JALAN-JALAN KOTA LONDON

Share this article

Khamis: 10 Mac 2022

n

MEMANG SENGAJA TAK lama di Kota London (KL). Bagi aku tak geox sito ufficiale saldi benetton saldi 2022 saldi benetton donna relaxdays online shop negozi geox piu vicino a me negozio geox vicino a me tata shop online negozi geox vicino a me tata store spaccio geox negozi tata benetton saldi online cains moore überbauregale calzature tata ada apa sangat di sini walaupun banyak tempat-tempat menarik kat sini.

nn

Jadi hari ni keluar semata-mata untuk ke beberapa tempat menarik untuk ambil gambar jadi bukti kitaorang dah sampai London. Di King Cross, singgah beli sarapan kat Waitrose. Setakat meal air mineral botol, tuna sandwich dengan crisps. Cukuplah buat alas perut. Beli sekali jajan-jajan buat kudap sementara nak tunggu makan tengah hari.

nn

Oh ya, kalau korang peminat Harry Potter, korang bolehlah ke Harry Potter Shop kat King Cross ni. Shop dia sebelah Waitrose ni. Boleh bergambar nak masuk ke platform 9 3/4. Langgar terus ke dinding.

n

Kami mulakan dengan Campden Market. Masa nak naik Metro aku dah inform Atok, kalau jumpa orang melayu kat sini tak perlu nak tegur bagai. Cukuplah kalau senyum aje. Kalau dia balas senyum kita tu kira oklah, kalau dia buat tak tahu, jangan ambil hati sangat. Orang Melayu London memang kebanyakannya macam ni

nn

Sungguhlah memang kami jumpa orang Melayu dalam Underground. Atok dah macam nak tegur, aku cuit dia sekali. Cukup senyum walaupun tak nampak sebab pakai mask kan…

n

n

n

n

n

n

n

n

n

n

n

Kami jalan-jalan di Campden Market ni sambil cuci-cuci mata aje. Pekedai-pekedai pun baru nak buka gerai masing-masing. Lagipun memang tak ada apa yang kami nak beli kat sini. Cukup sekadar ambil gambar aje. Nak beli souvenirs pun tak mampu dah kat sini. Fuhyoh! dah tak ada dah yang £1 satu. Nak cari kat kedai £1 la kalau ada.

nn

Dari situ kami jalan terus ke Trafalgar Square. Jalan-jalan di situ pula sambil ambil gambar. Dari situ jalan lagi, kali ni misi nak ke Big Ben pula. Lalu Rumah No 10. Masa ni Perdana Menteri Boris Johnson. Tanya Atok, nak tengok PM tak? Dia kata tak payah

Kami belok dulu ke Westminster Abbey dulu. Sebab ni travel orang bajet, dah sampai London memang miskin sungguhlah Nak guna duit kat sini kena ikut keperluan. Yang pertama mestilah untuk makan, transport dan dah set aside untuk beli kad SIM untuk setengah bulan kat sini.

nn

Dari Westminster Abbey, kitaorang jalan ke Big Ben. Masa ni Big Ben masih dalam proses baik pulih, tapi dah 2/3 siap, kira bolehlah kalau nak ambil gambar dari Westminster Bridge. Dah ambil gambar kat sini kitaorang gi seberang pula, jalan selusur Victoria Embakment. Atok kata jom kita naik jambatan kat depan tu. Jubilee Bridge, untuk ke seberang sana pula. Atok kata nak cari makan pula.

Kali ni kita nak cuba makanan jenis lain pula. Tak nak cari makanan Melayu tapi nak Asian fusion. Cari kat Google, akhirnya jumpa Neds Noodle Bar. Tengok kat review pun boleh tahan. Tempat pun dah tak jauh. Jadi kami pun jalan kaki ke sana. Perut memang dah lapar sangat ni.

Neds Noodle Bar

n

3E Belvedere Rd, London SE1 7GQ, United Kingdom

Kalau korang duduk kat Premier Inn Waterloo, tempat ni cuma 5 minit aje jalan kaki. Makanan dia fully halal tapi ada juga jual bir. Ini memang biasa di UK. Tapi, makanan dia tak adalah campur dengan arak ke apa.

nn

Korang boleh pilih jenis mi, sos apa dan dengan boleh beli set sekali dengan air. Harganya memang agak mahal sikitlah. Tapi, portion dia pun agak banyak juga. Kami memang ambil masa nak habiskan makanan masing-masing ni. Set untuk dua orang £22.

nn

Lepas makan kami jalan kaki ke Waterloo station sebab lepas ni nak ke Oxford Street pulak. Saja nak jalan-jalan tempat shopping. Masuk jugalah Primark sini, tu diaaa…. punyalah besar. Menyesal pulak tak beli barang kat sini tadi. Bukan apa, aku ni masih mikir, kitaorang ni masih ada 2 3 tempat lagi nak pergi.

nn

Kalau dah kat London nak shopping, nak mengangkut lagi tu diaa… Lagilah sekarang ni Booking.com dah buat kacau denga booking hotel di Manchester. Dah bayar bilik untuk di Easy Hotel Manchester, tiba-tiba ada deduction lagi untuk hotel franchise yang sama tapi di Liverpool pula. Dah double charge pada kad aku.

nn

Benda ni jadi masa kat Prague dan aku dah inform kad operator, dan customer service Booking.com, and katanya akan ambil masa 6 hari untuk sort out masalah aku ni. £128.75 tu banyak tu. Jadi buat masa ni aku memang kena lebih hati-hati dengan perbelanjaan.

Aku ke Oxford Street ni pun nak cari EEE. Nak beli kad SIM sepanjang kat sini. Kali ni aku tak belikan untuk Atok. Dia akan peg dengan aku untuk internet. Aku beli yang pack £20 untuk kitaorang berdua. Sebenarnya ikutkan kalau pack £15 tu pun dah cukup, tapi aku tau perangai Atok, dia suka tengok video di FB. Jadi cukuplah 30GB untuk kitaorang berdua ni.

nn

Kat seberang jalan tak jauh dari kedai EEE tu adalah juga kedai jual souvenirs. Aku ajak Atok tengok kalau ada yang murah-murah. Nasib adalah juga jumpa yang mampu milik. Belilah sikit untuk bawak balik.

nn

Lepas dah puas jalan-jalan di Oxford Street, kami pun naik Underground untuk balik. Perkh untuk dua hari ni aje kos Metro kitaorang hampir £40. London memang mahal dan currency kita memang rendah. Kota ni pun padat, jadi aku sebenarnya tak berapa enjoy dengan London. Hati tu memang dah tak sabar-sabar nak balik Glasgow.

n

You might also enjoy

HTX 免翻墙【信:37378o805】代理注册下载 http://btcsos.com地址 大陆

【OKEX-App下载】40%+优惠注册【欧易OKEX-App下载】40%+邀请码38994898【Bitget-App下载】邀请码1il270%+优惠注册【BIKA币咔-App下载】70%+邀请码VVQT1B据王慧文透露,光年之外估值达2亿美元,下轮融资已有顶级VC认购2.3亿美元。3月8日,美团创始人王兴在朋友圈回应王慧文的宣言,宣布将以个人身份参与王慧文的创业公