MERSING ADA PUSAT SEHENTI USAHAWAN BAHARU

Share this article

MEMANG DAH LAMA tak ke Mersing. Apabila dapat jemputan untuk buat liputan Pusat Pelabuhan Mersing, ambil saja peluang ke sana. Pergi atas jemputan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pergi dengan intern, Jiha. Dia memang budak Johor. Seronok juga sebab tak perlu memandu ke sana. Naik van pelancong, ramai-ramai. Pergi tengah hari, sampai di sana sudah malam. Tak apalah.

Sampai aje kami terus dibawa untuk makan malam di Calypso Cafe dan selepas itu diberi penerangan mengenai projek Mersing Harbour Centre. Badan letih, kepala dah tak boleh fikir sangat. Nasib baik sekarang bukan buat untuk news lagi, kalau tak, mesti dah weng dah.

Selesai penerangan, kami dibawa ke rumah tumpangan untuk tidur semalaman. Yelah di Mersing ni mana ada hotel yang gah. Cuma tempat singgah pelancong yang nak ke pulau-pulau aje. Tak kisahpun, sebab satu malam aje. Esoknya kami akan ke Mersing Harbour Centre untuk sama-sama raikan kehadiran Sultan Johor yang akan rasmikan bangunan baharu itu.

Makan pagi di Calypso Cafe lagi. Tengok-tengok eh, macam kenal seorang hamba Allah ni. Haaa.. terjumpa pula dengan si Halim Said. Kecohlah sekejap. Tak sangka dia kena cover event ni.

Lepas selesai sarapan, kami bergerak ke Mersing Harbour Centre. Besar bangunannya. Alhamdulillah, sebab dibawa oleh PR ECER, jadi tak perlu parking jauh. Van dibenarkan masuk ke kawasan pembukaan dan kami dibawa ke tempat media berkumpul.

Mulalah sesi berkenalan. Jumpa Ben yang dulu sama-sama kerja di RakyatPost dan Ikhwan Zulkaflee yang happening dan tiba-tiba boleh jadi model jam tangan buatan tempatan jenama MorAs.

Dengan adanya hub peniagaan di Mersing ini, harap ia akan dapat untuk meningkatkan lagi ekonomi daerah di pesisir pantai Timur, Johor.

Dikenali sebagai Mersing Harbour Centre, kompleks perniagaan terbaharu itu menyediakan beberapa restoran, kiosk dan pusat maklumat pelancong. Ia juga merupakan get laluan ke beberapa pulau termasuk Pulau Tioman di Pahang.

Kompleks yang dibina dengan kos RM12 juta itu dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Iskandar ketika Kembara Mahkota Johor 2017 bersama beribu-ribu penduduk Mersing, baru-baru ini.

Pembinaan kompleks berkenaan adalah projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan kerajaan Johor sebagai usaha untuk memajukan industri pelancongan dan perikanan di daerah berkenaan.

Menurut CEO ECERDC Datuk Seri Jebasingam Isaac John, pengusaha di dalam kumpulan Bawah40 (B40) diberi keutamaan untuk memulakan perniagaan di kompleks perniagaan itu.

MHC yang serba moden memang merupakan pusat sehenti untuk pelbagai produk keluaran tempatan. Terdapat 50 unit kedai makanan dan minuman, kereta sorong (push carts) dan kiosk di mana 9 peserta dewasa mendapat Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER di bawah inisiatif Pembangunan Modal Insan ECERDC.

Antara produk yang dijual di kompleks itu termasuk produk makanan seperti kerepek dan kuih, aksesori wanita dan fesyen dan juga kraftangan tempatan.

Bagi mereka yang mencari madu kelulut keluaran pengusaha tempatan, bolehlah ke kompleks ini untuk mendapatkan madu kelulut yang rasanya manis-manis masam asli di sini. 

Buat pertama kali juga, penduduk Mersing tidak perlu memandu ke Kluang semata-mata mahu menikmati makanan dan kopi terkenal kopi Kluang kerana francais restoran berkenaan sekarang sudah berada di Mersing atau lebih tepatnya di MHC.

Yang lebih menarik lagi, terdapat juga butik Moras, jenama jam dan pakaian tempatan yang kini mendapat tempat dalam pasaran tempatan. 

Akan datang, kompleks ini akan dipenuhi dengan kedai-kedai lain yang menyediakan perkhidmatan pelbagai seperti spa dan khidmat gunting rambut untuk menarik lebih ramai pelancong ke sini.

Selain kedai-kedai jualan, pembukaan kompleks MHC ini turut memudahkan pelancong asing yang ingin ke pulau-pulau peranginan yang terkenal di Mersing seperti Pulau Sibu, Pulau Besar dan juga perkhidmatan feri ke Pulau Tioman. 

Peniaga di situ juga optimis bahawa MHC yang baharu ini akan membantu menambah skil perniagaan dan pendapatan ekonomi penduduk tempatan. 

Bangunan MHC dibina dengan kos RM12 juta dan siap dalam masa setahun.

Selain itu terdapat juga kemudahan yang penting seperti tempat letak kereta, kaunter informasi, dewan pameran, surau, taman permainan kanak-kanak dan fasiliti lain untuk menjadikan tempat ini sebagai lokasi sehenti bagi pelancong dan penduduk tempatan.

Mersing memang terkenal sebagai get laluan ke pulau-pulau peranginan, namun ia turut mempunyai lokasi pelancongan yang popular di kalangan pengunjung tempatan. Antaranya Air Papan dan Teluk Buih.

Bagi menjadikan daerah ini terus dikenali di kalangan pelancong tempatan, projek pelancongan seperti pembangunan Tanjung Penyabong dan Inap Desa Air Papan di Pantai Teluk Buih serta Medan Ikan Bakar Endau-Mersing akan dilaksanakan. Ia akan dapat menawarkan peluang pekerjaan dan keusahawanan untuk penduduk Mersing.

Pembangunan infrastruktur turut dilaksanakan, antaranya Pusat Informasi dan Perkhidmatan Taman Laut Sultan Iskandar di Pulau Besar. Infrastruktur ini dijangka siap tahun hadapan.

#kembarajohor, #Mersing, #MersingHarbourCentre, #pulaubesar, #pulausibu, #pulautioman, #sultanjohor

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…