Khamis: 17 Mac 2022
n
ROSIE JOHNSTON, KAWAN baik merangkap mak angkat aku kat Glasgow masa aku belajar kat sini lebih 10 tahun yang lalu.
nn
justineanweiler.com
jorgensenfarmsinc.com
greensandseeds.com
lepetitartichaut.com
lepetitartichaut.com
holroydtileandstone.com
onlinebijuta.com
lepetitartichaut.com
blutuszos mennyezeti lámpa
jorgensenfarmsinc.com
lucianosousa.net
greensandseeds.com
mindfulmusclellc.com
שולחנות מתקפלים
Dialah yang banyak tolong aku betulkan grammar esei aku. Kami samnegozi tata scarpe geox sito ufficiale benetton outlet online geox sito ufficiale tata scarpe italia tata shop online geox sito ufficiale saldi tata scarpe italia custom youth hockey jerseys saldi benetton donna benetton outlet online benetton outlet online tata italia negozi benetton uomo saldi geox outlet donna a-sama ambil Sociology tapi dia hanya ambil kursus 3 tahun sahaja untuk degree bukan 4 untuk dapatkan honours degree. Tapi memang sepanjang aku kat sini, dialah yang suka berkawan dengan aku hahaha. Kami selalu juga lepak kat Strathclyde University Mature Students Room sama-sama (Ini bilik untuk student yang umurnya lebih 30 tahun. Ada juga pelajar kat sini umurnya 50 ke 70 tahun untuk ambil sarjana muda). Tu sebab aku suka sangat universiti kat Scotland ni. Tak ada had umur dan tak perlu malu untuk belajar. Malahan, boleh mohon bantuan untuk belajar.
nn
Aku rasa dia kesian agaknya tengok aku. Kerja hari-hari nak cari duit bayar tuition fee universiti. Kami pun sama-sama jadi cleaner. Dia bersihkan rumah orang, aku pulak kerja bersihkan kolej dengan hospital pada hari minggu.

Masa arwah ayah aku meninggal, dia siap bagi £100 sebab dia tahu aku terpaksa ambil cuti bekerja dan balik ke Malaysia. Baik sungguh dia dengan aku. Dahlah seorang menantu dia Pakistan, jadi memang dia faham juga sikit-sikit fasal agama aku ni. Fasal bulan Ramadan dan Hari Raya.
nn
Bila dia dapat tahu aku ada di Glasgow, lalu FB aku, dia terus contact suruh aku datang ziarah kat rumah dia. Jadi hari ni memang aku dedikasikan separuh hari nak bertemu dia. Kami naik bas ke Uddingston, dalam 20km jauhnya dari pusat bandar. Nak sampai sejam juga perjalanan dalam bas tu. Aku terbayang, macam manalah dia pergi balik kelas universiti hari-hari. Dahlah kalau musim sejuk tu siangnya pendek. Jam 5pm aje matahari dah tenggelam.
nn
Turun bas aje terus buat drama kami berdua. Pemandu bas tersengih aje. Ye lah dah lebih 10 tahun tak jumpa. Kira putus hubungan juga sebab aku hilang nombor phone dia dan dia tak tahu sangat guna fb. Masa dia nampak gambar aku kat Glasgow tu lah dia terus contact aku kat fb dan letak no phone dia.

Rosie pun dah hilang berat badan. Dia kata ni gara-gara anak perempuan dia yang bermasalah. Cucu lelaki kesayangan dia pun dah meninggal sebab terlebih dadah. Kesian juga pada Rosie sampai nak jumpa cicit dia pun tak dapat gara-gara anak perempuan dia yang bermasalah tu. Tapi, alhamdulillah jugalah cucu-cucu perempuan dia, dua-dua berjaya dalam pelajaran. Ni cucu dari anak perempuan yang kahwin dengan lelaki Pakistan.
nn
Rumah Rosie ni comel aje tetapi bersih sungguh. Segan juga tengok rumah dia yang kemas, tersusun dan bersih. Aku siap tanya nak buka kasut ke kalau masuk. Ye lah, ada sesetengah mat salleh yang minta kita buka kasut (walaupun minoriti). Tapi aku pulak yang rasa bersalah.
nn
Dah duduk berborak tu, dia ajak pergi beli fish & chips pula. Mulanya dia nak pergi seorang, tapi aku pula tak sampai hati. Akhirnya kami bertiga, jalan pergi kedai fish & chips. Sebelum tu dia tunjuk juga gereja kariah dia. Cantik gereja tu, baru lepas dinaik taraf.
n
Tiga jam jugalah kami duduk di rumah Rosie. Aku cakap aku pun tak boleh terlalu lama sangat sebab esok kami dah nak bertolak ke Manchester. Sepatutnya aku ambil seminggu di Glasgow ni tapi sebab bajet pun limited, kami terpaksa tinggalkan Glasgow esok.
nn
Lagipun, ada beberapa benda yang kami belum beli lagi kat Glasgow ni. Rosie siap offer rumah dia kalau sekali lagi aku dengan suami datang ke Scotland, sebab dia tahu aku sayang sangat negeri dia ni. Rosie kata datang lagi dan dia bagi aku duduk rumah dia percuma 6 ke 8 minggu. Syaratnya aku masak, dan dia akan datang makan hahahaha
nn
Kami naik bas balik ke city centre. Sekali lagi kami turun di Argyle Street dan kali ni masuk kedai Poundland untuk beli cenderahati dari sini. Satu tips. Kalau korang ke Glasgow, beli terus cenderahati yang korang nak beli untuk famili dan kawan-kawan sebabnya, harga di Glasgow masih lagi jauh lebih murah dari tempat-tempat lain.

OK malam ni nak kemas baju, esok kami nak ke Manchester pula, bandar terakhir di UK sebelum kami pulang ke tanah air. Malam ni pun malam terakhir aku beli burger kat kedai halal di Sauchiehall Street ni. Korang kalau ke Glasgow, boleh duduk di Ibis Hotel sebab nak cari makanan halal tak susah di sini.
nn
Aku lupa nama kedai kebab yang kami beli burger malam tadi. Kedai ni baru buka dan salah seorang owner kedai ni seronok dia bila kami masuk. Rupa-rupanya dia pernah belajar di UIA dan duduk di KL 3 tahun. Kemudian dia buat PhD juga di Strathclyde University. Punyalah seronok berbual sampai dia bagi diskaun £1 kat kami hahaha.
nn
Kalau korang nak dine-in ada satu lagi kedai makan atas lagi dari City Centre. Dulu restoran ni dikenali dengan nama Chilis tapi sekarang dah tukar jadi Buffalo Grill. Kalau setakat tukar nama tapi chef dia orang yang sama, makanan dia memang sedap. Tapi agak pricey sikitlah harganya.

Selain itu, ada satu lagi kedai yang kalau korang nak cubalah, walaupun aku tak recommend hahahaha… Kedai ni ada di mana-mana juga tau. Bukan setakat di Glasgow, di Edinburgh pun ada juga. Famous juga ni.









