HABISKAN MASA DI ISTANA

Share this article

Isnin: 7 Mac 2022

n

HARI NI KAMI kami keluar lambat sikit. Kami nakcustom kings jersey tata online geox abbigliamento donna saldi tata italia scarpe vestiti benetton saldi black friday wig sale black friday wig sale benetton saldi 2022 custom sublimated hockey jerseys 2 best human hair wigs for black females tata italia negozi geox saldi 80 vestiti benetton saldi geox uomo saldi tata scarpe habiskan masa panjat bukit ke Istana Prague atau Pražský hrad. Istana ini pernah dihuni oleh raja-raja Bohemia dan kini merupakan kediaman rasmi Presiden Czech Republic. Istana ini pun diwartakan di bawah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

nn

Kami sengaja keluar lambat sebab bagi peluang orang yang bekerja ambil pengangkutan awam. Bila dah reda sikit, baru kami keluar dan ambil tram ke kaki bukit istana. Jauh juga nak naik tangga ni. Tapi macam biasa Atok dengan Nini jalan perlahan-lahan sambil enjoy pemandangan bandar Prague.

n

Pelancong belum berapa ramai lagi tapi ada juga yang sama-sama kami panjat tangga nak ke istana. Rasa malu pun ada juga ni sebab senang aje dorang potong kami walaupun dorang tu nampaknya lebih berusia dari kami

nn

Istana Prague ini dipercayai dibina pada akhir kurun ke 9, ketika pemerintahan Bořivoj, putera raja Kristian pertama Bohemia. Gereja St George Basilica juga dibina kira-kira tahun 920. Ia lambang senibina Romanesque. Seni bina bangunan di perkarangan istana ini pun ada ciri-ciri Gothic. Katanya mahkota Bohemia disimpan di Katedral St Vitus di sini tapi ia biasanya tak dipamerkan pada orang ramai.

n

n

Kebetulan hari ni juga ada upacara menaikkan bendera Ukraine ole Presiden di sini sebagai lambang solidariti Czech Republic dengan Ukraine. Jadi, masa kami samp;ai dah ada 2, 3 van media yang dah sedia untuk buat liputan. Jadi, juga ada beberapa akses yang ditutup kepada orang ramai. Teringin juga nak tunggu dan tengok, tapi lama pula nanti. Katanya jam 12 tengah hari baru acara bermula.

Secara amnya pelancong boleh berlegar-legar di kawasan istana tanpa perlu bayar tiket tetapi kalau nak ke beberapa bangunan di sini, perlu membeli tiket. Jadi kami beli tiket masuk CZK250 seorang untuk masuk ke St Vitus Cathederal, the Old Royal Palace, St. George’s Basilica dan the Golden Lane.

nn

The Golden Lane ini adalah barisan rumah-rumah yang asalnya dibina untuk tabib diraja dan juga pekerja-pekerja istana. Jadi, ada yang bekerja sebagai tukang masak, tukang sembelih, tukang jahit, tukang besi dan ada juga bangunan yang dijadikan sebagai tavern untuk pekerja-pekerja berseronok selepas bekerja dan minum bersama.

nn

Pada kurun ke 16, rumah-rumah ini diduduki oleh pembuat-pembuat emas, sebab itu ia dinamakan the Golden Lane. Pada 1916 hingga 1917, penulis Franz Kafka juga pernah tinggal di rumah no 22 di sini. Rumah itu dikatakan rumah kakaknya. Seorang ahli sejarah amatur dalam filem Josef Kazda juga pernah tinggal di rumah bernombor 12.

Josef Kazda ini dikenang kerana berjaya menyembunyikan filem dan dokumentari dari dimusnahkan oleh tentera Nazi ketika Perang Dunia Kedua. Kadang-kadang dia akan membuat tayangan filem di sini secara sembunyi-sembunyi. Kami pun ambil peluang duduk di bilik khas dia untuk menonton filem dokumentari pendek. Satu dari beratus-ratus filem yang disembunyikan oleh Josef Kazda.

nn

Sekarang ada rumah-rumah ini dijadikan muzium untuk pelancong lihat saiz rumah yang terlalu kecil ni. Ramai yang takjub macam mana orang boleh tinggal dalam rumah yang sangat kecil ni. Rasa claustrophobic. Sekarang ada rumah-rumah ini dijadikan kedai-kedai comel menjual cenderahati

Dah hampir tengah hari dan Atok dah lapar jadi kami pun turun ke bawah nak cari makan. Kali ni aku jumpa satu restoran makanan Lubnan dan letaknya pun tak berapa jauh dari kawasan shopping tu.

Barakat Lebanese Restaurant

n

Opletalova 28, 110 00 Nové Město, Czechia

Restoran ni pun nampak macam ok aje bagi aku. Pelanggan dia ramai juga dan menu pun boleh tahan. Harga pun biasalah dalam 100 ke 200CKZ sepinggan bergantung jenis makanan. Kali ni Atok kata tak nak makan nasi, nak makan mi. Biasanya kami ni jenis tak kisah makan tapi bila dah banyak berjalan tu memang lapar memanjang. Dan kat sini kadang-kadang musykil juga dengan orang yang jual kebab tu. Halal ke tak? Jarang ada bertanda halal di pintu atau tingkap.

nn

Lepas makan kami ingat nak jalan-jalan di shopping area tu tapi Atok tiba-tiba rasa tak sedap badan, jadi kami terus ambil tram no 9 untuk balik ke hotel. Nak bagi Atok rehat lagi. Ini mungkin suhu yang sangat dingin. Memang sejuk di Prague ni lain macam sikit.

nn

Bila Atok dah ok petang tu, dia ajak aku cuci baju. Kalau buat esok takut tergesa-gesa dan penat jadi lebih baik buat hari ni. Aku pun google tempat laundry layan diri di Prague. Aisey yang ada pun agak jauh sikit dari sini. Tapi, Atok kata ok aje sebab kita boleh naik tram dan tiket masih lagi valid . Rugi kalau tak guna. Lagipun boleh ambil satu tram no 22 aje nak ke sana.

Prague Andy’s Laundromat

Korunní 723/14, 120 00 Vinohrady, Czechia

Atok terus kumpul baju-baju kotor dan kami masukkan dalam beg. Kami keluar dari hotel dalam jam 6 petang dan terus ke hentian Újezd untuk ambil tram no 22.

nn

Perjalanan dalam 15 minit dalam tram dan melepasi 7 hentian. Tiba di hentian Jana Masaryka kami turun dan gunakan Google Map nak cari Andy’s Laundromart ni.

nn

Laundry ni terletak di bahagian basement. Walaupun bawah tanah, tapi selesa. Mesin baju dia pun ada dua saiz. Pencuci disediakan sekali dengan servis tak silap aku. Kami pilih mesin basuh sederhana besar, dan lepas mencuci terus masukkan dalam mesin pengering. Maka duduklah kami di sini menunggu mesin untuk berhenti.

nn

Oh lupa nak beritahu, di Budapest dan Hungary aku guna roaming. Korang check dengan telco masing-masing mana yang untung. Aku guna pakej Celcom, roaming 3 hari sebab kami pun kira 3 hari di destinasi kat sini. Kalau di hotel, kami guna wifi hotel aje. Jadi download siap-siap movie apa nak tengok guna wifi hotel dan bolehlah buang masa menonton masa tunggu laundry siap.

nn

Balik dari laundry kami ambil tram 22 dan berhenti pula di hentian Narodni Divadlo sebab nak jalan-jalan situ dulu. Nampak macam shopping complex kat sini ramai orang. Jadi, nak check out la apa yang ada di sini. Lagipun aku ada bawa beg plastik grocery aku. Ye, aku ni bila kata nak keluar aje, beg plastik grocery yang aku dah lipat tiga segi aku selit terus dalam poket seluar.

nn

Dah jalan-jalan dalam shopping complex kami masuk pula supermarket. Atok kata apa kata kita cari instant noodle kat sini. Kutlah malam-malam nanti rasa lapar. Aku ok aje, sambil tu beli lagi jus, susu coklat dengan crisp untuk diri sendiri. Jumpa instant noodle yang vegetarian dan segala cikedis, coklat aku, kami pun bayar dan keluar.

nn

Kali ni buat keputusan nak jalan kaki balik. Nak lalu jambatan Most Legií (Legion Bridge) sebab nak tengok pemandangan istana dari jauh waktu malam. Lagipun memang tak berapa jauh dah dari hotel.

n

n

nn

nnnn

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…