JOURNEY TO THE HEART OF EUROPE

Share this article

Sabtu: 5 Mac 2022

n

JAM TUJUH PAGI kami dah tiba di Stesen Kereta Api Nyugati Budapest. Kereta api kebenetton outlet online shop geox sito ufficiale relaxdays online shop saldi geox scarpe negozi geox vicino a me benetton saldi 2022 geox spherica uomo saldi custom youth hockey jerseys cains moore saldi geox uomo gep?cknetz auto himmel vestiti benetton saldi negozi geox vicino a me cains moore geox outlet online Prague akan berlepas jam 7.40am nanti.

Tiket kereta api aku dah beli sebulan awal. Aku beli online di Mavcsoport. Harga tiket pula untuk sehala dua orang aku dapat € 40. Cuma yang agak sulit bila aku tak jumpa ‘Malaysia’ sebagai salah satu negara untuk letak alamat surat menyurat. Terpaksalah menipu, letak negara Vietnam. Itu yang paling dekat yang aku jumpa dalam drop down untuk negara dari mana kita beli tiket tu. Perjalanan dengan tren Euro City ni ambil masa kira-kira 7 jam dan dijangka tiba di Prague jam 2.42 petang.

Biasalah aku kan, kalau tak kalut cari tren memang tak sah. Sebab kat sini aku cuma print out tiket online aje. Kemudian tak ada pulak staf di platform nak direct kitaorang ni ke mana. Nak tak nak dok tanya sana sinilah. Dari security sampai ke cleaner aku tanya nak pastikan tren yang mana satu yang akan ke Prague ni. Bila semua tunjuk train yang sama, aku dengan penuh yakin pun terus naik. Ye benar! Tu seat kitaorang Seat 91 dan 93. Kami dapat seat mengundur.

nn

Sebelum tu. Masa ni untuk ke Prague, kami dah tak perlu buat Covid19 test. Tapi kami kena isi Passenger Locator Form. Borang ini kami isi sehari sebelum berlepas. Borang ni pun percuma. Isi dan download dalam telefon bimbit masing-masing. Alhamdulillah tak perlu nak buat covid test, kalau tak beratus ringgit lagi habis nak buat ujian ni. Lega rasanya. Memang sebelum pergi ke mana-mana destinasi, kami akan periksa dulu laman sesawang rasmi negara masing-masing sebab peraturan untuk masuk negara berubah-ubah musim covid ni.

Ticket officer cuma scan QR Code ticket yang kami beli online. Jadi, semuanya okey, tak ada masalah. Perjalanan 7 jam terasa juga panjangnya sebenarnya sebab mungkin kami keletihan. Makan pun ala kadar aje dalam tren. Bawak air oren dengan buah aje. Ada masa enjoy pemandangan luar tingkap, ada masa rasa bosan juga.

nn

Tepat jam 2.42 petang kami tiba di Praha hlavní nádraží stesen kereta api utama di Prague dan Czech Republic. Memusing juga cari kalau ada pegawai yang nak periksa Passenger Locator Form kitaorang. Rupanya pemeriksaan antara sempadan tidak ketat sangat. Tak ada imigresen yang nak periksa pasport kami pun.

nn

Keluar dari platform tu terus aje ke bangunan utama. Misi utama adalah beli tiket transport 72 jam. Sekeping tiket ,PID tu harga CZK330. Jangan lupa validate bila nak naik transport pertama kali. Kalau tak validate masa korang dah atas kenderaan awam, boleh kena saman.

n

Stesen keretapi terbesar Praha hlavní nádraží ni juga disambung dengan sistem metro bawah tanah. Jadi kami terus ambil metro dari sini untuk ke stesen metro I.P Pavlova. Keluar dari stesen metro kena jalan kaki sikit untuk ambil tram no 22 (Bílá Hora) dan berhenti di Újezd. Dari situ jalan kaki untuk ke Hotel Atos. Penginapan kami selama berada di Prague.

nn

Mulanya tersalah ambil laluan. Pergi opposite direction. Patut tengok papan route dia kenapa tak ke Újezd? Ada makcik ni tengok aku macam kalut dia pandang aku. Aku pun tanya “Újezd?” Dia terus buat sign suruh turun kat stop depan dan tunggu arah ke sana. Kebetulan pula ada seorang perempuan ni boleh pula cakap Inggeris terus dia kata turun kat depan dan ambil tram no yang sama tapi arah bertentangan. Terus aku ucap Děkuji dan turun kat bila tram berhenti. Kebetulan pula ada kedai kebab tak jauh dari situ, apa lagi terus belilah sebab masing-masing dah kebulur.

Akhirnya sampai juga ke Hotel Atos. (Melnicka 13, Prague, 150 00, Czech Republic). Untuk bilik Standard Double selama 4 malam di sini, kami bayar RM617. Agak mahal juga tapi hotel selesa. Lokasinya pun bagus. Dekat dengan tram stop. Aku rasa sistem tram di Prague ni memang extensive. Pergi mana-mana naik tram memang senang sangat. Yang penting dah beli dan validate tiket. Sangat mudah.

n

Sebab dah petang dan penat daripada perjalanan yang panjang, kami buat keputusan untuk rehat aje hari ni. Lepas maghrib baru keluar pergi supermarket Asia yang tak jauh dari hotel dan beli makanan wajib: roti, biskut buah, jus dan air mineral.

nn

Esok, get ready untuk berjalan explore tempat menarik di Prague.

nn

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…