GÜLE GÜLE TURKIYE, SZIA MAGYARORSZÁG!

Share this article

Rabu: 2 Mac 2022

n

SUDAH TIBA MASANYA kami tinggalkan Turkiye untuk ketata online benetton outlet online geox uomo saldi negozio geox più vicino benetton saldi 2022 tata online spaccio geox saldi geox uomo benetton uomo saldi benetton uomo saldi benetton sito ufficiale negozio geox più vicino geox sito ufficiale saldi scarpe tata saldi geox outlet online destinasi seterusnya ke Budapest, Hungary.

nn

Penerbangan kami nanti jam 2 petang, jadi jam 10.30 pagi kami sudah check out hotel dan minta hotel tempahkan teksi untuk ke Sabiha Gokchen International Airport. Macam biasa, kami ambil Pegasus Airlines (RM717.17) untuk perjalanan dua jam. Dijangka tiba di Budapest jam 2.05pm (waktu tempatan).

nn

Pemandu teksi yang bawa kami ke lapangan terbang, memang baik dan sebenarnya sangat peramah. Tapi, sebab kekangan bahasa, tersangkut-sangkut jugalah perbualan kami. Terpaksa guna Google Translate nak berborak

Topik cerita sudah pastilah pencerobohan Russia ke Ukraine. Dia kata orang Turkiye memang tak suka peperangan. Mereka dah hadap banyak peperangan masa lalu, mereka kalau boleh nak hidup dalam aman aje, apatah lagi ekonomi Turkiye tengah merudum sekarang ni. Tapi, kalau tiba-tiba Turkiye pula jadi mangsa peperangan, orang Turkiye takkan teragak-agak angkat senjata sebab mereka memang dah dilatih untuk angkat senjata.

nn

Aku puji orang Turkiye. Dari dahulu sampai sekarang mereka memang pejuang. Wah, suka dia bila aku puji macam tu. Tapi, memang benar dia kata… orang Turkiye sangat sayangkan negara dan takkan teragak-agak nak pertahankan negara mereka. Dia kata tengoklah presiden (Erdogan) sekarang. Sanggup keluar negara untuk jalankan misi keamanan untuk elakkan peperangan.

nn

Tiba di lapangan terbang yang memang terkenal dengan kesibukannya, aku lihat pun dah banyak orang asing (mungkin Ukraine) yang masuk ke Turkiye cari perlindungan. Ataupun orang Turkiye yang duduk di Ukraine balik ke tanah air mereka.

nn

Selesai urusan check in, kami terus ke masuk ke dewan berlepas walaupun masih banyak masa lagi. Macam biasa, aku kan paranoid kalau kena tinggal pengangkutan awam. Biar cepat jangan lambat . Oh ye, masa check in tu tunjuk aje keputusan covid test sekali dengan pasport. Sebab kami pergi mengembara time macam ni, jadi memang kena datang awal untuk elakkan perkara yang tak terjangka. Siap aje semua tu, kami memang tak tunggu apa lagi, terus nak masuk ke balai berlepas.

nn

Lagipun dah lapar, nak cari makan dan habiskan matawang Turkiye kat sini. Tapi, lapangan terbang ni memang sibuk sungguh hari ni. Hampir tak ada tempat nak duduk walaupun kat kawasan tempat makan. Penuh saja. Akhirnya kami makan fast food aje kat sini sementara nak tunggu gate bukak.

nn

Nampak aje notifikasi kat board gate dah bukak, kami terus ke sana. Pegasus ni macam AirAsia juga jadi kau orang memang kena bersedia untuk sama-sama beratur panjang nak naik bas sebelum ke kapal terbang.

nn

Tapi, biasanya, walaupun kena beratur panjang, sistemnya masih terurus, tapi hari ni sistem jadi kelam kabut memanjang. Yang beratur pun dah tak tentu mana queuenya. Aku dah rimas tengok orang dah mula nak bertolak sana sini. Yang jadi aku bengang ni, ada beberapa orang Ukraine yang nak ke Hungary juga, jadi mereka berjalan dalam kumpulan berempat perempuan. Main potong barisan aje kekdahnya. Lepas tu tolak sana sini. Selagi tak cukup berempat, dia akan tarik kawan dia ke depan. Adeh!

nn

Memang keadaan sangat kelam kabut bagi aku. Dua orang staf Pegasus tu pun dah macam tak menang tangan nak check pasport dengan boarding pass masing-masing. Yang kami ni mengikut ajelah. Itupun kena marah dengan penumpang yang lain yang aku tak tahu kenapa. Nak aje aku sekeh kepala sengsorang.

nn

Memang tak kusangka, inilah permulaan bad experience kat Budapest. Mungkin tak repeat lagilah kut lepas ni Ye la sign pertama tu berasak kat gate yang kedua….

nn

Dahlah berhimpit kena tolak sana sini masa beratur nak naik bas, sampai aje kat Budapest Ferenc Liszt International Airport, grup yang sama ni selamba aje potong barisan lagi. Dah la, kaunter imigresen dia cuma dua aje yang buka, bila grup yang cari perlindungan ni kat kaunter, lamalah kami nak tunggu sebab imigresen akan soal macam-macam dan nak tengok dokumentasi dorang.

Dekat 2 jam kut kami beratur hinggalah satu lagi kaunter dibuka dan yang cari perlindungan ni diminta ke tepi dulu. Kalau tak barisan akan lebih panjang sebab penerbangan lain dah mula turun.

nn

Ketiga tanda Budapest ni tak berapa best untuk kitaorang ni adalah…. selepas selamat di imigresen terus cari beg. Sebenarnya lapangan terbang ni tak berapa besar sangat. Keluar dari imigresen aje dah terus ke tempat beg. Tiba di carousel beg tengok beg Atok dah tertonggeng dan satu tayar beg dah pecah. Adoi! Sakit jiwa lagi. Tak pe tarik nafas panjang dulu dan cuba keluarkan duit kat mesin ATM. Aku tak ada sekeping pun duit Hungary forint.

nn

Di Budapest, kami ambil bilik superior di Hotel Unio (Alamat: 1077 Budapest, Dob utca 73, Hungary). Harga untuk tiga malam di sini kami bayar RM408. Oh lupa nak beritahu, hotel kami semua booking melalui booking.com Punyalah banyak book hotel kat site ni, sampai naik level genius 3!

nn

Biasalah aku kan. Sampai aje kat bandar Budapest, keluar dari Metro Astoria tu bukan nak cari teksi untuk ke hotel, lebih rela tarik beg 2 kilometer ke hotel. Atok pun macam tu juga. Dia dah marah la tu roda beg dia dah pecah. Tu yang mengheret beg sampai ke hotel.

Aku ni memang suka tempah hotel yang agak-agak lama sebab bilik luas. Hotel Unio ni memang berbaloi sangat tempah sebab memang selesa. Bilik superior aje tapi ada satu katil Queen dengan satu bujang. Jadi, kalau duduk bertiga pun sangat selesa. Kat hotel ni aku tak tempah sekali dengan sarapan pagi sebab rasa tak guna pun nak bersarapan pagi kalau setakat boleh makan roti, cereal atau buah aje kan? Lagipun kat keliling kawasan hotel ni banyak minimarket dengan supermarket. Boleh aje beli buah, biskut dengan minuman kat situ.

nn

Lagi satu yang okey kat Hotel Unio ni, stesen tram tak berapa jauh. Just around the corner dah ada tram. Tapi, kawasan tarikan pelancong dia tak berapa dekat. Kena naik underground metro kalau nak ke Heroes Square dan ke Fishermen’s Bastion.

nn

Sampai hotel tadi pun dah nak maghrib. Jadi lepas check in, qada’ solat yang tertinggal tadi dan jama’ pula solat Maghrib dan Isya’, kami keluar sekejap cari makan. Simple aje makanan kami malam ni. Stok roti, biskut, buah, air dengan jus. Korang, satu lagi yang kena pastikan selain cari makanan yang halal adalah air mineral. Aku asyik tersilap beli mineral yang bersoda aje!

nn

(Sorry korang tak banyak ambil gambar masa hari pertama di Budapest ni sebab kebengangan yang melanda).

n

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…