KOTA SERATUS MENARA

Share this article

Ahad: 6 Mac 2022

n

DI HOTEL ATOS ni kami dapat sekali pakej sarapan. Tak adacustom kings jersey tata online geox abbigliamento donna saldi tata italia scarpe vestiti benetton saldi black friday wig sale black friday wig sale benetton saldi 2022 custom sublimated hockey jerseys 2 best human hair wigs for black females tata italia negozi geox saldi 80 vestiti benetton saldi geox uomo saldi tata scarpe apalah sangat sarapan yang boleh dimakan di Prague ni kan. Setakat telur rebus, buah-buahan, kek, cereal dan roti tu boleh lagi. Telur scrambled pun kena hati-hati sebab mereka akan campur dengan sausages juga. Tapi, bolehlah untuk alas perut.

Kononnya malam tadi aku nak study tram line nak pergi ke Charles Bridge dengan Astronomical Clock tapi sudahnya kami jalan kaki aje ke situ. Padahal dari hotel kami tu boleh aje nak naik tram. Hari ni matahari memancar terang tapi angin sangat dingin. Lagipun, hari ni hari Ahad jadi rasanya jalan tak sibuk dan mesti lagi seronok dapat jalan kaki tengok pemandangan.

nn

Perjalanan dari hotel ke Charles Bridge, kira-kira 2km aje. Ada tram yang akan berhenti di simpang yang dekat dengan Charles Bridge tapi kami teruskan aje berjalan kaki. Terakhir datang sini kira-kira 18 tahun yang lalu. Kalau dulu datang masa winter, kali ni pun datang masa winter juga. Hari ni aje walaupun langit cerah, matahari memancar, suhu 3C. Memang menggigit.

nn

Kami habiskan banyak masa juga di sini. Sebab kami tiba di sini awal pagi orang tak berapa ramai sangat. Rasanya ramai yang masih di gereja untuk mass. Biasanya penduduk di Eropah Timur ni masih pegang teguh dengan agama mereka jadi mereka memang disiplin untuk pergi ke gereja pada hari Ahad. Jadi bolehlah kami, pelancong dari Asia ni ambil gambar dengan selesa.

n

n

n

n

n

n

Dari Charles Bridge, kami terus ke Old Town Hall Tower. Nak tengok Astronomical Clock. Mula jam 9am dan setiap jam selepas tu, pelancong boleh tengok patung-patung di menara jam berpusing. Ia dikenali sebagai the procession of the Twelve Apostle. Sampai aje di situ, orang ramai dah berkumpul nak tengok ‘perarakan 12 “nabi”‘.

Astronomical Clock ni adalah jam astronomi yang tertua dan masih beroperasi di dunia. Ia mula digunakan pada 1410 dan merupakan antara tarikan pelancongan utama di Prague. Jam ini mengandungi beberapa bahagian seperti kalendar bulanan dengan 12 zodiak. Kalau korang perhatikan betul-betul ada empat patung, dua di bahagian kiri dan dua di bahagian kanan.

nn

Dua di bahagian kanan tu patung pegang cermin lambang kesombongan dan sebelahnya Miser atau kikir memegang setu bunjut emas yang melambangkan ketamakan. Di sebelah kiri pula ada patung merupai orang Turki di situ juga. Patung lelaki Turki itu lambang nafsu dan keinginan duniawi. Manakala patung rangka manusia pula adalah ‘kematian’ . Patung rangka manusia itu akan bunyikan loceng dan kesemua patung itu akan geleng kepala, lambang tak mahu lepaskan sikap buruk masing-masing.

n

n

n

n

n

Puas berjalan di Old Town, kami ikut kaki aje keluar masuk lorong hinggalah kami sampai di Wenceslas Square, kawasan shopping. Tu diaa… Jom cuci mata keluar masuk kedai. Atok apa lagi, keluar masuk kedai Adidas aje kerjanya. Mahal juga jenama tu di sini sebab kedai ala-ala butik macam kat Malaysia tu.

nn

Kedai Primark pun ada kat sini. Harganya dalam Euro dan kalau nak banding, lebih murah sikitlah dari UK (kalau ikut currency). Sempatlah belikan anak buah aku satu sweater Minnie Mouse.

nn

Dah tengah hari Atok minta tolong carikan kedai makanan halal. Kalau ikutkan Google Map memang ada beberapa restoran halal di sini. Atok pun dah lapar sangat ni, jumpa pulak kedai makan stail Pakistan dan India.

RESTORAN HALAL FAST FOOD.
Růžová 947, 110 00 Nové Město, Czechia

Dah lama juga tak makan nasi, asyik pekena kebab aje, jadi dapat option nasi terus order nasi biryani. Harga dalam CZK200 sepinggan jugalah dan biryani dia agak pedas.

nn

Masa kami sampai tu belum lagi masa makan tengah hari jadi restoran pun agak lengang, cuma kami dengan pasangan dari Pakistan dengan dua anak kecil.

nn

Bila dah kenyang kami teruskan lagi berjalan sambil cuci-cuci mata. Tapi Atok tiba-tiba rasa tak sedap badan dan ajak jalan kaki balik. Mungkin juga cuaca yang agak sejuk ni buat badan rasa tak sedap.

nn

Kami jalan santai ke arah Charles Bridge dan masa ni kami lihat pelancong dah sangat ramai. Begitu juga dengan orang tempatan yang dah habis mass. Semua dah keluar. Mass minggu ni sangat penting bagi mereka sebab perang di Ukraine dah semakin memuncak. Pelarian pun dah mula masuk Czech Republic.

nn

Dari Charles Bridge kami ambil tram 22 dan berhenti dekat dengan hotel. Petang ni kami rehat aje di bilik. Bagi Atok makan panadol dan tidur lepas solat jama’ Zohor dan Asar. Bila Atok dah rasa lega, kami keluar malam tu beli kebab di seberang jalan.

n

You might also enjoy

HTX 免翻墙【信:37378o805】代理注册下载 http://btcsos.com地址 大陆

【OKEX-App下载】40%+优惠注册【欧易OKEX-App下载】40%+邀请码38994898【Bitget-App下载】邀请码1il270%+优惠注册【BIKA币咔-App下载】70%+邀请码VVQT1B据王慧文透露,光年之外估值达2亿美元,下轮融资已有顶级VC认购2.3亿美元。3月8日,美团创始人王兴在朋友圈回应王慧文的宣言,宣布将以个人身份参与王慧文的创业公