MERAH BUNGA DAHLIA 10

Share this article

PUKUL 8.30 MALAM mereka sudah sedia menunggu di hadapan rumah baru Jack di Damansara. Ati menumpang kereta Linda kerana tak ada gunanya mereka ke sana dengan kereta masing-masing. Balik nanti, Linda akan menghantar Ati ke pejabat semula.

Tidak lama menunggu, sebuah kereta Honda Accord kelabu menghampiri. Ada tiga susuk tubuh di dalam kereta tersebut.

Melihatkan Linda dan Ati keluar dari kereta, Jack turut turun untuk bertemu mereka.

“Ati, Linda. Maaflah lambat,” ujar Jack meminta maaf.

“Tak adalah lambat sangat. Setakat sepuluh minit tu apa sangat,” kata Linda. Walaupun dia jenis yang mementingkan waktu, apa sangatlah menunggu sepuluh minit. Ada pelanggannya yang sengaja membiarkan dia menunggu hingga hampir satu jam lebih. Macamlah Linda tak ada kerja lain selain dari menunggu mereka.

“Apa kata kita terus ke restoran. Kau follow kereta aku ye?”

Linda dan Ati menganggukkan kepala.

Jack melayangkan pandangan ke arah Ati membuatkan gadis itu tersipu-sipu malu. Jack tersenyum manis. Dalam hati bertambah-tambah gembira. Sabar ye, Ati. Sabar ye, Jack.

Mereka berhenti di sebuah restoran yang sama yang pernah Jack bawa Ati kali pertama gadis itu ke rumahnya.

Kedudukan restoran yang tidak berapa jauh dan juga memberi privasi kepada mereka menjadi pilihan Jack.

Jack pun sengaja membawa mereka ke situ atas strategi perniagaan. Biasanya kalau berurusan di tempat awam, mereka boleh menarik minat pelanggan-pelanggan baru.

Masa Jack mula-mula membina perniagaannya dahulu, dia sering juga berurusan dengan pelanggan di restoran-restoran terbuka seperti ini.

Jack memberhentikan keretanya. Linda pula meletakkan kenderaan di sebelah kereta Jack.

“Eh! Siapa yang ada dalam kereta Jack ni?” tanya Linda. Dia segera mematikan enjin.

Ati hanya memanjangkan leher untuk melihat tubuh-tubuh lain yang berada di dalam kereta Jack. “Entah,” jawab Ati sepatah. Walau macam acuh tak acuh, hatinya tetap dipagut tanda tanya kerana dua susuk tubuh itu kelihatan seperti wanita.

Segala-galanya terjawab apabila Jack dan penumpang-penumpang keretanya keluar. Linda memandang Ati dan Ati hanya membalas sambil mengangkat bahu. Antara dua penumpang itu, yang satu itu memang menarik perhatian Ati dan Linda.

Ati dan Linda segera keluar dari kereta. Mereka menghadiahkan senyuman kepada mereka. Mereka terus mendekati Jack dan dua wanita itu.

Barulah jelas kelihatan siapa tetamu Jack. Seorang wanita yang mungkin dalam usia lingkungan 50-an dan seorang wanita muda yang anggun mungkin sekitar tengah 20-an.

“Kenalkan ini emak saya, Hajah Rohana dan ini…” matanya melirik ke arah Ati. “Yang ini pula Dania Rosli.” Jack tersenyum manis.

Linda memandang Ati, tapi Ati buat tak tahu saja. Senyuman manis dihadiahkan kepada dua orang wanita itu lalu bergerak ke hadapan dan menyalami mereka seorang demi seorang.

“Saya, Norhayati, panggil saja Ati. Dan ini Haslinda atau Linda je,” kata Ati memperkenalkan diri.

Entah kenapa hatinya macam terusik sedikit. Tapi dia tetap rasa bersyukur. Jadi, memang betul Jack cuma anggap Ati sebagai kawan. Kan dah kata hari tu, Ati aje yang suka perasan seorang-seorang. Orang tu tak ada perasaan pada awak, awak aje yang lebih!

Hajah Rohana tersenyum. “Oh! Inilah kawan satu universiti yang Jack kata buatkan hiasan dalaman rumah baru tu. Tak sabar makcik nak tengok,” katanya dengan ramah.

“Ha! Kalau nak tengok, jom kita masuk dan duduk. Ati boleh tunjuk design rumah tu,” ajak Jack.

Ati hanya anggukkan kepala. Dia kembali membuka pintu belakang kereta Linda lalu mengeluarkan beg besar yang berisi proposed design untuk hiasan dalaman rumah Jack.

– Bersambung –

Bahagian 11

#merahbungadahlia #novelcinta #novel #cinta #khairynothman #atidanjack

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…