Kaligrafi Kufi Kalimah Allah & Nama Ali

Share this article

KALIMAH ALLAH DITEMUI pada sehelai pakaian pengebumian Viking dan penemuan ini dianggap sangat mengujakan oleh pengkaji di Sweden.

Corak kain sutera pada asalnya dianggap biasa digunakan pada zaman Viking tetapi kajian selanjutnya dari seorang arkeologi annika Larrson dari Jabatan Arkeologi dan Sejarah Purba Universiti Uppsala mendedahkan bahawa ia adalah tulisan kaligrafi Islam yang dikenali sebagai Kufi.

Corak kaligrafi Kufi ini ditemui di jalur tenun dan juga perca pakaian daripada dua tempat pengebumian berasingan, menunjukkan bahawa kemungkinan terdapat pengaruh Islam dalam upacara pengebumian Viking.

Jalur tenun itu mempunyai tulisan kaligrafi Kufi dengan nama Allah dan Alli. Ia dtemui dalam mozek dan monumen pengebumian dan makam di zaman Viking, biasanya di Asia Tengah. Huruf Kufi ini juga ditemui pada pakaian pengebumian seperti di Birka di Mälardalen, juga dalam pengebumian bot di kawasan sekitar Gamla Uppsala.

“Lebih mengujakan tulisan Allah itu ditulis dalam bentuk imej cermin,” kata Annika. “Mungkin ia satu percubaan untuk menulis doa yang akan dibaca dari kiri ke kanan.”

Rekaan geometri dalam pakaian pengebumian itu belum pernah dilihat sebelum ini di negara di Scandinavia. Beliau melakukan kajian dengan membesarkan tulisan, melihat dari pelbagai sudut, termasuk dari belakang. Satu nama yang sering dilihat adalah ‘ALI’ kalifah ke-empat dan juga perkataan Arab untuk Tuhan – Allah.

Dari situ beliau menyimpulkan bahawa tulisan itu adalah kaligrafi Arab yang dikenali sebagai Kufi.

Menurutnya lagi andaian yang mengatakan objek dari negara Timur yang ditemui dalam kubur zaman Viking adalah hasil rompakan atau perdagangan timur, tidak boleh dijadikan sebagai model penjelasan kerana tulisan kaligrafi itu berada dalam pakaian zaman Viking biasa.

Di dalam Al-Quran ada menjelaskan bahawa penduduk syurga akan mengenakan pakaian diperbuat daripada sutera. Annika berpendapat, mungkin ini dapat menjelaskan mengapa kain sutera digunakan dalam pengebumian Viking.

“Ia satu penemuan yang mengejutkan kerana jalur tenun itu, seperti pakaian berkenaan, dibuat di sebuah negara Barat, jauh dari negara Arab. Dapat disimpulkan bahawa pengebumian zaman Viking ini mempunyai pengaruh Islam dan idea kehidupan abadi di syurga selepas mati,” katanya lagi.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang dikuburkan di situ, beragama Islam.

Sebelum ini kalimah Allah pernah ditemui di bahagian dalam sebentuk cincin yang di sebuah tapak pengebumian di Birka. Namun, penemuan Annika mengenai tulisan Arab Kufi dengan nama ‘ALI’ adalah yang pertama di seluruh negara Scandinivia.

Penemuan Annika ini akan menjadi sebahagian pemeran Seni Halus Viking (Viking Couture) di Muzium Enköping. Dana projek ini ditanggung oleh Yayasan Sweden untuk Sains Kemanusiaan dan Sosial yang turut melakukan projek pertama dalam mengetengahkan kajian baharu dalam bentuk pameran.

Projek ini menggunakan kaedah kajian selain daripada teori kerana mahu mencapai lebih ramai individu selain daripada para akademik. Pameran biasanya berdasarkan kepada komunikasi visual dan satu cara adalah melalu proses rekreasi seperti jalur tekstil.

Sumber: independent.co.uk,

National Geographic

Universiti Uppsala

#viking #kufi #kaligrafi #caligraphy #vikingcouture #sweden #ali #islam #geometri

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…