LEPAS TERAJA APA DIK? MALAYSIA KAK!

Share this article

Ada kawan tiba-tiba tanya fasal tempat menarik di Brunei. Ada ke? Soalnya.

Ada, dik.

Yang saya suka, pantainya dengan ombak yang lembut. Serasa adalah pantai faveret saya. Belum lagi pantai tempat cari ikan. Masyarakatnya yang sungguh Melayu. Tapi sesuatu tempat itu akan lebih menarik sekiranya kita buka minda dan hati kita dan terima segala perbezaan sebagai satu pengalaman yang berharga.

Kemudian ada terbaca di satu group travel fb ni, dia cerita 3 hari berjalan-jalan di Brunei. Dari Belait hingga ke BSB. Naik kereta sewa Mercedes. Memang menarik, cuma tak cukup nak explore Brunei dalam masa 3 hari. Aku yang duduk sana setahun lebih pun masih ada banyak tempat yang belum diteroka.

Sebenarnya banyak tempat menarik di Brunei kalau rajin nak cari. Kalau yang jenis adventurous atau memang minat jungle trekking, Brunei is the place. Pengalaman naik bot panjang di Temburong memang tak boleh lupa. Berhari-hari dalam hutan, tapi tetap boleh tonton Astro dan ada Wifi walaupun 1-2 bar memang menarik.

Naik jambatan gantung semata-mata nak tengok matahari terbit, dalam hutan belantara, perkh memang gayat. Belum lagi jatuh terduduk berkali-kali sebab trek licin lepas hujan lebat.

Pengalaman naik bot merentas Malaysia ke Temburong pun seronok. Tiba di perairan Malaysia tiba-tiba keluar isyarat Celcom untuk 5 saat. Tak sempat nak menaip, terus hilang hahaha. Kalau terpaksa, memandulah masuk ke Temburong melalui Limbang. Kalau pagi sempatlah berhenti di pekan Limbang, makan roti canai, kemudian tunggu kedai money changer buka dah tukur duit BND kepada RM. Singgah di Maybank, untuk masukkan duit.

Sebelum Jambatan Persahabatan (Jambatan Pandaruan) siap, kena tunggu giliran naik feri melintas sungai. Bayaran BND3 satu kereta. Lalu jalan Ujong Jalan Temburong, baru tiba ke pos imegresen.

Itu di Temburong. Bila dapat masuk ke Daerah Tutong pun menarik juga. Masuk pedalaman sampai ke Labi (masuk ke daerah Belait). Di situ ada wasai yang menarik. Wasai ni air terjun. Tapi, kena hiking masuk dalam hutan kira-kira 2km. Namanya tak ingat, tapi ada kawan pernah ke sana untuk temuramah penduduk rumah panjang di situ. Teringin betul nak ikut, tapi tak dibenarkan. Sedih. Maka cuma dapat lalu ajelah Labi ni sampai terus ke Teraja.

Memang jauh ke dalam pekan Teraja ni. Dan di sinilah, kita dapat jumpa penduduk kampung yang ramah dan baik-baik sangat. Walaupun ada kekangan dialek sikit, tapi seronok dapat bergaul dengan mereka. Rumahnya tak adalah besar dan batu seperti penduduk di bandar. Bawa kereta pun yang ala kadar saja. Mereka penduduk yang perlu sangat bantuan kerajaan.

Keprihatinan syarikat swasta di Brunei terserlah ketika tiba bulan Ramadan. Saya bertuah dapat bersama kumpulan yang membawa bantuan makanan dan yang lain-lain untuk merapati penduduk di pedalaman Brunei ini. Rupanya saya sudah tiba di kampung di hujung negara Brunei Darussalam. Bila saya tanya adik yang memandu kami ke sana selepas Teraja, adik yang memandu menjawab: “Malaysia, kak”

Took me a solid 5 seconds to digest his answer and then the whole van laughed.

#momenterindah #missingbrunei #bruneidarussalam #lifestory #lifeadventure

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…