JANGAN BUANG SUSU BASI… BUAT NI

Share this article

BARU AJE HARI tu aku merungut depan suami fasal manusia yang reti ambil barang tapi tak reti nak pulang balik ke tempat asal bila keluar membeli belah di hypermarket, terutama barang basah. Akhirnya aku jadi juga mangsa manusia-manusia yang tak berapa nak cerdik ni.

Suami memang suka sentiasa ada susu segar di rumah dan memandangkan stok susu segar dah habis, kami pun pilih susu segar 2 liter terus. Aku pun suka minum Vico atau kopi dengan susu segar tanpa gula. Jadi, aku pilih susu segar 2 liter jenama Summerfields dan aku periksa tarikh luput pun lama lagi. Beli 3hb expiry date 13/01/2020

Tanpa aku sedari bahawa susu berkenaan mungkin sudah beberapa jam berada di luar chiller box sebab petang tu bila anak buah aku datang ke rumah, dia sedar susu segar yang baru dibeli dan belum dibuka lagi dalam peti ais tu dah basi. Sudah mula berketul-ketul.

Walaupun dalam hati rasa bengang, takkan nak buang susu macam tu aje sedangkan aku bayar RM13.90 untuk 2 liter susu segar yang dah basi ni. Nak pulang balik, malas. Akhirnya aku guna khidmat Encik Google dan cari resepi untuk buat keju. Kebetulan juga ada 2 biji lemon di rumah dan aku korek tudung cotton lama mak sebagai banti cheese cloth, maka aku pun mulakan proses membuat keju.

Jadilah untuk pertama kali buat keju ni walaupun rasanya tak seberapa. Kalau nak rasa masin, lebihkanlah garam. Aku takut nak masukkan garam jadi keju ni tak rasa masinnya pun. Kakak aku kata healthy cheese gitu. Boleh la kan.

#carabuatkeju #howtomakecheese #howtomakecheeseathome #buatkejusendiri #homemadecheese #susubasi #buatkeju

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…