HANYA 1 APLIKASI BERHUBUNG DUNIA LUAR DARI CHINA

Share this article

APABILA MENGEMBARA KE luar negara, satu perkara yang perlu diambil berat adalah komunikasi.

Melakukan panggilan terus atau direct dialing memang mahal, jadi biasanya pilihan yang kita ada adalah dengan menggunakan panggilan VOIP atau Voice Over Internet Protocol iaitu dengan menghantar data suara dalam paket IP dan bukan melalui cara konvensional trasmisi litar PSTN.

Kalau 20 tahun dahulu, hendak bersembang terpaksa menggunakan email dan cari kafe siber untuk memberitahu perkembangan terbaharu kepada keluarga ketika mengembara. Malah, ada satu-satu masa, terpaksa pula mencari telefon awam dan menggunakan duit syiling atau kad telefon untuk berhubung dengan keluarga.

Dengan kecanggihan teknologi, aplikasi media sosial seperti fb Messenger atau Yahoo Messenger mempunyai aplikasi suara untuk bersembang.

Tapi, yang paling mudah bagi pengguna telefon bimbit, sudah tentu aplikasi seperti WhatsApp atau LINE sudah memadai untuk menghantar mesej bertulis, gambar, video atau untuk bersembang dan memberi perkembangan terbaharu mengenai keselamatan atau tempat yang bakal dilawati ketika mengembara.

Cari saja wifi atau hotspot percuma, anda sudah boleh bersembang dengan yang tersayang di tanah air.

Tapi, itu untuk negara yang bersikap terbuka dan membenarkan aplikasi-aplikasi sosial media ini digunakan di negara mereka. Bagaimana pula sekiranya hendak mengembara ke China?

Baru-baru ini China telah mengharamkan penggunaan aplikasi WhatsApp di negara itu menjadikan ia media sosial terbaharu popular dunia yang tidak boleh digunakan di negara itu.

Sebelum ini beberapa media sosial popular dunia seperti facebook, twitter, instagram dan Google antaranya, tidak boleh digunakan di tanah besar China. Namun, di tanah jajahan China seperti Hong Kong dan Macao, penggunaan media sosial popular ini masih boleh digunakan.

Menurut laporan The Verge, WhatsApp mengalami sedikit gangguan dalam perkhidmatan mereka di China sejak Julai lalu apabila pengguna melaporkan tidak boleh menghantar sembang suara (voice chat) atau gambar. Kini, mesej bertulis juga sudah tidak boleh.

Menurut ahli kriptografi gunaan Symbolic Software yang berpangkalan di Paris, Nadim Kobeissi berkata, China mungkin sudah meningkatkan sistem keselamatan komputer mereka untuk menghalang protokol Noise Socket yang digunakan aplikasi WhatsApp untuk menghantar mesej bertulis selain daripada menghalang HTTPS/TLS untuk menghantar foto dan video.

Jadi, apa alternatif aplikasi komunikasi yang boleh anda gunakan untuk ketika berada di tanah besar China, tanpa mengoyakkan poket anda?

Menurut laporan itu lagi, alternatif yang masih boleh digunakan untuk berkomunikasi dari China adalah aplikasi WeChat yang kini sudah mempunyai 963 juta pengguna aktif di seluruh dunia.

Buat masa ini, aplikasi WeChat sahaja yang sesuai digunakan untuk berhubung dengan keluarga di luar China, tapi pastikan anda tidak berbual seperti tipikal budak-budak WeChat ye. Sila gunakan bahasa yang mudah difahami dan bersembanglah dengan sopan!

Aplikasi media sosial yang diharamkan di China adalah:

  • Google
  • facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Pinterest
  • SnapChat

Baca juga: 11 sosial media dan perkara lain yang diharamkan di China.
#whatsapp #google #fb #facebook #twitter #instagram #pinterest #snapchat #socialmedia #socmed #mediasosial #china #chinabanswhatsapp #chinaharamwhatsapp

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…