MERAH BUNGA DEDAP 3

Share this article

Pertemuan Dalam Gerabak Kereta Api

SETIAP KALI DIA terserempak dengan lelaki itu ketika di dalam gerabak LRT, lelaki itu akan tersenyum, membenarkan penumpang keluar dahulu sebelum dia melangkah masuk ke gerabak dan sekiranya dia mendapat tempat duduk, dia akan berikan kepada warga yang lebih memerlukan.

Seperti kebanyakan penumpang tren, mata mereka seolah-olah tergam di telefon bimbit masing-masing, sama ada membalas mesej di WhatsApp, skrol dinding Wechat, FB atau IG, tapi tidak lelaki ini.

Khalida pernah mengerling ke arah lelaki itu dan melihat apa yang sibuk sangat dengan telefon pintarnya itu. Oh.. rupanya dia sedang membaca artikel mengenai ekonomi.

Sama ada dia seorang ahli ekonomi, atau dia ahli peniagaan yang sedang meneliti naik turun pasaran.

Bila dia bercerita mengenai perbuatan mulia lelaki itu, terus saja Asma kata macam dalam cerita filem “While You Were Sleeping” lakonan Sandra Bullock dan Bill Pullman.

Khalida tak pernah tonton filem berkenaan, tapi menurut Asma memang sebijilah cerita wayang itu dengan cerita Khalida.

Bila dia dan Ati pandang wajah Asma dengan penuh tanda tanya, sahabatnya itu terus tarik muka masam. Manalah dia kenal filem tu, entah-entah masa ditayangkan, mereka bertiga belum dilahirkan lagi.

Asma yang disangka jarang sangat mengikuti perkembangan Hollywood, ternyata punya maklumat hampir lengkap kalau menyentuh dengan subjek yang dia suka.

Hampir lima minit mereka mendengar Asma mengeluarkan fakta-fakta dan plot filem yang rupa-rupanya menjadi kegemaran sepanjang masa itu. Memang Khalida tak sangka, Asma sebenarnya romantik dalam hati!

“Aku yang ketinggalan zaman atau kau orang yang tak ikut trend?” Itu mukadimah yang disuarakan oleh Asma sebaik saja Khalida dan Ati menunjukkan wajah kehairanan 100 peratus kepada sahabatnya.

“Itu cerita entah time kita tak lahir lagi atau zaman sekolah rendah,” balas Khalida sebagai satu percubaan mempertahankan diri.

“Atau masa zaman tak sekolah lagi, yang duk berkubang dalam sawah tiap-tiap petang,” sahut Ati pula lalu mengangguk. Betul apa? Entah-entah memang waktu itu mereka belum kenal seorangpun pelakon Hollywood.

Yang mereka kenal kerbau Tok Saidin yang suka join setiap kali mereka berkubang di sawah atau terjun dalam parit semata-mata nak cari ikan haruan.

Asma sampai geleng kepala tidak percaya dengan perangai sahabat-sahabat yang berjanji hashtag-tilljannah itu. “Lantak kau oranglah, tapi dipendekkan cerita Sandra Bullock minat lelaki yang selalu naik tren kat stesen yang dia jaga tapi akhirnya dia jatuh cinta dengan adik lelaki tu pulak.”

Khalida saja-saja kerut dahi dan letakkan jari telunjuk kanan di hujung bibir. Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang penting dan baharu saja terlintas di minda.

“Aku belum tahu lagi kalau mamat tu ada adik? Kalau dia ada adik, nak tak aku pas kat kau, As?” soalnya mengusik. Mata bersinar-sinar dan bibir mengulum senyum.

“SILALAH DUDUK.”

Khalidah angkat kepala. Terlukis senyuman di wajah insan yang menegurnya itu.

“Ha?” Mulutnya terlopong. Sepasang mata terus membulat.

“Cik duduklah…”

Tapi, sebelum sempat Khalida menjawab ataupun melangkah untuk duduk seperti yang disarankan, tempat duduk berwarna biru tiba-tiba saja terus berpenghuni.

Insan yang memberi saranan terus angkat bahu. “Siapa cepat dia dapat.”

Khalida memandang wajah lelaki yang duduk di kerusi berwarna biru. Mukanya selamba, seolah-olah tidak bersalah.

Nak aje bagi sedas tumbukan kat muka jantan yang rasa tak bersalah ambil tempat duduk yang walaupun tak dikhaskan, tetapi sepatutnya adalah rasa bersalah kerana ramai lagi wanita yang berdiri dalam gerabak LRT ni.

Eh? Tiba-tiba Khalida teringat lelaki yang baik hati nak berikan tempat duduk tadi. Tanpa rasa cuak dia pandang wajah lelaki yang berdiri di sebelahnya. Sekuntum senyuman manis diterima.

– Bersambung –

Bahagian 4

#LRT #gerabaklrt #tren #kisahdalamtren #novel #khairynothman

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…