Tips untuk ‘Newbie’ di China
Pengangkutan: Kereta api laju
Di China, kami banyak bergantung pada aplikasi Trip.com untuk hampir kesemua tempahan di China. Kereta api dan hotel memang semua melalui aplikasi ni. Paling mudah dan efisyen.
Lagi satu memang boleh kumpul point. Dan point pula boleh digunakan untuk dapat discount untuk penerbangan atau peluang dapat free entry untuk airport lounge.
Untuk travel kali ini pun kami guna 3 metod untuk pembayaran.
- ☛ Kad debit: untuk pembelian online untuk book flight, train dan hotel (Wise, Bigpay) Tip: kad T&G kalau digunakan di luar negara akan dapat point dan rebate.
- ☛ QR Code: Selain kad kredit/debit, kami banyak guna QR Code untuk buat pembelian di China. Sama ada melalui WeChat pay atau Alipay. Biasanya kod WeChat guna warna hijau dan Alipay biru. Maybank MAE pun dah boleh guna untuk Alipay rasanya.
- ☛ Tunai: Kalau setakat beli yang murah-murah, kami guna tunai aje. Ataupun bila bateri fon dah nak mati.
Sebenarnya bagi memudahkan urusan sebaiknya guna SIM card China tapi aku guna roaming saja. Tak beli sim China. Cuma sebaik-baiknya kalau nak melancong di China, bolehlah beli sim kad China, memudahkan untuk tempah Didi juga dan pembelian tiket kereta api di kaunter. Tapi bukan masalah besar pun, cuma bersedia bayar harga roaming yang agak tinggi saja.
Satu lagi yang penting adalah download oeta Baidu Map. Ada di Google playstore dan sebaiknya download siap-siap sebelum bertolak di China. Baidu Map ni peta yang paling tepat sekali untuk digunakan di China. Disebabkan Google tak dibenarkan beroperasi di China, maka Google Map di China pun dah outdated.
Nak guna peta ni mungkin agak leceh sikit bagi kita yang tak pandai baca tulisan China. Ini cara yang diajarkan pada aku untuk guna map ni.
- Kita masih boleh Google tempat atau lokasi hotel/menarik yang kita nak pergi dan kemudian kita tulis di search engine ‘nama tempat’ ‘in Chinese’ nanti dia akan beri nama tempat dalam Chinese characters.
- Copy and paste pula nama itu di Baidu Map dan pilih mode transportation.
- Untuk pilihan mode transport ni kita memang terpaksa bergantung sepenunya pada icon. Akan ada icon pejalan kaki, kereta, train etc. Cari saja.
- Ikut saja arahan yang diberikan. Insya Allah tak sesat.
Sistem metro di China pun sangat efisyen dan connected. Oleh sebab sudah semakin ramai pelancong masuk ke China, sistem pembelian tiket di mesin turut sediakan bahasa Inggeris. Jadi semakin memudahkan.
Walaupun Google Map tak boleh digunakan sangat di China, kita masih boleh menggunakan Google Translate untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan yang tak boleh berbahasa Inggeris, dan kita pula tak pandai berbahasa Cina.





Untuk menggunakan Metro:
- Di setiap laluan masuk ke stesen, penumpang perlu melalui security check, letak beg di conveyer dan beratur melalui body scanner. Bertabahlah, sebab keluar saja dari Malaysia, itulah yang pengembara akan hadapi setiap kali keluar masuk mall atau stesen metro. Hanya di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura (di Asia Tenggara) saja yang kita tak perlu melalui security check untuk keluar masuk mall atau stesen pengangkutan.
- Di mesin tiket, pilih bahasa dulu kemudian tengok destinasi stesen mana yang kita nak pergi
- Pilih laluan yang ada stesen berkenaan. Biasanya laluan dibahagikan kepada nombor dan warna berbeza. Contoh dari Kunmingg South Railway Station dan kami hendak ke pusat bandar Kunming, kami akan ambil metro line 1 (merah. biru) dan berhenti di stesen metro Dongfeng Square kemudian tukar train laluan 3 pula (warna ungu) untuk ke Wuyi St Station tengok harga tiket.
- Harga tiket itu akan bergantung kepada berapa laluan yang kita ambil. Contoh, kalau perjalanan melibatkan 2 laluan, harga tiket jadi dalam 4yuan tak silap. Tapi tak apa, kalau tersalah tekan dan tak boleh keluar dari stesen, pergi aje ke kaunter tiket dan bayar berapa yang kurang.
Bila kita dah dapat menguasai cara-cara menggunakan metro ni, perjalanan jadi lebih mudah dan tak perlu sangat bergantung kepada Didi kecuali ketika bawa beg besar-besar.
Untuk guna Didi pula, aku sarankan letak nama hotel sebagai lokasi pick-up daripada gunakan GPS sebab kadang-kadang kita tersalah lokasi atau kita tak perasaan teksi/e-hailing yang kita order tu. Kalau di hotel, minta tolong receptionist letakkan lokasi pick-up untuk kita, bagi memudahkan pemandu cari.
Untuk memcari makanan halal pula, pastikan ada logo halal ‘清真’ dan cari restoran atau gerai yang berdekatan dengan masjid. Insya Allah akan bertemu dengan yang halal.




