MERAH BUNGA KERTAS 5

Share this article

WAJAH LELAKI DI HADAPANNYA ditenung. Matanya tidak berkelip. Biar benar apa yang lelaki katakan tadi? Biar benar apa yang dia dengar tadi?

Susah payah dan tebal muka dia minta nombor telefon lelaki itu dan sekarang ini lelaki itu kata begitu pula?

Terbayang lagi muka Makcik Nab yang tersengih-sengih bila Asma minta nombor telefon Hajah Zaitun. Asma buat begitu pun atas nasihat emak. Berkenal-kenalan dengan sang teruna dan keluarganya sekali. Kenal dulu isi hati dan budi masing-masing, kata emak.

Asalnya dia cuma nak bertemu dengan Hajah Zaitun saja, tapi Makcik Nab kata, “Orang muda sekarang kenalah keluar dating dulu, nanti bila dah suka barulah kenal keluarganya.”

Entah kenapa pemikiran Makcik Nab ni terlalu moden. Bukankah lebih baik bertemu keluarga daripada keluar berdua-duaan lelaki dan perempuan? Kalau berdua biasanya yang ketiga itu syaitan!

Sudahnya, Makcik Nab cuma beri nombor telefon Hafiz. Mahu tak mahu, terpaksalah Asma telefon Hafiz dan ajak dia keluar.

Isy! Malunya memang tak dapat nak dibayangkan. Mana pernah seumur hidup Asma, dia mengajak seorang lelaki keluar dating! Bercinta jauh sekali. Setakat suka dari jauh pernahlah. Nak ajak lelaki keluar? Isy! Simpang malaikat empat puluh empat.

Jadi, tindakan aku mengajak si Hafiz berjumpa ni, menunjukkan aku ke yang terhegeh-hegeh mahukan dia?

Aku ke yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong?

Biar benar!

Bulat mata Asma memandang Hafiz yang tenang-tenang saja di hadapannya. Suasana yang agak bising di dalam restoran yang menjadi lokasi pertemuan mereka itu namun tidak diendahkan. Memang hari minggu, pusat beli-belah Mid Valley agak sesak.

Mid Valley? Huh! Ini kali keempat agaknya Asma ke tempat membeli belah ini sejak ia dibuka. Maaflah, Asma memang tak berapa suka pergi shopping complex. Apatah lagi sebesar ini, dan pada hari minggu pula!

Nasib baik Asma datang naik komuter tadi, itu pun berasak-asak. Dia tidak dapat bayangkan macam mana Hafiz yang berkereta itu cari parkir di tempat letak kereta tadi. Mesti susah!

Ah! Bukan dia pun yang tetapkan tempat berjumpa. Nasiblah, kan! Lagipun itu bukan masalah dia. Masalahnya yang terbesar ini, sedang duduk dan memandang wajahnya.

“Apa awak cakap? Ulang?” soal Asma tidak percaya. Nada suara dan gaya sudah memang ala-ala cikgu yang sudah tahu jawapan tetapi sengaja nak menduga anak murid. Macam kakak sedang cari salah adik-adik.

“Saya setuju berkahwin dengan awak, dengan satu syarat, lepas tu kita bercerai.”

Sekali lagi Asma rasa jantungnya macam hendak meletup. Nak menangis pun ada. Tapi rasa marah itu melebihi rasa sedih. Rendahnya martabat dirinya di mata Hafiz. Sampai hati!

Tapi, apa dia ingat aku tak ada harga diri?! Senang-senang saja letak syarat untuk bercerai. Aku pun ada mata pencarian. Aku masih boleh hidup bahagia tanpa seorang lelaki bernama Hafiz. Bukankah selama ini dia sendirian tanpa seorang lelaki pun, tapi berjaya mencari rezeki. Malah, Allah menambahkan lagi rezeki untuknya sampai boleh buka kedai sendiri.

“Saya tak nak kahwin mutaah. Haram!” balas Asma. Wajahnya masam.

Gila! Gila! Gila!

– Bersambung –

Bahagian 6

#merahbungakertas #poligami #cintagila #novel #novelcinta #khairynothman

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…