IZMIR BANDAR MOTOR & BASIKAL

Share this article

Rabu: 23 February 2022

PAGI_PAGI SEBELUM subuh, kami dah bersiap bawak turun beg ke lobi. Semalam petang dah bagitahu front desk nak mintak dorang tolong orderkan teksi ke Terminal Bas Utama Ankara atau AŞTİ (Ankara Şehirlerarası Otobüs Terminali) sebab kami nak ke Izmir.

Kami ke otobus untuk ambil shuttle bus ke Lapangan Terbang Ankara Esemboga sebab flight ke Izmir jam 9.15 pagi. Shuttle bus antara bandar Ankara dan lapangan terbang memang ada setiap setengah jam dan satu jam. Alhamdulillah, kami dapat bas jam 5.30 pagi dan tiket bas pun dalam TLR11 seorang.

Perjalanan ke lapangan terbang ambil masa kira-kira 50 minit ke satu jam. Sebab aku dah online check in, jadi kami memang ada masa untuk drop beg dan solat subuh sebelum penerbangan. Alhamdulillah, walaupun ibu negara Turkiye, keadaan dalam lapangan terbang antarabangsanya tak adalah sesak sangat macam di Istanbul. Kira boleh ambil nafas lega sikit, tak adalah kelam-kabut sangat.

Untuk ke Izmir, kami pilih penerbangan ,Pegasus Airline. Tiket untuk 2pax dan 15kg bagasi seorang, tanpa makan, £44 (RM247.25). Aku pun suka proses drop beg Pegasus Airlines. Senang dan tak perlu ke kaunter. Biasalah untuk kali pertama, memang terkial-kial juga. Nak tanya orang, nampak dorang pun macam terkial-kial juga. Nasib baik ada staf yang tengah free sikit, mintak tolong dari dia.

Selesai proses check-in, kami terus cari musollah untuk solat Subuh. Musollah ni letaknya di bahagian bawah hujung sekali. Tempatnya tak besar tapi bolehlah untuk musafir bersolat. Ambil wuduk di tandas berdekatan.

Kira-kira jam 10.30 pagi, kami tiba di Lapangan Terbang Adnan Menderes. Di sini pun keadaan lapangan terbangnya lengang. Memang yang paling sibuk cuma di Istanbul. Macam di mana-mana bandar besar di Turkiye, sistem pengangkutannya memang bagus. Untuk ke bandar Izmir, kita ada pilihan sama ada nak naik kereta api ataupun bas. Kami pilih untuk naik bas.

Bandar Izmir memang besar. Aku rasa, aku suka lagi bandar Izmir dari Istanbul dan Ankara. Kalau Istanbul itu memang bandar pelancongan, Ankara pula bandar pentadbiran dan universiti, di Izmir, bandarnya juga sibuk tetapi ada tarikan tersendiri.

Satu benda yang aku tak expect masa hampir tiba di bandar Izmir. Wajah besar Kemal Ataturk yang diukir di bukit. Memang besar. Ukiran tu 42meter tinggi dan diukir dari bukit berbatu di bandar Buca. Memang kalau dari lapangan terbang ke bandar Izmir, korang akan nampak ukiran ni di sebelah kanan, tak silap. Kerja mengukit dibuat oleh Harun Atalayman dan bermula pada 2006, siap sepenuhnya pada 2009 dengan kos TLR4.2 juta.

Di Izmir, kami pilih untuk tinggal di apartmen hotel, sebab senang nak cuci baju. Jadi, kali ni kami tinggal di Fi Homes di alamat kahramanlar mah. 1413.sok no:20, Konak, 35250 Izmir, Turkey. Untuk keseluruhan empat hari di Izmir, kami cuma bayar RM432. Lokasinya agak jauh sikit dari bandar tapi dekat juga dengan stesen metro. Banyak juga kedai-kedai makan dan kedai-kedai runcit di kawasan tu, jadi senang juga kalau nak membeli barang keperluan semasa di sana. Masjid pun dekat, mudah atok nak pergi solat Jumaat nanti.

Satu lagi yang menarik mengenai bandar ketiga terbesar di Turkiye ni, berhampiran dengan tempat kami menginap ni memang banyak kedai basikal dan motor. Ini kerana di Izmir, penduduknya digalakkan berbasikal atau bermotor. Malah, banyak laluan basikal disediakan terutama di jalan-jalan tepi laut. Kalau tak berbasikal, boleh juga naik scooter elektrik ataupun papan peluncur.

Kedai-kedai basikal, motosikal atau aksesori basikal dan motosikal memang banyak kat sini. Malah, spareparts untuk motorsikal pun banyak, tapi yang lebih best, harganya sangat murah kalau nak dibandingkan dengan kat Malaysia. Tapi, hati-hati juga kalau nak membeli takut barang-barang yang dijual tak menepati dengan piawaian di Malaysia.

Bandar Izmir memang besar dan dekat dengan laut. Walaupun besar, keadaannya taklah sesibuk seperti di Istanbul. Jaringan perkhidmatan pengangkutan awam dia pun sangat ok. Sama juga macam di Istanbul dan Ankara, di Izmir inipun ada Izmirkart, boleh guna untuk pengangkutan metro, bas dan tram. Boleh juga isi kad di mesin atau pergi ke kaunter. Cas pengangkutan di Izmir juga tak berapa mahal.

Jadi untuk hari pertama di Izmir, kami berjalan-jalan di bandar, beli barang basah sikit sebab dah beberapa hari tak makan nasi, jadi sebab kami tinggal di apartment, maka bolehlah masak-masak yang mudah-mudah aje untuk isi perut sepanjang masa di sini. Musin sejuk ni memang perut senang betul rasa lapar.

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…