Sabtu: 12 Mac 2022
n
janwoodharrisart.com
greensandseeds.com
holroydtileandstone.com
Mens VANS 2020
lepetitartichaut.com
strømper str 42
massage pistol
Mens VANS 2020
janwoodharrisart.com
bezecke topanky
greensandseeds.com
lepetitartichaut.com
bežecké tenisky
bežecké tenisky
HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempabenetton sito ufficiale luvme human hair wigs geox saldi 2023 beneton saldi negozi geox piu vicino a me beneton saldi geox saldi geox outlet online relaxdays online shop negozi tata scarpe geox uomo outlet geox outlet online benetton saldi online negozi geox vicino a me tata italia negozi t ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun siap-siap nak gerak ke sana.
nn
Apa ada di Knaresborough?

Sebab tempat ni cantik. Dan sesiapa yang ada National Trust membership, bagus juga untuk pergi ke sini dan boleh dapat parking percuma.

Macam kebanyakan pekan-pekan di England, Knaresborough ni memang punyai English charm tersendiri. Pekan kecil ni terletak di kaki bukit, manakala di puncaknya ada sebuah istana lama dan katanya dibina oleh pembesar Norman sekitar kurun ke 1100. Istana ini mempunyai pemandangan Sungai Nidd di bawahnya.
nn
Sesiapa yang nak melawat ke kawasan istana, tempat ini percuma. Ada beberapa bahagian tertentu dalam bangunan istana yang akan dikenakan bayaran. Tapi, jalan-jalan di perkarangan istana ini pun dah puas.
n
n
n
n
n
Kami pun banyak habiskan masa di perkarangan istana saja, menikmati pemandangan dari atas bukit. Di seberang istana pula ada ada viaduct kereta api yang tinggi menyeberangi Sungai Nidd. Pemandangan kat sini memang macam poskad. Cantik sungguh! Apatah lagi boleh nampak kereta api merentas Sungai Nidd di viaduct tu.

Dah santai-santai di atas, Marina ajak turun ke bawah nak cari orang Melayu katanya. Aku pun hairan. Ada orang Melayu ke buka restoran kat sini? Menapaklah kami turun bukit, kemudian lalu terowong pejalan kaki bawah rail kereta api untuk ke restoran tepi Sungai Nidd ni.
nn
Rupanya di cafe di tepi sungai, Marigold Cafe & Boating, ada seorang melayu yang berkahwin dengan anak tauke restoran tu. Tugasnya juga repair boat untuk pelancong. Tapi, masa kami ke sana, Melayu yang dicari tu, bercuti. Jadi tak dapatlah nak berkenalan.
nn
Kami cuba scones di sini. Tapi, nampaknya macam kurang kena selera aku sebab agak dry sikit. Yang best di sini memanglah pemandangan sungai yang sangat-sangat cantik.
nn
Ini masih lagi musim sejuk, kalau musim bunga dan panas, sungai ni mesti ramai dengan pelancong yang nak bersampan di sini. Memang tenang aje sungainya.
nn
Selain dari istana dengan Sungai Nidd ni, ada satu lagi tarikan yang terkenal di Knaresborough; sebuah gua yang dikenali sebagai Mother Shipton Cave. Gua ni letaknya di pinggir sungai juga, tapi kalau nak ke sini kena hiking sikit.
n
n
n
n
Kenapa namanya Mother Shipton Cave?
nn
Menurut ceritanya, Mother Shipton ni lahir di gua pada 1488 dan membesar di pekan Knaresborough. Dia dikenali sebagai ‘nabi’ sebab boleh meramalkan masa hadapan. Katanya dia pernah meramalkan kekalahan armada Sepanyol pada 1588 dan kebakaran besar London pada 1666. Dia mencari nafkah dengan meramalkan nasib sesiapa yang datang meminta pertolongan dari dia.
nn
Di gua ini pun ada air yang mengalir turun tepi dindingnya. Ia dikenali sebagai Cascading Waterfall, menyebabkan batuan terhakis dek air. Ia berlaku sebab air ni kaya dengan sulfat dan karbonat. Ada juga yang percaya air di sini mampu merawat penyakit.
nn
Kami tak pergilah di sini sebab nak masuk aje seorang kena bayar £32.00. Lagipun Marina ajak pergi ke satu lagi lokasi National Trust yang dia belum pergi lagi.
nn
Kami pergi tengok batu pula.Kami ke Brimham Rock.

Brimham Rock pun sebahagian daripada National Trust dan agak popular juga di kalangan mereka yang sukakan aktiviti luar. Di Brimham Rock ini adalah tempat di mana batu-batu mengalami proses alam selama beratus ribu tahun lalu membentuk batu-batu yang agak unik bentuknya.
nn
Nak hiking kat sini tak susah. Laluannya pun mesra kanak-kanak. Memang masa kami ke sini, ramai keluarga yang bawa anak-anak untuk enjoy aktiviti di luar. Apatah lagi cuaca pun agak baik hari ni.
n
n
Itulah kan, orang datang UK pergi tempat-tempat menarik macam pekan English, pergi shopping, kami pula pergi tengok batu. Unik betul dua orang tua backpackers ni
nn
Dah puas bergambar di sini, kami bergerak ke Bradford pula. Bak kata seorang ni, Bradistan. Sebab kat sini memang ramai orang Pakistan. Masjid jamek dia tak berapa mesra muslimah tau jadi, berlapang dadalah.

Kami ke sini pun cuma nak makan malam sebelum balik ke Hull. Abang Annis pilih untuk makan di MyLahore Restaurant. Nampak memang tempatnya sangat popular. Alhamdulillah tak lama tunggu, kami dapat seat. So apa lagi, makanlah macam orang tak hengat dunia. Sampai di Hull pun dah malam. Kebetulan pula malam tu ada EPL, Atok temankan Abang Annis tengok bola lah. Aku berborak dengan Marina, kami catch up yang dah beberapa tahun tak jumpa. Alhamdulillah.








