PARA PAHLAWAN YANG TIDAK ‘MATI’

Share this article

8 September 2024

Pengangkutan: Metro & Bas 🚇🚌

Hari ni memang dedikasi melawat Mausoleum of Qin Shi Huang ataupun Terracotta Army.

Jam 7.30 pagi dah keluar dari hotel sebab nak naik metro saja ke sana. Receptionist hotel semalam tolong tanyakan harga teksi ke sana. Pergi saja dia nak 180yuan. Tapi memang tempatnya agak jauh dari bandar. Alternatif lain, naik metro lepas tu bas direct ke mausoleum.

Untuk ke sana kalau nak naik metro, kena turun di stesen Hua Qin Chi. Kalau naik dari stesen metro Baideiji, ambil line1 hala sampai hujung Fangzhicheng kemudian tukar Line 9 dan turun di stesen Hua Qin Chi. Perjalanan memang agak jauh sikit, tapi jimat banyak. Harga tiket kami 7yuan seorang. Jalan kaki naik turun metro, adalah dalam sejam.

Turun di stesen Hua Qin Chi, terus ke Pintu C. Kalau tak pasti ada tourist info di situ, boleh tanya. Guna Google translate. Tapi, rasanya dorang pun dah biasa dapat pertanyaan “how to go to terracotta warriors” dan tahu kami ni pelancong. Naik eskalator di Pintu C, jalan terus ada bus stop. Bas no 613 dah menunggu.

Bayar tiket bas 5yuan seorang. Guna wechatpay atau Alipay sebab mereka tak terima tunai. Selepas pembayaran, terus tunjuk kepada pemandu bas baru boleh naik. Perjalanan dalam 20 minit.

Ada penerangan diberi dalam bas, tapi kami tak faham satu pun. Rasanya untuk warga Cina, boleh beli tiket masuk online. Agak saja. Setiap bas ada guide yang akan bawa kita melintas jalan sampai ke depan tempat jual tiket.

Untuk kita warga asing, bawa pasport siap-siap. Terus saja beratur di kaunter tiket. Perlu diingat, jangan baik hati sangat. Warga sini suka potong queue. Pandai-pandailah nak adjust kalau tak nak kena sailang. Lagi-lagi bila pergi hujung minggu macam kami. Umat merumut ramainya. Macam semut!

Harga tiket masuk 120yuan seorang. Boleh pakai QR code atau guna kad. Selesai beli tiket, bolehlah masuk. Kalau perlukan guide, mereka ramai di situ yang tawarkan khidmat penerangan dalam beberapa bahasa termasuk Bahasa Inggeris. Masa kira-kira dalam 1 1/2 jam. Harga 350yuan, kalau setuju dan mampu boleh ambil. Kami ni sengkek tapi penuh confident. Agak-agak boleh faham sendiri dah cukup.

Kat dalam tu ada juga perkhidmatan buggy 6 seater yang boleh bawak korang masuk kalau tak larat nak jalan, tapi mcm biasa kena bayar. Aku tak check harga sebab sekali lagi aim hari ni lebih 10k steps. Nak tercabut jugaklah pinggang sebab pagi tadi tak sarapan apa pun, cuma makan biskut nipis aje.

First stop, first pit. Memang berebut dengan manusia nak ambil gambar kat dalam tu. Dari first pit, ke 2nd pit, lepas tu masuk ke kedai jual cenderahati. Tak larat, duduk balik kat bangku bawah pokok. Xi’an panas lit-lit. Hari ni aje 37C. Aku dah rentung. Tak boleh dibantu lagi. Hitam muka. Kemudian last building masuk ke muzium.

Rasanya sejarah Qin Shi Huang dengan Terracotta Army -nya korang boleh baca sendirilah kan. Tapi seronok jugak akhirnya one of my bucket list dah boleh tick off. Berperang dengan beribu manusia semata-mata nak tengok patung, berpanas rentung, jalan kaki lebih 10k langkah berbaloi.

Oh lupa nak tambah: jumpa sekumpulan pelancong cikgu² pencen Dari Malaysia. Sebelum tu ada cakap, eh kita ni tak ditakdirkan jumpa orang Malaysia di Xi’an ni kan? Sekali Allah terus bagi rezeki bila ada orang tegur aku dari mana. Masa bersuai kenal datang lagi kawan² dia, 3 4 orang Chinese Malaysia.. tiba² cakap Melayu dengan aku. Terperanjat sekejap. Rupanya rombongan cikgu² pencen. Baru semalam sampai di Xi’an. Esok ke Lanzhou pula.

Dorang melancong 15 hari di China. Sama juga macam kitaorang yang nak ke Lanzhou. Tapi dorang naik bas, kami naik kereta api.

Time pergi menapak jauh, nak balik pun sama. Ingatkan dah keluar pintu dah boleh terus ke jalan besar nak balik naik bas, rupanya kena tempuh 1km panjang kedai-kedai jual makanan.

Aku dah lapar, tapi tak nak makan situ sebab walaupun ada dua tiga kedai halal, harga mungkin lebih mahal, jadi bertahanlah di bawah panahan bahang matahari jalan kaki lagi ke jalan besar, tengok sebelah kanan, ada bas stop. Scan QR, 10yuan untuk dua orang, naik bas balik ke stesen metro Hua Qin Chi. Bas akan berhenti seberang jalan, so masuk ke pintu D metro untuk balik ke bandar.

Sampai aje terus hala ke Muslim Quarters lagi. Kali ni tak kira kedai mahal ke tak, aku nak nasi dengan lauk. Asyik makan mi saja, dah rindu carbo berbentuk nasi hahaha… Tak dak share-share, aku lapar. Ambik sayur dengan daging. Total hangus 50yuan. Hambik!

Total steps hari ni 17,590. Dah boleh rehat, sebab esok nak check out hotel.

You might also enjoy