KEK BODOH AKU TAK BANTAT LAGI!

Share this article

Aku bukan baker, selalu kalau buat kuih tak kiralah kuih tradisional ke atau moden, memang akan selalu fail. Masa kat Glasgow dulu, adalah beberapa kali cuba buat kuih. Pernah buat apam kaler-kaler tu, tapi kejadian mesti bantat. Pernah berangan nak buat coklat kek letak raspberries, last-last kek jadi brownies. Lepas tu give up. Aku cuma boleh buat bread butter pudding aje.

Masa PKP ni, aku nak cubalah buat dessert. Saja-saja… dan macam biasa, kek pisang aku bantat, Buah Melaka aku lembik longeh, buat bubur kacang pun kacang boleh jadi taugeh! Tapi macam tu laaa… semangat yang suam-suam kuku ni kadang-kadang boleh jadi membara, so aku nak cuba juga buat kek bodoh. Dan macam biasa aku dapatkan khidmat Facebook. Aku jumpa resepi kek bodoh ni. Simple aje… sebenarnya untuk kek cawan tapi aku buat pakai loyang. Dan sebabkan kat rumah pun tak ada mixer, aku gunalah blender beli kat Mydin hari tu.

Bahan-bahannya senang aje

Tiga biji telur

Satu sudu esen vanila

2/3 cawan gula

Dipukul sampai kembang

Sebab tak ada mixer la aku guna aje blender ni. Blend sampai bahan-bahan tu kembang

Lepas tu masukkan bahan tadi dalam mangkuk besar dan campurkan:

2/3 cawan minyak

1 sudu garam

1 1/4 cawan tepung gandum

2 sudu makan baking powder

1 sudu makan koko

Guna whisker untuk gaul rata bahan-bahan tadi. Kalau ikut resepi, taburkan kacang sebelum mengukus kek dan memandangkan aku tak ada kacang, aku guna kismis. Sebelum tu sapu minyak dalam dulang pengukus, dan taburkan tepung untuk elak adunan nanti melekat.

Kukus kek selama 30 minit.

Hasilnya…

Tadaaaa… kek bodoh aku naik dan tak bantat. Sesuai dimakan waktu moreh nanti.

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…