EARTH II: SERAM, MENDEBARKAN

Share this article

SEJAK MULA DISIARKAN pada 2007, filem dokumentari “Earth” yang diterbitkan oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC), mendapat sambutan daripada peminat filem dan siri dokumentari.

Filem Earth yang ditayangkan 10 tahun lalu ini merupakan kompilasi babak daripada mini-siri televisyen “Planet Earth”, di mana naratif disampaikan oleh penyampai dan ahli alamiah tersohor, David Attenborough.

Kini sekuel Earth atau EARTH: ONE AMAZING DAY bakal ditayangkan untuk peminat filem dokumentari mengenai alam dan haiwan, di Malaysia.

EARTH: ONE AMAZING DAY adalah kisah satu hari haiwan-haiwan yang tinggal di planet bumi ini hampir di setiap jenis habitat dan keadaan bentuk muka bumi. Ada yang tinggal di kawasan pergunungan, gurun, di pulau terpencil atau di kawasan suhu melampau.

Walaupun ini kisah mereka dalam satu hari, namun hakikatnya ia merupakan ia adalah kerja keras berpuluh bulan, beratus hari dan beribu jam oleh kumpulan penyelidik, jurugambar dan mereka yang bekerja di belakang tabir untuk menyiapkan filem ini. Apatah lagi ia diarahkan oleh dua pengarah terkenal; Richard Dale (The Human Body) dan Peter Webber (The Girl with the Pearl Earring, Hannibal Rising).

Bukan mudah untuk mereka menghasilkan filem sepanjang 1 jam 29 minit ini. Banyak persiapan yang perlu dilakukan dan kru perlu bersabar untuk mendapatkan filem dan shot-shot menarik.

Kombinasi kedua-dua pengarah British, di mana Richard mempunyai pengalaman mengarahkan filem dokumentari dan Peter pula mempunyai pengalaman mengarahkan filem bergenre drama menjadikan filem EARTH: ONE AMAZING DAY sebuah filem dokumentari jujur dan penuh impak emosi dan yang penting, bebas daripada propaganda dan politik.

Filem sekuel ini ditayangkan dengan dua bahasa: Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Bagi filem Bahasa Inggeris, suara naratif menggunakan khidmat seorang lagenda Hollywood dan pencinta alam sekitar, Robert Redford, manakala untuk versi Mandarin, filem ini meminjam suara lagenda filem aksi dan Kungfu Hong Kong, Jackie Chan. Kedua-dua aktor ini berjaya membawa unsur komedi dalam naratif mereka, menjadikan filem ini amat sesuai ditonton oleh seisi keluarga.

EARTH: ONE AMAZING DAY ini adalah semata-mata kisah haiwan yang berdepan dengan pelbagai risiko untuk memastikan spesies mereka kekal hidup di muka bumi. Setiap hari mereka berdepan dengan masalah kekurangan makanan atau diburu dengan haiwan pemangsa. Namun, bukalah minda dan hati kita kerana walaupun mereka berdepan dengan haiwan pemangsa, musuh terbesar mereka adalah manusia.

Filem EARTH: ONE AMAZING DAY ini akan mula ditayangkan kepada penggemar-penggemar filem dokumentari BBC di Malaysia pada 30 November ini.

Bagi mereka yang mahu menonton filem ini pada malam perdana, bolehlah sertai peraduan Kaki Sini untuk mendapatkan tiket percuma. Sila layari facebook kami untuk peraduan EARTH: ONE AMAZING DAY.

https://www.youtube.com/watch?v=T14Tj3WsHaY&t=119s

bbc, david attenborough, dokumentari, earth, earth one amazing day, filem dokumentari, haiwan, jackie chan, mandarin, one amazing day, robert redford

You might also enjoy