BEBEK ITU ITIK.
Mungkin ada orang yang tak berapa suka daging itik, tapi bagi aku kalau ada peluang, memang akan pilih daging itik, baru ayam. Sebab makan daging ayam itu dah biasa sangat
Tapi, nak cari hidangan daging itik yang sedap tu agak payah sebab cuma ada beberapa masakan saja yang sesuai untuk daging itik. Biasanya sebelum dibuat hidangan, daging itik akan disalai terlebih dahulu. Ini untuk menghilangkan bau hanyir dan menambah perisa daging itik itu juga.
Kalau masa bekerja di Brunei, ada satu restoran makanan Cina di Bandar Sri Begawan yang aku suka pergi. Itik yang digoreng memang menepati citarasa. Kulitnya garing dan isinya lembut. Kalau ke sana memang aku akan pilih bebek goreng ni. Lagipun di Brunei 90% restoran makanan Cina memang HALAL kecuali diberitahu bahawa restoran itu menghidangkan makanan tidak halal.
Oleh kerana teringin benar nak makan daging itik, aku ke Restoran Sop Rempah Salai yang terletak di Seksyen 8, Bangi, Selangor. Restoran dua tingkat ini menyediakan makanan etnik Melayu Borneo selain Mi Kolok atau Laksa Sarawak, hidangan begini, memang jarang-jarang dapat dirasa di Kuala Lumpur.
Yang uniknya restoran ini menggunakan rempah salai dalam hampir setiap hidangan yang disediakan. Bila ditanya pada pekerja, rempah salai itu bermaksud beberapa pilihan rempah asli dari kepulauan Melayu seperti lada hitam, bunga lawang, jintan dan sebagainya yang disalai dahulu sebelum dicampur dalam masakan. Jadi, hidangan akan lebih sedap dan ada rasa-rasa smokey sikit. Untuk kali pertama makan ni, aku pilih Set Nasi Putih Itik Salai yang datang sekali dengan Teh O Ais. Harga set RM14.
- Nasi Putih dalam bungkusan daun pisang
- 2 Ketul bahagian sayap itik salai
- Ulam dan sambal
- Ikan kering bulu ayam
- Terung berlada
- Sup kosong
- Teh O Ais.
Memang ohsem! Jarang dapat makan nasi yang dibungkus daun pisang (kecuali bila beli nasi lemak RM2.50 di bangunan ofis ni). Daun pisang memberi aroma wangi pada nasi. Nasinya memang banyak dan bahagian sayap bebek pun besar. Kenalah dengan harganya RM14 untuk set ini. Air Teh O Ais pun dalam cawan besar. Mind you, aku beli bungkus bawak balik bukan makan di restoran. Sebab aku ke sana untuk bertemu dengan client sebenarnya. Sebelum tu nak cerita, air teh ais yang kami minum pun sedap. Restoran memang tak kedekut dengan kuantiti makanan dan minuman.
Rempah salai ini merupakan resipi tradisi keluarga pemilik Restoran Sop Rempah Salai dari keturunan Melayu Melanau Paloh dari Sarawak. Selain daripada makanan ikon Sarawak, ada juga makanan Melayu pengaruh dari Indonesia yang turut dihidangkan di restoran ini. Restoran juga menitikberatkan sumber makanan yang HALAL dan TOYYIBAN kepada pelanggan. Jadi pes atau mi yang dhidangkan adalah buatan sendiri.
Mereka memang buat 100% daripada resipi sendiri. Jadi, memang ada kelainan dalam rasa dan untuk menjaga kualiti makanan. Lagi satu yang aku perasan, pekerja di sini, daripada cef hingga pelayan, semuanya berbangsa Melayu. Katanya, memang pemilik tak mahu mengambil pekerja Bangladesh atau Nepal bekerja dengan mereka atas alasan menjaga kualiti rasa autentik masakan Melayu, khususnya menu Borneo. (Tengok, betapa gigihnya aku bertanya!).
Berkenaan dengan restoran pula, aku memang suka susun aturnya. Bangunan ini sebenarnya tiga tingkat. Bahagian paling bawah (kira macam basement) adalah tempat khusus untuk dapur. Apabila diasingkan kedudukan dapur, pelanggan pun boleh makan dengan selesa tanpa gangguan bau-bau asap masakan.
Keluar restoran pun baju dan tudung taklah berbau sangat. Hanya tempat penyediaan minuman di aras 1. Macam tu juga di aras 1 dan aras 2 restoran ini. Pintu masuk luas dan bahagian belakang pun tingkapnya dibiarkan terbuka. Bagus untuk peredaran udara.
Biasanya memang pelanggan akan pilih untuk duduk di aras 2 (atau bahagian atas) sebab lebih selesa sebab family-friendly. Dinding hadapan di aras 2 dipecah dijadikan macam patio atau tingkap besar. Begitu juga dinding belakang turut dijadikan tingkap yang besar untuk pengudaraan.
Jadi, restoran ini tidak memerlukan penyaman udara. Namun begitu tetap selesa. Yang best juga, restoran ini sediakan surau untuk pelanggan dan pekerja mengerjakan solat 5 waktu. Jadi tempat ni memang aku recommended sangat-sangat. Memang berbaloi untuk makan dengan famili kat sini. By the way, kalau nak rasa manisan pula, cubalah gula apong dengan kopi Tenum, dua-dua produk asli dari Borneo.
Restoran Sop Rempah Salai
Block A-3 jalan 8/35,Taman Seri Bangi,43650 Bandar Baru Bangi,Selangor
Telefon : 03-8923 1081
Facebook : Sop Rempah SalaiInsta : Sop Rempah Salai
#soprempahsalai #borneofood #mikolok #laksasarawak #meekolok #rempahsalai #bangi #foodreview #foodporn #foodphotography #lubukmakan #restoranborneo #borneotaste #originalrecipe #resipiasli #bebek #itik