MERAH BUNGA DAHLIA 3

Share this article

“WAK, TOLONGLAH JANGAN mati,” rintih Ati perlahan. “Hari lain tak apa wak, tapi janganlah hari ini. Tolonglah wak!”

Ati memulas lagi kunci untuk menghidupkan enjin keretanya tetapi gagal. ‘Wak’ semput-semput kemudian langsung tidak berbunyi. Senyap.

Ati menyandarkan dahi ke stereng kereta. Dia memang sudah lambat, sungguh-sungguh lambat. Kalau macam ni dia terpaksa membatalkan temu janji hari ini. Yang penting, ‘Wak’ harus diselamatkan dahulu!

Ati mengeluh. Dia mencapai messenger beg di kerusi sebelah lalu mengeluarkan telefon bimbit yang berikat dengan gelang getah. Hai, Ati! Sampai bilalah kau nak guna barang-barang ‘antik’ ni? Kalau benar-benar antik memanglah Ati termasuk golongan orang kaya, tapi ini antik yang sudah masuk kategori tukun!

Ati tekan nombor tiga dengan lama sehingga keluar bunyi beep. Panggilan cepat untuk nombor telefon bimbit Linda.

Berdering.

“Hah, kenapa?”

Ati mengeluh lagi. “Waalaikumsalam Cik Linda,” perlinya. Pagi-pagi ini, seelok-eloknya memberi salam bukan menyergah orang!

Linda ketawa mengekek.

“Wak mati,” beritahu Ati.

“Lagi?!” Sekali lagi suara Linda meninggi.

“Nak buat macam mana? Dah dia nak mati lagi,” balas Ati.

“Kau campak ajelah Wak tu ke Laut China Selatan buat tukun, sekurang-kurangnya dapat meningkatkan bilangan spesies ikan untuk kesejahteraan para nelayan.”

Oi! Wak dengar nanti merajuk lagi!” marah Ati.

Linda ketawa lagi. “Habis tu macam mana sekarang? Aku tak boleh ambil kau kat rumah. Aku ada meeting dengan klien sekejap lagi. Apa pelan kau hari ni?”

“Aku patutnya jumpa Jack hari ni. Nak pergi ukur kat rumah dia,” jawab Ati perlahan. “Kau tolong telefon dia bagitahu aku tak dapat datang.”

“Yang mati Wak kan?” soal Linda.

“Yalah,” sahut Ati.

“Telefon bimbit kau tak mati kan?”

“Er…”

“Mulut tak bisu kan?”

“Alaa…”

“Telefon ada, mulut ada, suara ada! Kau telefonlah dia sendiri bagi tahu temu janji hari ni, kensel!” Linda terus matikan talian.

Ati mendengus. Dia memandang skrin telefon. Cis!

Dengan malas Ati mencari nombor telefon bimbit Jack pula. Nombor telefon peribadi yang telah diberikan dua hari lepas.

Ati menekan punat hijau. Dia menunggu.

Satu deringan.

Dua.

Tiga.

Empat.

Ati sudah bersedia hendak memutuskan talian apabila deringan tamat dan terdengar suara Jack memberi salam.

Ati terkedu.

“Hai, takkanlah telefon tapi diam aje?” Ketawa Jack meletus di hujung talian.

“Wak mati.” Ati gugup.

“Hah? Siapa tu? Innalillahi wainna ilahi rojiun.”

– Bersambung –

Bahagian 4

#merahbungadahlia #novelcinta #cinta #novel #khairynothman #atidanjack

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…