MERAH BUNGA DAHLIA 6

Share this article

“UNTUK BERJAYA, KITA haruslah berusaha bersungguh-sungguh. Tak kiralah business ataupun waktu mengurat awek yang degil.”

Linda tersengih apabila membaca status Jack di FB. Apatah lagi bila dia lihat komen kawan-kawan yang sudah memcecah ke angka 20.

Ramai yang bertanya siapa agaknya “awek” yang cuba diurat oleh Jack sampai begitu sekali degilnya. Ada yang mengutuk ada pula yang baik hati bagi tip mengurat.

Linda sudah agak siapa “awek” yang dimaksudkan oleh Jack itu, tapi dia tidak sampai hati hendak memecahkan rahsia di FB.

“Awek” degil itu pula sedang sibuk membuat design untuk si empunya status itu. Tapi itulah, si “awek” tu baca atau tidak status Jack dalam FB-nya. Kalau tengok pada gayanya, Ati tu tak buka langsung FB-nya pagi ini.

Sampai saja di ofis tadi, Ati terus duduk di mejanya dan mula melukis design. Lagaknya macam baru saja menerima ilham yang membuak-buak. Terus ‘melukis’ sampai langsung tak pandang kiri kanan.

Kalau selalu, mesti ada satu mug kopi panas di sebelah monitor, kali ini dia langsung tidak buat air di pantri.

“Ati!” seru Linda sambil memusingkan badannya mengintai wajah di balik monitor komputer.

Hmm…” balas Ati ringkas. Dia langsung tidak mengangkat wajah memandang Linda.

“Kau puasa ke hari ni?”

Dengar aje soalan itu, Ati terus angkat kepala dan pandang wajah Linda. “Taklah. Kenapa?” Ati kerutkan dahi.

“Tak adalah, saja bertanya,” jawab Linda. Dia pusingkan badan kembali ke hadapan. “Selalu kau minum kopi panas, hari ni tak ada pulak.”

Ati jadi bingung. Kenapa pula Linda resah kalau tak ada mug kopi panas di atas mejanya? Tapi dia malas hendak melayan si Linda. Kerja untuk si Jack harus dilunaskan segera. Lagi lama dia bertangguh lagi banyak agaknya helah Jack tu!

Tadi Ati sebenarnya sempat buka FB dan dalam muka Home sudah tertera status Jack yang terbaharu. Rasa macam nak terbeliak matanya membaca status lelaki itu. Tapi Ati berjaya pujuk hati.

Jangan nak perasanlah Ati. Takkanlah Jack maksudkan dia sebagai perempuan degil tu? Tapi yang paling utama, takkanlah Jack hendak mengurat Ati? Hai! Ati memang suka buat spekulasi liar.

Itulah sebabnya akibat terperanjat, dia langsung terlupa hendak membuat air kopi panas kegemarannya. Dan itulah sebabnya sekarang dia menumpukan perhatian yang lebih untuk menghabiskan melukis design untuk rumah Jack.

Lagi cepat dia selesaikan kerjanya, lagi cepat dia tidak perlu berdepan dengan lelaki itu.

– Bersambung –

Bahagian 7

#merahbungadahlia #novelcinta #novel #cinta #khairynothman #atidanjack

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…