim bunga dan musim panas. Bila datang tengok pada musim dingin dan waktu Maghrib macam ni.. err… aku rasa macam longkang biasa aje hahahha.. Sangat sadis dan kejam gittew!

Solat di Masjid Besar Itaewon.

Sebenarnya tak susah nak cari masjid besar ni, kami aje yang tiba-tiba macam lost gitu. Apakah ia satu daripada Get Lost Mission aku? Entah. Masjid ni terletak atas bukit. Dan dekat jalan raya di bawah tu ada tanda jalan tunjuk masjid ni di mana.

Masjidnya besar dan bahagian perempuan terletak di atas. Tapi, seperti biasa, aku rasa kenapalaaaahhhhh toilet masjid mesti tidak mencapai piaiwaian kebersihan yang sepatutnya??

Apapun, dapatlah kami bersolat di masjid ni. Dan kami angkut juga dua orang gadis Filipino duduk berehat kat dalam ni. Huh! Siapa nak tegah kan? Sekurang-kurangnya kita buka mata mereka mengenai masjid. Insya-Allah kalau terbuka hati nak pulang kepada Islam, sekurang-kurangnya dapatlah juga sehiris dua pahala.

Memandangkan banyak masa berjalan-jalan, jadi kami betul-betullah menghayati setiap destinasi yang dilawati. Jadi, acara seterusnya melawat ke salah satu istana raja di Seoul. Haish, aku tak ingat apa nama istananya tetapi senang nak pi sebab rangkaian metro yang sangat extensive di Seoul.

Matahari memang terang benderang tapi cuaca memang sangat sejuk. Seronok juga tengok upacara guard changing ni. Kalau kat London, pengawalnya pakai topi besar, tinggi, berbulu, kat sini lebih berwarna warni. Aku ada juga ambil video, tapi entah kat mana aku simpan videonya.

Kawasan istana ni memang luas. Siap ada dua ke tiga kolam dan aku bet, suasana kat sini lebih cantik bila tiba musim bunga dan musim panas. Selain istana, ada juga muzium dan macam biasa, kena pi cari makan.

Destinasi seterusnya ke Seoul Tower. Untuk ke Tower ni, kami pilih naik tram, tapi kalau nak lebih adventure, boleh aje jalan kaki ke atas. Bukan terus ke atas tapi separuh jalan. Lepas tu boleh naik cable car sampai ke atas.

Pemandangan atas puncak bukit memang menarik. Dapat tengok bandar Seoul dan sungai yang berlingkar-lingkar. Memang menarik. Dan satu lagi yang menariknya kat sini, banyak sangat mangga kunci warna warni yang diletakkan di pokok besi macam pokok krismas.

Sebenarnya ia sebagai lambang cinta yang dikunci. Memang setiap kunci itu bertulis kata-kata cinta antaradua insan sedang bercinta. Memandangkan hampir 99% ditulis dalam bahasa Korea, tak adalah aku dapat memahami luahan hati dan cinta yang ditulis pada mangga besi itu.

Okey kalau kat luar tu penuh dengan pokok mangga, kat dalam pulak, dindingnya penuh dengan jubin warna-warni dengan konsep yang serupa. Menayangkan rasa cinta untuk dibaca oleh orang ramai. Tapi kalau pengunjungnya macam aku yang tak paham satu apa pun tulisan Korea, tak adalah nak berjalan dan membaca kecuali adalah satu dua jubin yang bertulis tulisan roman.

Turun saja dari Tower, bolehlah terus melawat rumah tradisi Korea yang dipanggil Hanok. Memang tak jauh dari Seoul Tower. Ada satu lagi perumahan lama yang sama dekat dengan Namdaemon.

Aku suka juga dengan rumah tradisi ni, siap ada wakaf lagi untuk berehat. Rumah tradisi ni nampak sangat berangin hehehe. Kalau nak buat model rumah kat Malaysia pun aku rasa sesuai. Cuma perlu diubah sana sini sikit.

Kebanyakan Hanok ni Cultural Village ni kepunyaan orang persendirian. Cubalah kalau Kampung Baru kat KL tu jadi macam ni, mungkin dapat tarik lebih ramai pelancong lagi. Macam dibuat di Kampong Morten, Melaka.

Tak sah rasanya kalau tak melawat stadium atau Olympic Park di Seoul sebab kan saya ada kawan yang sangat cintakan sukan. Dan kami pun dah berjanji, kalau berjalan-jalan perlu melawat tempat sukan? Ahaks! Makanya kami ke Olympic Park.

Dari petang sampailah ke malam. Huhu… memang sungguh banyak masa kan? Tapi, tak apa, yang penting ada orang gembira dan saya juga gembira sebab dapat menikmati suasana di Olympic Park pada waktu malam. Cantik, penuh lampu yang berwarna warni. Lampu hiasan Krismas pun belum dicabut lagi.

Tapi tetap juga pergi ke Stadium Seoul. Alasan… erk konon nak cari souvenirs dan macam aku cakaplah melawat stadium itu adalah kewajipan kami hahahaha

#travel #korea #koreaselatan #southkorea #seoul #kpop #kdrama #worldcupkoreajapan #namdaemon #hanok #seoultower #mosque #islaminkorea

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…