MAKAN “SINGGIT” DI BRUNEI?

Share this article

Mana nak cari makanan singgit kat Malaysia kan?

Kalau di Brunei, nasi katok atau nasi, sambal dan seketul ayam, harganya BND1. Orang tempatan jarang panggil 1 Dollar. Mereka akan sebut seringgit. Matawang memang berbeza tapi panggilannya sama dengan kita.

Makan nasi katok macam makan nasi lemak di Malaysia. Portion cukup untuk alas perut. Katok itu maksudnya ketuk. Zaman dulu tak ada orang berjualan nasi ini secara terbuka, jadi biasanya kalau nak membeli, mereka akan ketuk pintu rumah orang yang jual nasi ini. Jadilah namanya lekat, Nasi Katok. Bagi aku sambal nasi katok kurang kick, jadi biasanya aku akan beli sambal nasi ayam penyet sebungkus 50sen (waktu itu) dan simpan untuk makan dengan nasi katok. Sambal ulek memang terangkat.

Aku memang gemuk waktu di Brunei sebab harga makanan semua mampu milik (ha ha ha). Kalau beli nasi katok, mesti nak beli cucur pisang. Di sana gorengan disebut cucur. Cucur pisangnya pun gemuk-gemuk. Kira kenyang sampai tengah hari.

Sebab di bawah shop lot aku tinggal banyak kedai makan, jadi pilih aje nak makan apa. Cuma kalau beli makanan di foodcourt Gadong, (beberapa tapak dari rumah dan lintas jalan aje) harganya mahal sikitlah. BND5 untuk nasi goreng tu dah kira mahal.

Satu tempat wajib cari makanan adalah pasar malam Gadong. Segala macam makanan ada kat situ. Kalau nasi lemak tu, pilih aje nak apa, pusu (ikan bilis) hati buyah (paru), ayam goreng, semua ada. Harga tetap seringgit. Minuman pun macam itu juga. Harga seringgit beg plastik besar. Tempat ni jadi tumpuan bila malam-malam kelaparan. Kalau rajin, aku jalan kaki aje susur sungai dari Wisma Haji Taha ke sini. Kalau malas start enjin 5 minit sampai (5 minit sebab nak cari parking hahaha)

Pasar Malam Gadong dekat aje dengan The Mall. Tempat lepak nonton wayang dan cari buku. Kalau tiba bulan Ramadan, kat sini gak aku cari baju raya, kasut raya dan segala yang raya. Cantik-cantik. Kain ela kat kedai kain kat sini pun cantik-cantik. Sempatlah belikan mak dengan arwah makcik kain ela untuk raya kat sini. Tak dapat kat Malaysia weh, dengan harga mampu milik dan cantik macam ni.

Okay, satu lagi port makanan tapi khusus bila bulan Ramadan adalah bazar Ramadan dekat Stadium. Kalau pergi lambat dorang akan buat lelong. Masa tulah air buah dapat harga BND1 untuk sebekas plastik besar. Hampir semua makanan memang BND1 aje. Bayangkan untuk 2 orang makan cuma BND10 simpan buat sahur. Biasa aku akan keluar ofis atau rumah dalam jam 5:15PM. 15 minit sampai stadium. Beli belah, 6:15PM siap, sampai rumah lagi 5 minit nak berbuka. Jalan clear, aku sorang atas jalan raya.Tangan kiri kanan jinjit beg plastik makanan. Memang heaven!

Pernah bawak mak ke sana untuk beli belah berbuka. Cuak juga mak sebab jam 5PM baru nak ke sana sedangkan waktu berbuka jam 6:30PM. Sekali tu mak dah tak tentu arah, bila tengok harga makanan murah gila (Ye lah dah peniaga dok jerit dengan harga singgit dua ringgit, siapa tak bingung).

Dia beli nasi ayam 3 untuk BND5, anak buah pula minta bontot ayam tak silap 10 cucuk BND5, lepas tu beli lagi ikan bakar yang ni agak mahal sikitlah dalam BND10 tapi sangat besar, belum lagi sotong goreng BND5.

Tak pernah-pernah aku belanja kat bazar Ramadan sampai berpuluh-puluh BND. Itu belum lagi dia beli kek lapis Brunei dengan kek gulung Tapak Kuda.

Samalah macam dia belanja kat Tesco St Rollox masa aku kat Glasgow dulu. Sampai beli beras basmathi lagi sebab dia kata cuma 4 ringgit seplastik. Lupa agaknya, bukan RM4 tapi £4.

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…