MERAH BUNGA DAHLIA 12

Share this article

“ATI, BOLEH PAKCIK tanya satu soalan?”

Ati jadi gugup dengar soalan yang keluar dari mulut Haji Mustaqim. Dia hanya mampu menganggukkan kepala.

“Ati ada masalah tak selama berurusan dengan Razak?” soal Haji Mustaqim lagi. Matanya merenung tajam wajah Ati yang masih gugup.

“Alhamdulillah pakcik. Sepanjang kami berurusan, saya tak ada masalah dengan Razak,” jawab Ati. Hatinya sudah berjaya ditenangkan sedikit.

“Macam mana pula dengan perangai Razak ni? Ada tak dia buat perkara-perkara yang Ati tak suka atau tak senonoh?” soal Hajah Rohana pula.

“Mak!” Jack terjerit kecil. “Apa punya soalanlah tu,” rungut dia lagi.

Ati tersenyum kecil. Dia teringat insiden ketika keretanya rosak tempoh hari. Perlukah diberitahu kepada ibu dan bapa Jack apa ‘ikhtiar’ lelaki itu?

“Alhamdulillah makcik, tak ada rasanya,” jawab Ati perlahan.

Jack kilas kepala pandang Ati. Dia tersenyum. Ati…

“Ati rasa Jack ni husband material tak? Layak tak dibuat suami?”

Ati rasa macam makanan yang dia makan sebentar tadi seperti mahu keluar semula. Kenapa Hajah Rohana bertanyakan soalan macam tu dengan dia? Kenapa nak minta pandangan Ati tentang Jack? Layakkah dia jadi suami? Untuk siapa? Dania?

Sudah pasti layak!

Ati hadiahkan wanita itu sebuah senyuman manis. “Saya baru kenal Razak, makcik. Tapi rasanya memang sudah layak untuk dijadikan suami kepada seorang wanita. Sudah ada perniagaan sendiri, kereta dan rumah. Insya-Allah boleh tu,” kata Ati lalu ketawa kecil. Wajah Jack di sebelah langsung tidak dipandang.

“Ati rasa agamanya cukup tak?” soal Hajah Rohana lagi.

Ati tersenyum lagi. Pelik betul rasanya dalam keadaan demikian. Tidak pernah dibuat orang, anak lelaki ditanya peribadinya di hadapan seorang kawan wanita. “Perlahan-lahan belajar, insya-Allah,” jawab Ati lagi.

“Kalau macam tu, Ati rasa sesuai tak kalau kami jodohkan Ati dengan anak kami, Abdul Razak?”

Ati rasa jantungnya seperti melompat naik hingga ke tekak kemudian jatuh kembali di tempat asalnya. Jodoh? Ati? Abdul Razak? Wajah Ati pucat serta-merta. Main-mainkah mereka ini?

“Dania?”

“Kenapa dengan Dania?” soal Jack pula.

Ati berpaling memandang wajah Jack dengan penuh tanda tanya. “Bukan ke Jack nak kahwin dengan Dania?” soalnya macam orang bodoh.

Jack tersengih. “Saya nak kahwin dengan awaklah, bukan dengan Dania.”

“Kenapa?” soal Ati bingung. Kenapa Jack nak kahwin dengan Ati tapi bukan dengan Dania? Bukankah hari tu Jack lebih mesra dengan Dania. Hajah Rohana pun hari itu seperti berkias yang Jack akan berkahwin dalam masa terdekat ini, cuma Ati ingatkan gadis pilihan Jack itu adalah Dania.

“Awak tak suka saya ke?” soal Jack.

“Suka.” Laju saja Ati menjawab. Matanya terkebil-kebil tatkala dia sedar apa yang dia katakan. Ya, Allah! Ati sudah jadi perempuan tidak tahu malu!

Sengihan Jack semakin lebar. “Sebab tu kita kena kahwin. Dengan segera!”

Ati geleng kepala. Dia rasa seperti dalam mimpi saja. Mana ada orang buat lamaran macam ni? Di hadapan ibu bapa pihak lelaki pula tu! Ati memang sudah jadi perempuan tidak tahu malu!

Perlahan-lahan Ati beristighfar dalam hati. Mohon Allah berikan dia kekuatan hati dan diri. Sekali lagi dia menggelengkan kepalanya. Ati lepaskan nafas lalu dia mengangkat kepala memandang Jack di sebelah.

“Maafkan saya Jack, saya terpaksa tolak lamaran awak,” katanya dengan nada tegas.

Jack terpempan. Tak disangka Ati akan menolak mentah-mentah lamarannya. “Kenapa?”

Ati senyum tawar. “Saya bukan perempuan yang setaraf dengan awak,” katanya perlahan. Dia kemudian berpaling memandang Haji Mustaqim dan Hajah Rohana. “Maafkan saya Encik, Puan…” katanya lalu segera berdiri.

Ati berjalan mendekati Hajah Rohana. Dia menghulurkan tangan. “Saya minta diri dulu…”

“Sekurang-kurangnya awak beritahu saya kenapa awak tak mahu terima saya kerana saya tak boleh terima alasan kufu atau tidak sekufu, taraf atau tidak setaraf. Kita bukan dalam zaman P. Ramlee lagi.” Tegas sekali suara Jack. Dia turut berdiri.

Huluran tangan Ati bersambut. Hajah Rohana memegang erat tangan gadis itu. “Ya Ati, kenapa pula tak mahu berkeluarga dengan kami?” soalnya lembut.

Mata Ati berkaca-kaca. Kenapa?

Kalau ikut hati memang Ati bersyukur sangat-sangat kalau dapat Haji Mustaqim dan Hajah Rohana sebagai bapa dan ibu mentua. Siapa yang tidak seronok kalau dapat Nurul Iman dan Sofi sebagai ipar?

“Ati, kenapa?” soal Jack lagi. “Saya tahu awak tak ada kawan atau teman lelaki lain. Kenapa pula hendak menolak lamaran saya? Kalau cinta yang awak fikirkan, insya-Allah saya akan terus menyayangi awak seumur hidup saya. Saya akan jaga hidup dan hati awak sebaik mungkin.”

“Saya juga percaya kalau awak sukakan saya, bermaksud awak juga sudah mencintai saya. Dan saya harap rasa cinta itu akan lebih dalam selepas kita diijabkabulkan.”

Ati tundukkan kepala. Terasa macam ada tangan kuat yang sedang mengepal jantungnya saat ini. Sakitnya bukan kepalang. Soalan Jack memerlukan dia membuka cerita lama. Menayang pekung di dada. Perlukah dia ceritakan semua itu?

“Ati?”

“Jack. Jangan mudah menyatakan cinta. Kita pun baru saja berkawan. Awak tak tahu siapa saya sebenarnya. Awak tak tahu kisah silam saya. Kalau awak kenal siapa saya, tahu apa kisah silam saya…” Ati tarik nafas lalu pandangannya dihalakan kepada Hajah Rohana.

“… tahu asal usul saya, keluarga saya…” Ati senyum nipis. Dia kembali memandang wajah Jack yang penuh harapan dan tanda tanya, “Awak takkan mahu dekat dengan saya.”

“Kenapa, Ati?” soal Hajah Rohana. Tangan Ati tidak dilepaskan dari pegangan. Apa yang menyebabkan gadis ini sedih sebegini? Hajah Rohana memandang wajah suaminya yang juga bingung dengan ‘drama’ antara Jack dan Ati.

Ati hela nafas panjang. Mungkin dia perlu bercerita. Berkongsi beban walaupun dia tahu yang perkongsian itu akan berat sebelah.

“Puan, tadi puan tanya saya tentang keluarga saya, kan?” Bahasa Ati menjadi tertib semula.

Hajah Rohana mengangguk kepala.

– Tamat & Bersambung edisi cetak –

MERAH BUNGA KERTAS

MERAH BUNGA DEDAP

#merahbungadahlia #novel #cinta #novelcinta #khairynothman #atidanjack

You might also enjoy

币安2024 Aug[微信:halchiou]BTC代付币代付系统

【唯客WEEX-App下载】70%+邀请码ebdl【热币-App下载】70%+优惠注册【BKEX-App下载】70%+优惠注册【BKEX-App下载】70%+优惠注册【芝商所推出3种元宇宙参考汇率】,今年1月,李嘉诚之子李泽楷旗下公司电讯盈科在TheSandbox中推出元宇宙空间PCCW-HKTFuturera,吸引游戏玩家的同时也招Web3人才。,《光之乐团》游戏制作商向《元

微信支付=10年店[V:halchiou]visa代付XRP Acceptors

【OKEX-App下载】40%+优惠注册【币安-App下载】30%+邀请码GZJGYPRX【欧易-App下载】40%+邀请码38994898【Hotcoin-App下载】70%+优惠注册FTX创始人SBF也在社交媒体上称:“事情已经圆满结束,FTX的第一个投资者,同时也是最后一个(均为Binance)。我们已经与币安达成了战略交易协议(正等待进行尽