SKANDAL CAMBRIDGE ANALYTICA memeranjatkan dunia apabila kira-kira 50 juta maklumat pengguna facebook digunakan dan dikongsikan dengan syarikat perunding politik dengan cara tidak betul dalam pilihan raya Amerika Syarikat yang dikatakan memberi kemenangan kepada Presiden Donald Trump, menyebabkan ada pengguna media sosial yang bimbang.
Malah ada yang mahu mengambil langkah dengan menutup terus akaun media sosial terutama facebook kerana bimbang data atau maklumat mereka akan digunakan tanpa pengetahuan mereka dan lebih buruk lagi untuk tujuan tidak baik.
Cambridge Analytica merupakan syarikat yang dinaung oleh jutawan Robert Mercer, telah mengambil dan mengeksploitasi data daripada 50 juta profil pengguna fb.

Walaupun fb sedar bahawa profil pengguna laman sosial itu telah disalah guna, selama 2 tahun, fb tidak memberi notifikasi kepada pengguna terbabit.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif facebook, Mark Zuckerberg akhirnya membuat kenyataan semalam bahawa fb mengakui bahawa polisi mereka membenarkan salah guna data berkenaan sebagai pecah amanah perjanjian antara facebook dengan pihak yang berkogsi data.

“Kami mempunyai tanggung jawab untuk melindungi data anda dan sekiranya kami gagal, bermakna kami gagal memenuhi keperluan anda,” katanya. Fb, menurut belau telah menukar beberapa peraturan dan penambahbaikan bagi mengelakkan ia berlaku lagi.
Bagaimana pula dengan laman media sosial yang lain seperti syarikat carian enjin gergasi seperti Google?
Tahukah anda bahawa sudah bertahun-tahun Google merekod perbualan atau suara setiap pengguna yang menggunakan produk mereka secara senyap.

Sistem rekod Google ini adalah untuk memudahkan pengguna menggunakan enjin carian menggunakan suara mereka. Dengan menyimpan rakaman suara pengguna, Google dapat menaik taraf kualiti tool untuk pengenalan bahasa mereka.
Namun, dengan merakam suara ini bermakna Google juga dapat menyimpat setiap rakaman perbualan dan sejarah pencarian.
Walau bagaimanapun ada cara untuk padamkan semua rakaman dan sejarah carian suara dengan menggunakan satu halaman tersendiri yang menyimpan semua maklumat yang dikumpul oleh Google yang dikenali sebagai Google My Activity.

Halaman ini diasaskan oleh Google dan menyimpan semua data rakaman anda. Ia juga ada halaman audio yang menunjukkan semua lokasi di mana Google menyimpan maklumat anda di internet.
Halaman ini dibuka pada Jun 2015 dan sehingga kini aktif menyimpan data suara dan lokasi anda. Terutama kepada pengguna android. Anda hanya perlu berkata OK Google dan maklumat itu akan disimpan.
Tapi berita baik untuk pengguna internet, anda masih boleh memadam rakaman yang dibuat di halaman ini.
Akhir sekali sekiranya anda mahu Goolge berhenti merakam suara, berhati-hatilah dan jagan guna carian suara dan matikan virtual assistant di telefon anda.
#MarkZuckerberg #socialmedia #google #facebook #fb #CambridgeAnalytica #RobertMercer #skandal #scandal