MERAH BUNGA KERTAS 6

Share this article

JADI MACAM MANA? Hati siapa yang perlu dia jaga sekarang? Hati dia atau hati mak? Kalau mak sedih lagi macam mana? Darah tinggi emak naik lebih tinggi lagi, macam mana? Kalau mak kena strok, macam mana?

Dia tidak beritahu masalahnya kepada Khalida dan Ati tadi. Cukuplah Khalida dengan masalah besarnya dan Ati pula sudah tentu terbeban sama memikirkan nasib sahabat karib mereka.

Tadi, masa Ati jemput dia di stesen, dia sudah cerita dengan mereka tentang pertemuannya dengan Hafiz. Itu pun kerana Ati sibuk bertanya ke mana Asma pergi kerana mereka semua gagal menghubungi Asma.

Tapi, Asma tidak cerita fasal cadangan Hafiz mahu kahwin ‘mutaah’ mengikut pandangan Asma. Asma cuma cerita dia mahu berkenalan dengan Hafiz dan mencari keserasian mereka.

Asma nampak ada tanda-tanda cemburu di wajah Khalida waktu itu. Walaupun bibirnya mengatakan dia gembira Asma sudah berjumpa dengan jodohnya, tapi Asma tahu jauh di sudut hati Khalida, sahabatnya itu pasti inginkan kebahagiaan bertemu pasangan sejati itu menjadi miliknya juga.

Cuma Khalida tak tahu, Hafiz bukanlah benar-benar mahu berkahwin dengan Asma tetapi hanya untuk menggembirakan hati ibunya.

Macam Asma sekarang. Asma juga mahu menggembirakan hati emaknya.

Tapi macam mana? Asma buntu.

Buat solat sunat istikharah?

Bukankah emak memang pesan selalu, kalau kita di dalam kebuntuan, mintalah bantuan daripada Allah. Istikharahlah.

Asma mengeluh panjang.

Tapi emak, inilah jalan yang Allah memang sudah sediakan kepada Asma. Sudah tak ada jalan lain lagi. Berapa sangatlah bakti Asma kepada emak? Tak terbalas budi dan kasih sayang yang emak beri pada Asma selama ini. Takkanlah Asma nak menderhaka kepada emak?

Selagi emak masih mampu bernafas di muka bumi ini, selagi itulah Asma mahu bahagiakan hati emak. Apalah sangat pengorbanan Asma ini berbanding pengorbanan emak membesarkan kami. Lagipun emak dah didik semua anak-anak emak supaya tabah dan sentiasa berdikari.

Emak…

Asma akan cekalkan hati, kuatkan semangat. Untuk emak, Asma sanggup buat apa saja. Yang penting Asma mahu emak gembira.

Air matanya yang ditahan-tahan sejak tadi, mengalir turun. Dia menggenggam jari jemari emaknya yang dingin lalu dikucup perlahan.

Syurga itu ditapak kaki ibu.

Asma melepaskan tangan ibunya yang masih tidur. Dengan perlahan dia bangun dari kerusi lalu melangkah longlai menuju ke koridor.

Asma hidupkan telefon bimbit lalu mula mendail.

Telefon ditekapkan di telinga.

Talian bersambut.

Tanpa mengucapkan salam dia berkata, “Saya dah fikir masak-masak. Baiklah, saya setuju untuk berkahwin dengan awak. Dan saya juga izinkan awak berkahwin lagi.” Dia terus putuskan talian.

Dia terus matikan telefon bimbit.

– Bersambung –

Bahagian 7

#hatiluka #kecewa #cintabertepuksebelahtangan #cintatakberbalas #novelcinta #cinta #khairynothman #jemariseni

You might also enjoy

币安2024 Aug[微信:halchiou]BTC代付币代付系统

【唯客WEEX-App下载】70%+邀请码ebdl【热币-App下载】70%+优惠注册【BKEX-App下载】70%+优惠注册【BKEX-App下载】70%+优惠注册【芝商所推出3种元宇宙参考汇率】,今年1月,李嘉诚之子李泽楷旗下公司电讯盈科在TheSandbox中推出元宇宙空间PCCW-HKTFuturera,吸引游戏玩家的同时也招Web3人才。,《光之乐团》游戏制作商向《元

微信支付=10年店[V:halchiou]visa代付XRP Acceptors

【OKEX-App下载】40%+优惠注册【币安-App下载】30%+邀请码GZJGYPRX【欧易-App下载】40%+邀请码38994898【Hotcoin-App下载】70%+优惠注册FTX创始人SBF也在社交媒体上称:“事情已经圆满结束,FTX的第一个投资者,同时也是最后一个(均为Binance)。我们已经与币安达成了战略交易协议(正等待进行尽