MERAH BUNGA DAHLIA 9

Share this article

JACK DUDUK SAMBIL menopang dagu. Wajahnya masam. Sudah dua hari dia tidak dapat mejemput dan menghantar Ati pulang. Ini gara-gara Ati pergi berjalan kaki sendiri ke bengkel Abang Majid dan mengambil keretanya.

Abang Majid yang beritahu Jack sebaik saja Ati memandu pergi keretanya. Lebih sakit hatinya apabila Abang Majid kata dia tak tahu nak beri alasan apa lagi dan terpaksa mengambil RM150 sebagai bayaran kos membaiki kereta buruk Ati.

Kan dia pernah kata yang dia tidak mahu Ati keluarkan duit satu sen pun. Sama ada untuk bayar makanan Jack mahupun untuk apa-apa sekali pun. Itu disclaimer yang Jack baru tambah, sebentar tadi.

Kalau ikutkan hati, Jack tidak mahu Ati keluarkan duit langsung. Kalau boleh Jack mahu tanggung Ati hingga akhir usia. Dan kalau ditakdirkan dia mati dahulu pun, dia akan pastikan duit simpanan, insurans ataupun KWSP cukup untuk menyara hidup Ati.

Apa ajelah yang Jack berangan, ni!

“Abang nak pulangkan duit ni pada Jack,” kata Abang Majid.

“Eh, tak apalah bang. Abang ambil duit tu sebagai upah,” kata Jack pula.

“Mana boleh Jack. Abang dah ambil duit upah baiki dan peralatan. Upah apa lagi?” kata Abang Majid menolak.

“Upah tolong saya,” kata Jack lalu ketawa.

Abang Majid ketawa. “Yang tu tak payahlah berupah. Cuma nanti bila dah berjaya, jemput je abang sekeluarga ke walimahnya,” kata Abang Majid lagi.

“Amiin…” jawab Jack. Serius dalam berseloroh. Dia terus beri nombor akaun pada Abang Majid yang berkeras mahu memulangkan wang RM150 itu.

Jack mengeluh panjang. Selepas panggilan Abang Majid, satu lagi panggilan dari nombor yang memang sudah dihafal, masuk.

Sayang.

Nama panggilan yang melekat kuat dalam hati. Nama yang tertera di skrin telefon bimbit apabila nombor tersebut memanggil.

Entah bila agaknya panggilan itu dapat disuarakan dengan mulut?

Tapi, yang dia gila sangat letak nama ‘Sayang’ kat nombor Ati tu, kenapa? Baru jumpa balik tak sampai sebulan, sudah berani letak nama ‘Sayang’ sebagai nama pemanggil nombor tersebut di telefon bimbit sendiri.

Bukan setakat letak nama Sayang saja, malah nama itu pun ada ring tone yang istimewa. Yang mendayu-dayu. Yang boleh buat orang lain yang tak pernah merasa indahnya perasaan cinta itu, muntah hijau!

Kalau orang buka telefon bimbit dia dan nampak nama ‘Sayang’ tu, apa dia nak jawab? Anak-anak buahnya pula memang suka buka dan skrol telefon bimbitnya!

Walaupun sudah dapat mengaggak apa yang akan dikatakan oleh si pemanggil, hati Jack tetap berbunga gembira. Tetap tidak sabar nak mendengar suara lunak manja itu.

“Assalamualaikum,” sapa Jack mesra.

“Waalaikumsalam,” jawab si pemanggil.

“Jack…”

“Ya saya.”

“Awak tak payah datang jemput saya lagi ye. Kereta saya dah keluar bengkel.”

Walaupun sudah tahu fasal tu, rasa kecewa tetap menebal dalam hati. “Oh…” Itu saja yang mampu dia jawab.

“Terima kasih sebab selama ni tolong jemput dan hantar saya balik,” kata si pemanggil yang bersuara lunak dan manja.

“Tak apa. Lain kali kalau ada apa-apa, nakkan pertolongan saya, Ati call ajelah ye,” kata Jack.

Apa lagi yang boleh dia katakan, kan?

Jack menung lagi. Nampak gaya Jack memang kena fikirkan cara lain untuk mengurat Ati. Kalau sudah kehabisan idea, Jack akan kembali mengurat cara biasa. Cara konvensional. Lut tak lut, itu semua belakang kira. Yang penting Jack mesti mencuba.

Kalau tak cuba, kita tak tahu, kan?

Jack pasti akan menyesal sekiranya dia tak mencuba sedaya upayanya. Yang penting Jack mesti nekad untuk mendapatkan Ati. Dengan cara apa sekalipun. Kreatif atau tidak kreatif.

Yang pasti, Jack memang mahukan Ati!

– Bersambung –

#merahbungadahlia #novelcinta #cinta #novel #khairynothman #atidanjack

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…